Wednesday, May 27, 2009

Ayuh Berpantun Sejenak


Buanglah segala yang keruh yang ada dijiwa kerana rumah yang hendak dibina telah pun siap. Sudahlah hentikan segala bisingnya pahat. Mari menjernihkan kembali suasana lalu damailah segala rusuh dihati. Ayuh berpantun sejenak untuk menjemput resah ke negara abadi.

Banyak orang memaku lantai
Kita memaku pelupuh juga

Banyak orang mengaku pandai

Kita mengaku bodoh juga

Walau sedikit kayu berdahan

Berlebih juga dari jerami

Walau sedikit ilmumu tuan

Berlebih juga daripada kami

Hari panas jangan ke laut

Kalau ke laut kapal tergalang

Hati panas jangan diturut

Kalau diturut akal pun hilang


(pantun koleksi laman webDunia Melayu)

Kredit gambar kepada http://farm4.static.flickr.com/3007/2999113941_a643b28fd5.jpg

0 comments: