Tuesday, June 17, 2008

Lagu Buluh Mensiang (The Song of the Reed)

Jalal ad-Din Muhammad Balkhi-Rumi

Puisi ini menarik perhatian saya ketika sedang ralit melihat bahan pameran di Muzium Kesenian Islam, Malaysia. Puisi "The Song of the Reed" atau dalam terjemahannya yang sempat saya salin ke telefon genggam, "Lagu Buluh Mensiang". Disini saya perturunkan kedua-dua versi puisi yang sempat saya lihat di dewan pameran muzium. Pada pendapat anda, puisi ini lebih "murni" dan "indah" di dalam bahasa yang mana satu? (Maaf, versi bahasa Parsi yakni bahasa aslinya tidak dapat saya tempel di sini kerana saya juga kurang arif bahasa berkenaan). ;-)



Dengarkan coretan buluh mensiang
dan kisah yang menceritakannya,
ia menyanyi tentang perpisahan:

"sejak mereka memisahkan aku dari rumpun mensiang,
aku mahukan hati yang terbuka dengan kerinduan,
siapa sahaja yang dipisahkan dari tempat asalnya,
ingin pulang ke pangkuan itu semula..."

(Lagu Buluh Mensiang, Rumi, Masnawi 1, 1-35)



Listen to the reed (flute),* how it is complaining!
It is telling
about separations,

(Saying), "Ever since I was severed from the reed field,
men
and women have lamented in (the presence of) my shrill cries.

"(But) I want a heart (which is) torn, torn from separation,
so that
I may explain* the pain of yearning."

(The Song of the Reed, Rumi, Masnawi 1, 1-35)


* Image credit to www.sheilaomalley.com/archives/rumi.JPG

4 comments:

Wan Nor Azriq said...

Salam kak hani,

Azriq memang minat puisi-puisi maulana rumi.Misalnya,dalam puisi yang kak letakkan di blog ia menceritakan kerinduan hati untuk kembali ke pangkuan Illahi.
Di sini kita belum ada penyair sehebat rumi.As-suhaimi dan kemala belum betul-betul tepu dengan jiwa sufi.
Kecuali amir hamzah yang azriq rasa begitu indah puisi-puisinya :)

hani salwah yaakup said...

Salam Azriq,

Yup...Kak Hani rasa puisi ini sangat menarik. Kalau hanya dilihat dari suatu sudut, maka mungkin makna yang cuba disampai kurang dapat dilihat pembacanya.

tentangseseorang said...

oooo dah pergi muzium kesenian islam rupenyer

hani salwah yaakup said...

Salam Incik Ady,

eh saya tak kasik tau awak erk?