Monday, March 29, 2010

Cinta (II)


Jiwa
telahku sihirkan relung hati
dengan serangkap mentera
untuk tetap disini
dengan senandung cinta

Jiwa
izinkan aku untuk tetap disini
menjadi butir hujan yang mendinginkan
menjadi sepotong cahaya yang menerangkan
setiap panas dan gelapmu disana

Jiwa
jika tidak pernah kuucapkan ini
biarlah ia menjadi pertama dan abadi
"terima kasih kerana menyintai!"

29 Mac 2010

Hani Salwah Yaakup
Kajang, Selangor

*Gambar dari sini

3 comments:

ainunL muaiyanah said...

wah wah.. terima kasih kerana menyintai? isy isy.. sudah masuk kroni jiwang ni :p

hani salwah yaakup said...

ha ha ha...tau takpe! :P

along said...

aku yg pernah dicintainya....