Angka 12 pada saya tahun ini membawa banyak sekali erti dalam kehidupan saya. Pertama adalah kerana setelah 12 tahun tidak mempunyai antologi cerpen terbaharu, karya saya dipilih oleh pihak panitia untuk dimuatkan dalam antologi bersama dengan rakan-rakan mantan MPR yang juga diberi judul 12!. Namun yang paling mencuit rasa menyentuh hati adalah pertemuan semula dengan teman-teman disekolah rendah setelah 12 tahun menamatkan pengajian rendah saya sekitar tahun 1995. Yang lucunya, pertemuan ini diadakan juga pada bulan 12 (nasib saja tarikhnya tidak 12/12...hehe!)
(Dari Kiri; Farid,Rafyiq,Razuq,Azwan,Atan,Izni & Ozee
Depan;Bismi)
Depan;Bismi)
Sesungguhnya saya amat terkejut (juga teruja) apabila saya adalah antara "manusia-manusia" terawal yang mendapat undangan pertemuan ini. Sungguh saya tidak menduga mereka masih lagi mengenal saya kerana saya bukanlah pelajar yang popular ketika bersekolah rendah dahulu.
Kata salah seorang teman wanita saya, Nurin Wahidah, dia hanya ingin bertemu dengan rakan-rakan sahaja pada awalnya. Tidaklah berhasrat untuk mengadakan acara semeriah yang diduga. Jadi reunion hebat ini adalah datangnya dari buah fikir dua teman sekelas saya yang lain iaitu Rafyiq dan juga Shahrul Nizam aka Atan yang diandalkan kami kini sebagai ketua-ketua juga bertindak sebagai orang kuat.
Antara Teman-Teman Yang Hadir
Wanita-Wanita Yang "Vogue"
(Dari belakang; Suriana & Saya...
Dari Kanan Depan;Nurin Wahidah, Hajar & Yanti)
Setelah 12 tahun tidak bertemu ini semua sudah nampak lain. Yang sudah bertunang, datang bersama tunang. Yang sudah bersuami atau isteri bukan sahaja datang berdua, malah sekeluarga. Namun, ramai juga yang masih solo...datang bersama diri sendiri sahaja! hehe...(Dari belakang; Suriana & Saya...
Dari Kanan Depan;Nurin Wahidah, Hajar & Yanti)
Acara petang ahad ini bermula dengan sesi suai kenal. Mereka ini bukan mereka yang sama seperti 12 tahun lampau. Ada yang sudah bekerja hebat-hebat, serdahana malah ada yang sudah menjinakkan diri dalam bidang perniagaan seperti kawan saya Yanti yang khabarkan akan membuka stall menjual aksesori wanita di Alamanda, Putrajaya. Bila tiba giliran sendiri, rasa kecut juga kerana tidak tahu mahu cerita apa mengenai diri sendiri. Tetapi, teman yang lain pula sibuk memperkenalkan saya sebagai itu ini pula pada kawan-kawan yang lain. Yang mengetahui mengenai antologi 12! pula sibuk menjualnya bagi pihak saya. Ahh...pecah berderai ketawa sendiri disuakan melihat kelatah kawan-kawan ini.
Seusai itu, acara seterusnya adalah acara main bowling. Saya yang tidak pandai main selalu sahaja ditertawakan. Memang saya tidak pandai main bowling hingga kadang-kadang diberi gelar J.Lo (bukan Jennifer Lopez tau tapi Juara Longkang)...hehe. Hafiz berkata menantikan bola yang saya lontar untuk sampai ke pin terlalu lama kerana balingan saya yang disifatkannya "lemah lembut". Iyalah...mereka memang pandai bermain tengok jatuhan pin mereka dilayar markah sahaja buat siapa sahaja takut.
Selain aturan acara yang baik oleh pengurus acara kami Rafyiq dan Atan, kami dikejutkan lagi dengan pemberian cenderamata oleh mereka. Lihat cara bungkusan sahaja sudah buat kami teruja, isinya wah!!!. Acara kali ini memang sudah well prepared! Siap dengan kain rentang...aduh...macam hendak disambut pak menteri sahaja mereka berdua ini. Agaknya tanpa kehadiran merekja berdua, entah ada entah tidak acara tersebut.
5 comments:
bak kata kita aritue, banner n cenderamata tue subcont kat member, nak buat n beli x sempat...
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR dan MEMBANTU dalam menjayakan Reunion nie...
Hehe...
tapi kire hebat la preparation korang ni...chaiyok chaiyok!
kalo xde rafiq xjd sume ni..
anyway pada sume yg dtg thank u very very very much..
huhu,..
Hehehe...
Tul tu Atan aku sokong. Tapi,korang dua oranglah tulang belakang acara aritu...Takde korang yg beria-ia nak wat...tak kemana2 la acara tu...
Thanks erk!
Post a Comment