Wednesday, March 24, 2010

Lentera Yang Telah Kupadam


Maaf
jika aku katakan
telah kumusnahkan api
yang kau nyalakan dalam cepu rasa
malah terangnya juga
tidak kulihat dimana-mana

Maaf
jika aku tidak mahu lagi
melihat jelaga dalam kalbu sendiri
kerana hidup ini hanya sekali

Hani Salwah Yaakup
FSSK, UKM Bangi

* Gambar dari sini

2 comments:

Anonymous said...

jangan lupa,
lentera itu menyala atau padam,
kita lah yang memegang apinya,
jika sekarang padam,
jangan tutup kesempatan bahawa satu hari nanti kamu akan meletakkan bara baru di atasnya :)
semangka!

said...

kak hani,
jangan padam api saya untuk kak hani disini ya :(