Thursday, March 19, 2009

1 Jam Untuk Dunia


Mungkin ramai antara kita masih tidak menyedari akan kempen "Earth Hour" yang sedang dicanangkan oleh media kita kini. Mari kita berkongsi mengenai apa yang dipanggil sebagai "Earth Hour" ini.

"Earth Hour" adalah kempen yang bertujuan untuk mengurangkan kesan pemanasan global dengan memadam lampu sepanjang satu jam pada 28 Mac 2009 ini bermula jam 8.30 -9.30 malam. Kempen ini diharapkan mendapat sokongan daripada pihak individu, premis-premis perniagaan malah pihak kerajaan supaya dapat bekerjasama menjayakan impian murni ini. Bandar-bandar utama yang telah pun memberikan sokongan terhadap usaha ini adalah Los Angeles, Las Vegas, Londan, Hong Kong, Sidney, Rome, Manila, Oslo, Cape Town, Singapura, Istanbul, Mexico City, Toronto, Dubai, Copenhegen.

Tahun ini merupakan tahun yang pertama buat Malaysia untuk turut serta menyuarakan hasrat kita untuk "TIDAK" pada pemanasan global. Semoga dengan sokongan ini, suatu keputusan politikal yang terbaik mengenai usaha mengatasi masalah pemanasan global ini dapat dicapai pada perbincangan pemanasan global yang bakal diadakan pada Disember tahun ini.

Nyatakan sokongan anda dengan memadam lampu pada 28 Mac 2009 ini! Ia hanyalah SATU JAM UNTUK DUNIA!

Informasi lanjut disini

2 comments:

Isma Ae said...

Usaha mengurangkan pemanasan global tidak akan berjaya selagi kuasa besar terutama Amerika Syarikat tidak komited terhadapnya. Sepatutnya Amerika bersetuju dengan Protokol Kyoto.Bukankah begitu?

Sudahkah kamu tulis puisi tentang pemanasan global?

hani salwah yaakup said...

Ya saya sangat setuju dengan hal ini. Tapi, setidak-tidaknya usaha kita untuk mengurangkan pemanasan global ini dapat menyumbang kepada perubahan juga kan...

Insyallah, nanti saya tulis puisi mengenainya...