Monday, March 15, 2010

Surat Ungu Untuk Nuha


Seorang teman penulis Ainunl Muaiyanah telah beberapa kali meminta saya membaca buku tulisan Kak Noor Soraya bertajuk "Surat Ungu Untuk Nuha". Namun oleh kerana terlalu ripuh dengan pelbagai tugasan dan aktiviti sepanjang bergelar mahasiswa kembali ini sangat membataskan pembacaan saya. Akhirnya, Yana (nama panggilan saya untuk Ainunl Muaiyanah) meminjamkan buku Kak Su ini. Sungguh setelah sekian lama tidak membaca novel bergenre sebegini, saya mula terpaut dengan gaya Kak Su yang berjaya menyuntik bukan semata-mata elemen pop dalam tulisannya. Novel ini setidak-tidaknya membuatkan kita mengenali dan mencintai sastera dalam gaya yang 'cantik' dan 'mudah'. Siapa kata sastera itu sulit?.

Ingin kongsikan puisi ini yang dipetik dari novel ini bersama anda. Entah mengapa puisi ini bermain dalam fikiran setiap hari kini...

Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati

"Selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.

"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

* Foto dari sini

3 comments:

ainunL muaiyanah said...

oh, saya jadi sedikit mahu :P

JAYA RAMBA said...

sebuah padang yang subur untuk bercucuk tanam pancarkan cahaya kehidupan. Nun jauh, terasa juga bahang komunikasi yang tersirat. Antara lautan Cina selatan, nadi bumi tetap beriak menyapa. Terima kasih kerana memiliki blog seindah ini..

hani salwah yaakup said...

Yana,
tak perlulah nak malu-malu...hehe!

Jaya,
sama-sama. Namun blog ini hanya sekadar tempat bereksperimen dengan kata-kata, aksara dan eskapisme diri. Terima kasih kerana datang berkunjung ;)