Friday, March 27, 2009
Jangan Biarkan Aku...
Jangan Biarkan Aku...
Jangan biarkan aku terdiam merenung langit
kerana aku mudah terpesona
dengan indahnya butir hujan
dan daun yang gugur kebasahan
Jangan biarkan aku tersenyum melirik titis gerimis
kerana wajahmu
selalu sahaja tersirna dalam relung jiwaku
saat-saat jemuku bertamu
ketika membilang setiap katamu...
Hani Salwah Yaakup
27 Mac 2009
Kajang, Selangor
(Photo credit to http://www.maryschwalm.com/blog/plastered.jpg)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Oh, Jangan biarkan aku...
biarkan aku membasuh dosaku,
dengan rintik hujan dari mataku.
;)
Isma Ae,
Ya...jangan biarkan aku
Ady,
moga dengan membasuh dosamu
terhindar segala rusuh dalam relung hatimu...
Insyallah!
Salam,
Pagi ini buat pertama kali saya menziarahi laman anda. Damai sekali. Saya akan singgah lagi ke sini. Tahniah.
Saudara Ku Seman,
Terima kasih untuk singgahannya. Saya masih mencuba dan hijau dalam nuansa sastera ini.
Semoga berkunjung lagi.
Post a Comment