Hari ini, saya terlihat lagi sehelai daun kering yang entah sejak bila menghuni alas kaki tempat duduk saya dalam kereta. Anehnya, setiap kali terpandang itu, tiada sebarang perasaan untuk membuangnya keluar. Saya biarkan ia duduk diam didalam kereta dan membawanya ke mana-mana sahaja saya pergi kini.
Entah kenapa selain hujan yang membawa semacam perasaan berbaur dalam diri, melihat daun gugur merupakan keindahan perasaan yang tidak tergambarkan kini.
Mungkin saya rindukan tanah kangaroo dan koala. Malah jemputan khas dari sana terpaksa ditolak mentah kerana saya sedang sibuk berperang dengan masa yang kian mencemburui saya. Terlalu banyak tugasan, pembentangan dan tanggungjawab perlu diusaikan sebelum pertengahan bulan hadapan.
Semoga dipermudahkan segala-galanya oleh Sang Maha Pencipta.
...dan saya sedang berusaha...
***Photo credit to http://farm3.static.flickr.com/2170/2336758739_d29af7bfcf.jpg?v=0

2 comments:
atau mungkin kamu sedang melayang perasaan hani? :p
Ady,
melayang perasaan tu macam mana?
ke awak nak kata melayan?
Post a Comment