Friday, June 27, 2008

Jakarta...Jakarta...


Segitiga Emas Jakarta


Kawasan di bawah hotel


"Jakarta kebanjiran, di Bogor angin ngamuk.
Rumah ana kebakaran...gara-gara kompor mleduk..."


(Benyamin S, Kompor Meleduk)

***Kompor = Dapur


Saya tiba di Jakarta sehari sebelum perayaan ulang tahun ke 481 tahun ibu kota berkenaan. Ketibaan saya di bandar yang padat dengan penduduk ini dengan berbaki rasa capek dan kantuk beberapa hari sebelum itu. Jadual saya sangat padat sebelum berangkat ke Batavia ini. Malam sebelumnya sahaja saya terpaksa tidur sekitar jam 4 pagi mengusaikan segala hal. Namun, kerana wisata ini sudah mungkin mendatangkan pelbagai rasa dan pengalaman baharu, saya teruja untuk mendarat ke buminya.


Kawasan perumahan yang padat di bawah hotel

Di Bandara Soekarno Hatta (Bandar Udara atau Lapangan Terbang) sahaja, saya sudah lihat Jakarta memang berbeza dengan negara sendiri malah negara-negara yang pernah saya singgah. Keadaan Bandara Soekarno Hatta bolehlah saya samakan dengan keadaan Lapangan Terbang Kuala Lumpur di Subang. Seingat saya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur sekitar tahun 1990an, begitulah kesimpulannya dan perbandingan dengan Soekarno-Hatta. Di luar balai ketibaannya, suasana biasa yang perlu anda tempuh dalam hari-hari di Jakarta sudah pun dilihat dihadapan mata iaitu macet.

Saya dinasihatkan berkali-kali mengenai Jakarta. Rata-ratanya dari Abang saya, Mohariz Yaakup yang kerap ke sana. Katanya jangan berharap Jakarta itu dapat menerimamu seperti Kuala Lumpur. Disana, jangkalah apa yang tidak terjangkakan. Expect the unexpected. Nah, saya mengalamainya dan mengakuinya sepenuh hati.

Keadaan stesen minyak Partamina berhampiran Bandara Soekarno-Hatta

Maaf jika entri ini tidak bisa menyediakan anda gambar-gambar lambang kemegahan bumi Sunda Kelapa. Tidak ada gambar tugu monas, tugu selamat datang, patung Jeneral Sudirman malah Patung Pak Karno dan Dr Hatta. Bukan saya tidak berniat untuk mengetik gambar-gambar begitu. Tetapi, beberapa kali mengitar bundaran di hadapan tugu monas malah tugu selamat datang, saya tidak pernah berkesempatan untuk mengeluarkan kamera dari dalam tas saya.

Bukan tidak mahu memegang kamera di tangan. Bukan juga tidak mahu menggunakan kamera pada telefon. Saya cuma tidak berani berbuat begitu. Hatta dari dalam taksi. Apabila taksi berhenti kerana macet yang gila cuba bayangkan disekitar anda ada pengamen bermain alat muzik meminta sedekah, ada mas-mas yang berjualan koran dan majalah (suratkhabar dan majalahnya, 2+1 lagi dalam bungkusan plastik) malah ada juga yang berjualan keropok. Kadang-kadang saya fikir seronok juga kalau ada yang berjualan suratkhabar dan majalah sebegini dalam macet di Kuala Lumpur. Sekurang-kurangnya, mereka yang tersekat itu dapat juga menambah ilmu dan menggunakan masa yang terbuang itu dengan aktiviti berfaedah. Haha!


Ada yang sempat "bersanding" di Natrabu

Jika di Malaysia, jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kebanyakannya dalam kereta dan kalaupun ada motosikal pun semuanya sudah selesa ke hadapan atau ada juga yang mencelah di antara mobil-mobil yang berhenti. Di bumi Jakarta ini, motosikal sudah tidak bisa untuk mencelah kerana bilangannya lebih banyak daripada jumlah mobil yang ada. Rata-rata penduduknya lebih mudah bergerak dengan motosikal. Malah jika bermotorsikal pun anda akan terperangkap dalam kesesakan. Setiap kali ingin melihat kandungan dalam tas sendiri pun perlu berhati-hati jika didalam taksi yang tersekat dalam macet Jakarta. Ada sahaja mata-mata diluar mobil yang memerhati.

Kepada anda yang mungkin bercadang untuk memanfaatkan cuti anda ke Jakarta mungkin nasihat ini penting untuk anda:

1) Jangan cuba-cuba berbahasa Indonesia jika anda bukanlah ahli. Pokoknya anda mudah sekali dikuras!
2) Naik hanya teksi berlabel "Blue Bird". Taksinya berwarna biru. Taksi ini lebih selamat kerana mereka terikat dengan peraturan syarikat taksi. Jika ada antara pemandunya menguras duit anda, anda boleh laporkan pada pihak atasan.
3) Jika anda dikuras (selalunya oleh pemandu taksi) beri hanya caj yang tertulis pada meter taksi dan keluar. Pokoknya, kalau mereka berkeras dengan anda, anda juga perlu berkeras dengan mereka. Berkeras disini bukan menunjukkan kurangnya budi bahasa tetapi, untuk mendapatkan hak anda daripada ditipu.

Keadaan sekitar Jakarta sama seperti yang kita lihat melalui drama-drama (sinetron) yang ditayangkan di televisyen kita. Jalan rayanya dipenuhi orang (berjalan kaki, berspeda, bermotor, berbajaj ataupun bermobil). Di pinggir-pinggir jalan dipenuhi kedai-kedai kayu wartel (warung telefon), warnet (warung internet), kedai runcit (di hadapannya pasti ada peti sejuk menjual Teh Botol Sosro dalam botol...asyik dong!), kedai tampal tayar dan juga warung-warung berjual makanan (seperti yang banyak kita lihat di kawasan Kampung Pandan). Tidak pernah saya lihat kawasan yang lapang tidak berpenghuni, tidak ada orang berjalan. Semuanya pasti ada orang dimana-mana.

Bibik memberitahu pada saya di Jakarta ini memang payah untuk bertemu dengan kawasan yang merimbun hijau mahupun berbukitan. Jika dilihat dari atas kapal terbang, tiada kawasan yang tidak mempunyai kerdip lampu. Padat dan rata kawasan tanahnya. Tidak mustahillah jika penduduk Jakarta tidak dapat melakukan apa-apa semasa banjir teruk akhir tahun 2006 yang lalu.


Penghibur dikala ripuh dan senggang di Jakarta

Berkisah mengenai tempat penginapan, saya dan keluarga menginap di salah sebuah hotel yang tidak berapa jauh dari Pasar Tanah Abang dan juga Toko Sarinah. Pasar Tanah Abang ini mungkin sudah lama benar dibina. Kepada peminat lagu klasik pasti ingat pada lirik lagu "Bujang & Dara" nyayian Sam Saimun yang pernah menyebut kisah Pasar Tanah Abang ini. Disinilah tempat dimana masyarakat disekitar mungkin di seluruh Indonesia datang membeli barangan secara grosir (borong). Kebanyakan mereka yang datang kemari adalah mereka yang berjualan. Namun, ada juga yang datang kesana untuk membeli barangan secara eceran seperti kami sekeluarga. Pasar Tanah Abang ini sungguh besar dan mempunyai 8000 buah kedai. Barangannya cantik, murah dan berkualiti. Cuma kebolehan yang anda perlu ada adalah tawar menawar. Pandai menawar, semakin murah harga yang boleh anda dapat.

Tidak lengkap kunjungan seorang beluncas buku kalau tidak mencari buku di Jakarta. Ada juga niat di hati hendak ke Kwitang atau Pasar Senen memborong buku-buku terpakai. Namun, semacam saya nukilkan sebelum ini, saya tidak berani. Mujur sahaja ada Chrisna & Tiwi yang sudi menemani saya ke Mataraman. Kalau ke Mataraman apa lagi yang dikejarkan kalau tidak ke Toko Buku Terbesar di Asia Tenggara, Toko Gramedia lah!


Buku...buku...ooo..buku

Chrisna dan pacarnya Tiwi sudah menggeleng melihat gelagat saya. Jumpa buku terus ambil, jumpa buku terus ambil. Penuh dan sarat tas belanja saya dengan buku-buku yang sudah lama saya cari dan idam-idamkan. Mereka kata saya gila. Saya hanya gelak-gelak lihat mereka. Kata saya perkara begini adalah benda biasa bagi saya. Semasa berbelanja buku-buku ini teringat saya pada Nasriah. Nas, kalau kau di Gramedia aku fikir kau juga naik gila macam aku!.


Beluncas kena berhenti beli buku tahun ni. Masalahnya beluncas mana reti nak membeli buku...hahaha...

Sebenarnya terlalu banyak buku yang ingin saya ambil dan masukkan ke tas belanja saya. Namun memikirkan wang rupiah yang tersisa di tangan, saya meletak kembali beberapa buah buku yang sememangnya saya mahu benar. Terpaksa yang bertoleransi dengan Khaled Hosseini yang bukunya sudah pun dialih bahasa ke dalam bahasa Indonesia. Semasa melihat buku terjemaahan ini saya teringat Kak Rai yang gemarkan buku alih bahasa. Kata Kak Rai, buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, lebih "sedap" bacaannya. Lalu, saya rembat juga Dunia Sophie, Jostein Gaarder. Bolehlah nanti kita bandingkan dengan versi-versi yang pernah dibaca Kak Rai dan Kak Nisah!.

Kegilaan saya pada muzik Indonesia juga seakan-akan terubat. Nah, lihat betapa "kegeraman" saya pada Maliq & d'Essentials, Tompi, Naif, Marcell , Afgan juga Yovie & Nuno dapat juga saya lunaskan. Seperti, koleksi buku-buku yang banyak saya rembat, sebenarnya banyak lagi koleksi CD yang ingin saya beli. Namun, sebagai pemegang segala perbelanjaan yang diamahkan ayah dan emak, saya tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri. Kalau ikutkan hati, aduh...semua nak dicapai dan dimasukkan ke dalam beg. Haha...


Antara koleksi yang sempat tercapai tangan

Jakarta di usia 481 telah memanggil saya tiba ke buminya. Bila agaknya kesana lagi? Wah, pinta saya agar dalam masa-masa terdekat!


Matahari Jakarta yang menghantar saya pulang. Walaupun sebenarnya penerbangan pulang saya delay ke malam...haha...

16 comments:

nasriahabdulsalam said...

Hukhuk...bbuuukuu...huhuuuu..uuu....bukuuuu...buku..bukuuuu...bukkuuuooo!!!! Nak jugak! nak jugak!!

hani salwah yaakup said...

Nas,

bertenang bertenang...

nakhoda bangsa said...

tak ajak pun gi jakarta...

roslan jomel said...

O.. Sudah tentu koleksi buku2 di Gramedia, hebat2 kan?

Kumpulan cerpennya, novel2nya, apalagi buku2 penting dari seluruh dunia yang diterjemah ke bahasa Melayu Indonesia..

Tak ape. Tahun depan pula giliran saya..

hani salwah yaakup said...

Lan aka Nakhoda Bangsa,

Kena ajak erk? hahaha


Abang Roslan,

Tuhan saja yang tahu betapa "geram" nya saya disana...banyak sungguh buku terjemahan yang ingin saya capai tapi,ongkosnya sahaja yang kurang...

Tahun depan abang roslan nak ke Jakarta bolehlah pesan erk! Hehe.(kl sudilah kan)

Aidil Khalid said...

Wah... begitu sekalikah bahayanya Jakarta, sampai dalam teksi pun tak boleh keluarkan barangan sendiri?

Di Indonesia, saya cuma pernah ke Makassar. Tapi seingat saya, di Makassar, teksinya sangat jujur. Tak pernah sekali pun terjadi hal tipu menipu atau cekik darah dalam hal tambang.

Mungkin di kota-kota besar, manusia memang selalu akan hilang manusianya. hehe.

hani salwah yaakup said...

Aidil,

Bukan tak boleh hendak melihat isi beg sendiri. Tapi, berjaga-jagalah terutamanya sewaktu berhenti macet. Macetnya jauh lebih gila daripada macet malam minggu di Bukit Bintang sekalipun.

Jakarta sebuah bandar yang padat. Semuanya berlumba-lumba cari makan untuk hidup. Payah hidup di Jakarta tu hatta untuk survival sekalipun. Maka, tidak hairanlah kalau banyak sekali pembawa taksi hendak menipu. Lebih-lebih kalau kita bercakap gaya Malaysia dalam taksinya.

Ada sesetengah pemandu boleh bawa jalan jauh-jauh. Sebab mereka tahu kita tak tahu jalan. Ambil kesempatan la tu...

Kak Rai said...

Salam,

Belum pernah menjejakkan kaki ke Jakarta walau ahli keluarga yg lain ramai sudah ke sana. Bila sampai ke sana nanti,tak tahulah akak akan jadi macam artis2 Msia yg beli barang kahwin/beg tangan branded 3 kali bayar?Jadi mcm pemborong kain telekung/kain ela?

Atau tetap menjadi diri sendiri yg boleh naik gila kalau ke kedai buku/dvd?Hahaha!Hanie dah gi Gramedia secara live,bestnyaaa.Akak baru browse toko online dah tak senang duduk.Baaaanyaaaak tajuk yg menggeramkan hati.Tapi nasib baik baru2 ni dapat juga Harry Potter 7 versi Indon.So dah lengkaplah semuanya.Cubalah baca versi Indon dan terjemahan dalam BM.Bandingkan.

Kala senja tiba di ambang,
riuh rendah pasar tanah abang,
simpang siur dara dan bujang,
lalulintas kacau dan terhalang...
-Bujang&Dara-

Psst,Nas...kau sakit perut ke tuuu?Nyehnyehnyeh!

hani salwah yaakup said...

Kak Rai,

Tak yah jadi artis yang beli branded pun takpe...jadi saudagar telkung mungkin ok kot...

Tapi yang pasti kalau kita kesana...2 tempat yang akan meranapkan kantung pastilah Gramedia & Toko CD...banyak sangat yang akan buat kita gerammmmmm kat sana. Sah...sah jadi sewel sekejap sebab semuanya nak ambik kan...huhu...

Ok...insyallah akan cuba baca Harry Potter yang diterjemahkan...

fazleena said...

wahh cd GIE tu..saya ada kaset aje..best bangattt tu haniee...saya dgr ulang2 pun tak jemu2..

*hero saya/bf saya : soe hok gie

hani salwah yaakup said...

Kak Faz,

Ceritanya seru banget deh! Saya suka skrip dan semangat perjuangan GIE yang bukan semata-mata berjuang membabi buta dan mengikut-ngikut pemuda di zamannya. Kalau dapat peluang, memang wajar tonton DVD atau VCD nya...

* Saya fikir pasar malam di Bandar Baru Bangi ada dijual VCDnya. Meski bukan asli tapi, apa salah kalau mahu menghirup nafas yang lebih baik sedikit melalui kata-kata lewat filem ini.

fazleena said...

saya ada movienya..kwn saya kirimkan dari jakarta.. :)

best bangat!!!

hani salwah yaakup said...

Kak Faz,

Yah...pokoknya emang seru deh!

ainunl.muaiyanah said...

kak hani, macam mana kiriman bukunya. jumpa tak.. jgn tak jumpa kak hani, kang saya nanges kang.

nak lengkapkan cerita kisah dulu-dulu. cuti ni pun saya dah ketandusan wang membeli buku.. huk huk huk

hani salwah yaakup said...

Yana,

Dukacita diucapkan sebuah pun buku yang kamu pesan tidak ada stok di toko gramedia. Maaf banget deh. Sila nangis sekarang kalau mahu...gagagaga.

Tapi,kak hani ada beli antologi puisi lengkap Chairil Anwar "Aku ini Binatang Jalang". Kalau mahu sila beritahu awal ya...

Ahmad Sahidah said...

Selamat datang di Jakarta, ibu negara saya yang paling menyebalkan dan memualkan kerana semrawut, macet dan tak terurus.

Saya membayangkan bandar yang berusia 481 segera berubah agar pelancong nyaman bersiar dan membeli belah.