Wednesday, December 05, 2007

Kisah Tiga Hari



12!

12! Kepunyaan Saya Yang Sudah Di"Autograf"

1) Hari Satu


Kisah ini bermula pada hari jumaat lepas (30 November 2007). Malam hari itu saya dan gerombolan adik-adik Mantan MPR yang manja dijemput untuk menghadiri Majlis Penutupan MPR 2007 sekaligus Pelancaran Antologi Gabungan Mantan-Mantan MPR Siri 2 iaitu Antologi 12!. Tema pakaian yang diberi Kak Rai adalah hitam! Ode kata malam itu adalah malam mambang hitam. Mambang hitam pun mambang hitam lah. Janji rock!

Seawal jam 5.30 petang saya dan Ode, telah bersama-sama "memungut" adik-adik saya yang manja ini. Bermula dengan Yana di Pekan Kajang kemudian ke UPM mengambil Zulfazlan dan akhirnya ke Bandar Sri Permaisuri mengambil Fieda. Sepatutnya dari rumah Fieda menuju ke Dewan Bahasa perjalanan itu tidaklah mengambil masa yang lama. Namun, kerana hari jumaat maka kami tersekat hampir 30 minit dalam kesesakan lalu lintas. Kesesakan ini bukannya membuatkan kami tertekan malah, didalam kereta merah saya yang comel itu, mereka sempat bergurau senda, gelak ketawa sambil mengenakan saya dengan gosip-gosip yang mereka ada-adakan sendiri (hahahaha!)

Dalam gosip-gosipan, bercanda dan riang ketawa, adik-adik ini sempat mencari tema pula untuk puisi. Tidak semena-mena tajuk yang menarik timbul dan Ode bersemangat hendak menuliskan puisinya. Aduh, kalau sekereta penuh penulis macam-macam idea datang menyinggah! Dalam sesak, ketawa dan belum menunaikan waktu maghrib, adik-adik ini masih prolifik!

SMS dari mantan lain pun menyinggah. Sorang tanyakan mana lokasi yang sorang lagi suruh get ready untuk pelancaran. Yang penting, semua sudah teruja untuk bersama-sama. Bukan mudah hendak berjumpa, bergembira dan yang penting bergambar!

Saya dan adik-adik fikirkan kami sudah telat tiba dan masing-masing tergocoh- gocoh menyudahkan maghrib yang masih tersisa. Namun setelah tiba ke destinasi, kami rupanya antara yang terawal. Peserta MPR 2007 pun masih sibuk berlatih untuk persembahan dan mantan senior yang sudah tiba hanya Abang Saharil & Nasriah. Hanya beberapa ketika selepas ketibaan kami, semakin ramai mantan-mantan lain tiba.
Puteri-puteri MPR yang Cute-cute Gitu

Geng Klasik Saya

Meriah acara malam itu. Bergambar dan bergambar. Kadang-kadang saya fikir kami ini berada dalam majlis anugerah Grammy sebab disana sini ada flash kamera. Lebih meriah geng lagu klasik lah. Peluang berjumpa sekali-sekala tujuannya adalah berkongsi lagu klasik. Paling saya tidak sangka, ramai juga mantan yang layan lagu lama. Jadi kiranya saya berada dalam lingkungan manusia yang betul...hehe.
Nasib Si Tukang Pemotret...Selalu Takde Dalam Gambar

Setelah meeting serba ringkas, hampir 12 malam baru kami bertolak pulang. Dalam perjalananpulang boleh singgah minum-minum di Bandar Sri Permaisuri dan setelah itu kerja saya seperti petang itu menghantar semua pulang dengan selamat ke rumah masing-masing.

2) Hari Dua

Awal pagi, saya sudah bersiap-siap ke rumah Fieda. Hari ini saya diajak menonton Opera Cina dalam bahasa Malaysia di Panggung Eksperimen, ASWARA. Adik-adik ini dan saya pun pergilah menonton opera berkenaan.Wah saya teruja juga menonton persembahan ini. Barangkali sudah lama tidak ada kesempatan menonton persembahan sebegini, rasa puas itu menguasai diri.

Urusetia MASKARA...Saya Nak High Heel Yang Kaler Silver Tu Boleh?

Pada malam harinya pula, kami berlima (saya, yana, fieda, fatin & ode) ke rumah PENA menyaksikan MASKARA (Malam Perempuan-Perempuan). Sebenarnya saya telah diundang khas untuk membaca naskah. Namun kerana keterlambatan saya membuka jemputan pada emel, maka saya hanya datang sekadar untuk menonton baca naskah tersebut sambil menyokong tiga orang mantan MPR yang dijemput baca naskah juga.

Farahana & Selendang Hijaunya

Ummu & Fragmen Novelnya

Antara mantan yang membaca karya mereka malam itu adalah Farahana Husin dengan cerpennya "Mahkota Diatas Jemala" dan Ummu Hani pula membaca fragmen novel "Ladang Hati Mustika"nya. Kak Salina yang membaca naskah selepas rehat minum membaca cerpen yang pernah tersiar di Dewan Sastera dengan kisah "Balik Kampung".

Seusai acara (yang tamat hampir jam 12), kami meneruskan langkah ke Tupai-Tupai pula. Kali ini hanya minum-minum sambil sembang iseng dengan adik-adik untuk beberapa ketika. Secara tidak sengaja, saya mempertemukan tautan antara dua hati. (Siapa mahu tahu kisah selanjutnya...boleh tanya langsung pada saya).


3) Hari Tiga
Kenduri Dirumah Azree Ariffin...Lan macam tak nampak jer...

Untuk hari ketiga ini, saya dan adik-adik telah dijemput ke Bandar Utama menghadiri kenduri mama dan papa Azree Ariffin ke Mekah. Rombongan kali ini adalah rombongan yang sama dengan hari pertama. Jadi kalau lima sekepala ini sudah dipertemukan, nasib baik tidak pecah kereta comel saya dengan gosip liar dan ketawa yang tidak terkawal. Rumah Azree tidaklah susah mana tapi, minda saya yang kadang-kadang tidak berapa fokus suka cari jalan yang susah hendak sampai kesana (saya ni kaki sesat kalau memandu!).

Hani & Fieda

Selepas ke rumah Azree, tujuan hendak ke Taman Tasik Permaisuri akhirnya kesasar ke Muzium Negara (kan saya dah kata, saya kaki sesat). Jadi akibat terlalu lama tidak melawat muzium, saya dan adik-adik ini umpama rombongan melihat kebesaran bangunan muzium (muzium je besar, barang pameran macam sedikit sahaja).

Practice Make Purfect...Eh,Tak Kose Mak!

Setelah berlama-lama sambil menghirup udara dalam bahan-bahan sejarah, adik-adik merancang untuk ke Tasik Permaisuri semula. Azree yang baik hati telah menyiapkan kek yang sedap untuk kami bawa berkelah. Sambil borak (macam tidak habis-habis) sempat sebuah puisi terlahir ditepi tasik yang damai. Insyallah, kalau sudah siap edit...akan saya lekat disini.

Puisi...ooo...puisi

10 comments:

Anonymous said...

mana gambar fatin?
hati siapa yang dipertautkan?
kenapa dua lelaki itu suap-menyuap?
huh!

hani salwah yaakup said...

1)siapakah fatin? biarlah rahsia...

2)hati yang dipertautkan adalah...dot dot dot

3)lelaki berdua tu nak praktis makan beradab kalau jadi kawin dengan pilihan hati masing-masing (ceh!)...namun takde perempuan nak praktis dengan mereka...jadi mereka terpaksa praktis berdualah

Azree Ariffin said...

huhuhu. wah sibuknyer kak hani dgn adik-adiknya. dah macam adik bradik pulak!

fatin? siapa fatin? ada kena mengena dengan teh faizah ker? kah kah kah

hani salwah yaakup said...

tu la azree...kamu semua ni manja betul...payah nak dijaga. ari2 nak kene pujuk. nasib baik tak mintak kendong...kalau tidak punggah!!!

fatin? biarlah rahsia...nak tau sila berjumpa terus dengan saya...

teh faizah???tu nama org la...nama siapa? juga sila jumpa saya untuk tahu siapa itu...

Anonymous said...

sampainya hati korang...langsung tak ajak aku berjalan. aku tahu siapalah aku....! issk...

hani salwah yaakup said...

cik nas...

trip ini trip main sebut...jadi! takde plan langsung.

nanti lain kali nak berjalan-jalan,kita rancang best punya no...

Padang mcm mana? Jadi tak ni?

rai said...

''Saya berada dalam lingkungan manusia yang betul...''

Menarik ayat tu.

Gambar suap menyuap tu sesungguhnya amat manikam kalbu.Ode telah melapanbelaskan Kak Haninya manakala Lan telah menduapuluhempatkan tutornya.

Ode,dua hati yg telah dipertemukan itu ialah hati ayam masak kicap dan hati gajah sama dilapah.

Hua hua hua!(baca:syoknya korang berpoya-poya ek!)

Unknown said...

Gua sebagai abg lu...gua ada raspek laaaa kat lu...Elok gak lu gleme..at least mempopularkan abg lu yg tak popular ni hahaha 2000 kali

Unknown said...

lupa lagi tahniah pasal buku 12....lepas ni aku kuar buku 5 atau buku lali

hani salwah yaakup said...

Kak Rai,

1)Terima kasih kerana menjawab hati mana yang telah ditautkan...hehee...(goreng pun sodap)

2)Berkenaan ayat "dalam lingkungan yg betul tu" hanya menyelindungkan fikiran kita yang sebenarnya tak berapa nak betul ni...huhu...kata penulis rock kategori irama klasik gitu...

Incik Mohariz Yaakup,

Wah glamer ke mak ni nyah? Kau lagik glamer alias gelama gitu...apa-apa...AJL 27 Januari ni kita kasik meletoopppp...walau tak menang...menang pakaian ter"vogue" pun jadiklah...huang huang (1896 kali)