Antara koleksi saya yang "Belum Sempat Baca", "Sedang Baca" & "Telah Baca"
Saya terpana mendengar kata-kata dua orang adik. Selama ini saya fikirkan isu buku bukanlah isu besar. Nah, sebagai orang yang gila buku, suka buku, hantu buku dan kadang-kadang digelar orang ulat buku, saya terperanjat!.
Faktor keluarga, persekitaran dan persahabatan saya dengan golongan yang "asyik masyuk" dengan buku, mengandaikan semua orang mendapat peluang sama rata dalam soal pemilikan buku. Tambahan pula jika seseorang itu hendak dipanggil penulis. Pasti mereka perlu banyak membaca sekaligus mempunyai himpunan atau koleksi buku. Namun berbeza dengan dua orang adik ini.
Mereka terkejut apabila saya berkata, emak mengajak saya ke toko buku kerana "bekalan" buku" belum baca dirumah sudah habis. Saya bertuah ujar mereka. Mereka berkata selama ini hendak menghabiskan masa dengan bonda mereka ke kedai buku pun sangat sukar. Apa lagi soal hendak beli buku. Selalulah sahaja ditolak. Alasan ibu bapa mereka, buku abang dan kakak dirumah sudah banyak, baca sahaja yang ada itu. Jadi bergelumanglah mereka dengan buku-buku lama (yang sering di ulang baca) milik abang kakak yang mereka pusakai itu.
Lalu hasrat mereka untuk membeli dan memiliki buku terpendam begitu sahaja sehinggalah mereka sudah menerima wang pinjaman pengajian di IPT. Waktu ini sekian banyak himpunan buku mereka beli, baca dan jadikan koleksi peribadi.
Agaknya kurang dorongan untuk membeli sekaligus memiliki buku dikalangan ibu bapa kepada anak-anak mereka inilah, yang menjadi faktor utama kepada kurangnya kadar pembacaan di kalangan masyarakat kita. Bukanlah juga saya memarahi mereka apabila mengingati isi prosiding semasa berseminar di ASWARA sekitar oktober lalu. Menurut salah satu kertas kerja yang dibentangkan oleh Puan Ainon dari PTS Publications, kajian menunjukkan mereka yang membeli buku adalah mereka yang kaya. Kaya disini adalah mempunyai wang lebih (setelah keperluan utama seperti makanan, perbelanjaan rumah & lain-lain hal mustahak telah dilangsaikan).
Namun membaca blog Kak Nisah mengenai pendapat Pak Samad, saya rasa alasan ini bukan juga patut dijadikan alasan. Menyimpan RM 40 untuk menjadi bodohkah atau dengan pelaburan sebanyak itu sebulan boleh membuat kita lebih pandai sedikit daripada sebelumnya? Jadi, ayuh kita fikirkan!
Namun membaca blog Kak Nisah mengenai pendapat Pak Samad, saya rasa alasan ini bukan juga patut dijadikan alasan. Menyimpan RM 40 untuk menjadi bodohkah atau dengan pelaburan sebanyak itu sebulan boleh membuat kita lebih pandai sedikit daripada sebelumnya? Jadi, ayuh kita fikirkan!
***Beberapa hari lalu ke DAWAMA Hulu Kelang bersama seorang rakan penulis. Teruja melihat beliau membeli "stok" buku semacam mahu buka kedai buku mini. Katanya, manalah tahu buku-buku ini boleh membantu banyak di masa hadapan. Saya tersenyum namun, dalam senyum itu saya membenarkan kata-katanya.
12 comments:
selamat menguliti buku!
Zaki,
Terima kasih...itu sebahagian je yang ditunjukkan di sini. Sebenarnya masih banyak lagi yang belum sempat nak jenguk pun...hehe
Mak aih, banyaknya!
Dalam banyak-banyak tu, cuma dua buku je yang sudah saya baca. Dua-dua buku Shahnon Ahmad: Perjalananku Sejauh Ini dan Setitis Embun Semarak Api.
Sangeetha pula, saya cuba baca tapi tak larat, lantas saya ketepikan. Mungkin saya belum cukup matang untuk karya seperti itu. hehe.
Hehe...
Apa kata cuba lagi habiskan Sangeetha biarpun ambil masa...
Tu jugalah yang akak rasa masa baca buku Pak Arenawati...letih & lambat...tapi, bila berjaya sudahkannya semcm kepuasan sebab karya tersebut sangat best!
Saya akan beli buku-buku di Dawama macam tak ingat dunia, sebab kemungkinan besar buku-buku yang baik itu langsung tidak akan dicetak ulang oleh pihak Dawama.
Pernah berlaku kepada buku "Bunga Dari Kuburan" (Arena Wati), sampai sekarang tak jumpa yang asal untuk dibeli, hatta naskhah yang telah diulang cetak.
Padahal, buku-buku Sasterawan Negara hendaklah sentiasa evergreen dan sentiasa available. Itupun Dawama tak boleh faham!
Kecewa! Kecewa! Kecewa!
Kak Nisah,
Saya pun mencari buku itu juga ketika ke DAWAMA tempohari! Namun kata mereka tak ada atau kalau ada dlm stor...(mereka mcm malas nak ambik!)
Jadi yang dpt hanya Kuntum Tulip Biru sahaja...sedih ni :(
Pelik juga bila DAWAMA pun kurang punya koleksi SN. Sampai nak cr buku Pak Samad yang penting seperti SALINA & Sungai Mengalir Lesu pun takde...
Saya pun keciwa sama...
Salam selebriti MPR!
Novel Sumpah Tujuh Keturunan karangan Gabriel Garcia marquez, akhirnya menyumpah diri saya sehingga kini, kerana, novel itu memiliki hantu-hantu yang nakal, lalu secara mistiknya menjadikan teks keajaiban realiti itu, bacaan wajib saya setiap tahun.
Salam Hormat.
Salam En Roslan Jomel,
(malu saya digelar selebriti!)
Pertama terima kasih kerana melawat blog tak seberapa ini...
Menjerit besar saya bila dapat buku itu di DAWAMA tempohari. Belum sempat membacanya...insyallah selepas usai tiga buku yang sedang dibaca. Sebenarnya teruja utk baca versi inggerisnya tapi setiap kali ke Borders,buku itu habis.
Jadi pendapat anda yang mana lagi mengujakan versi melayunya ke atau versi inggerisnya?
Salam.
Yang benar sih! Kok kehabisan novel tu!
Saya 4 kali seminggu dijemput masuk ke dalam Borders. Novel tu sentiasa ada, cuma sahaja tiada dalam versi bahasa Sepanyol. Memetik kata Datok Hassan Ahmad, sudah tentulah penterjemahan dari versi dalam bahasa asal yang paling cantik.
Makanya, saya harus menonton telenovela Amerika Latin di TV3 setiap hari. Belajar bahasa Sepanyol!
Salam Sdr Roslan Jomel,
Mungkin saya tidak berusaha bersungguh2 mencari buku berkenaan agaknya. Takpe lain kali ke Borders akan saya cari semula. Hehe.
Seronok mendengar orang mahu belajar bahasa sebab saya sangat lemah bila belajar bahasa. Bahasa mandarin yang dipelajari sewaktu menuntut sarjana muda dulu pun dah berkarat...hehe.
Jadi selamat belajar bahasa,ya!
hai hunny aku la yuzz..ala yg comei tuh..hehe..
lamer tak dgr citer..bace buku plak ker skrg...ko mmg suke ngadap buku jek dr dulu kan...tu sebabnyer otak geliger..byk gak rupe2nyer buku ko yea..neyway singgah2 la fp aku http://linayuzza.fotopages.com
Yup aku masih ingat kat Yuzz Comel!
Aku skrg wat master kat uitm...hehe...so baca buku "sekolah" dan buku sastera serentak...hehe
Insyallah nanti aku singgah blog ko yer!
Post a Comment