Tuesday, July 08, 2008

Iklan Obsesi Sang Penyair

Selain daripada filem, penyiaran radio, muzik, penulisan, buku & sastera salah satu lagi kegilaan saya adalah iklan. Abang (Mohariz Yaakup) pernah berkata bahawa saya memang sudah di sihir magis media bernama iklan. Selalu juga dia menegur dengan gelagat saya yang suka benar menyanyi lagu iklan dan membaca-baca kembali skrip-skrip iklan. Rupanya bukan saya seorang dihinggap "penyakit" sewel ini. Teman sekuliah yang mengikuti pengajian perhubungan awam, Fiza, juga ada penyakit serupa. Hahaha...(patutlah kami jadi warga media!)

Malah, ketika membuat permohonan menyambung pengajian di peringkat sarjana muda pernah saya berkata pada rakan baik saya, Pear, andai kata permohonan ke bidang penyiaran tidak mendapat restu "ketua program"nya, saya akan membuat permohonan alias rayuan ke ketua program periklanan pula. Walaubagaimanapun, nasib saya untuk mendalami bidang periklanan tidak kemana setelah saya terjelepuk jatuh cinta kerana diberi peluang mendalami bidang penyiaran. Terima kasih Encik Farami yang sudi ambil saya untuk krusus rebutan ramai di Fakulti Komunikasi Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA!

Meskipun begitu, didikan yang diberi sebagai penyiar di kampus dan ditambah lagi dengan pengalaman yang saya raih secara langsung dan tidak langsung dalam bidang penyiaran itu sendiri, telah membuatkan saya terus menjadi pemerhati iklan. Setelah mendapat didikan formal dalam bidang penyiaran pemerhatian dalam bidang iklan bukan hanya suka-suka tetapi sudah menjadi landasan saya membuat perbandingan secara ilmiah dalam mencari kekuatan, kelemahan dan corak iklan.

Oleh kerana sikap memerhati ini, setiap kali berangkat ke luar negara, perkara kedua selepas mengikuti siaran radio sesebuah negara (meneliti cara juruhebahnya berkomunikasi, bentuk rancangan dan isi sesebuah rancangan juga pembahagian genre lagu), perkara kedua yang pasti akan saya lakukan adalah menonton iklan di televisyen. Baru-baru ini sewaktu ke Jakarta, saya sangat tertarik dengan iklan yang di tayangkan untuk produk rokok jenama Mild. Kebanyakan iklan Mild pastinya akan bergenre komedi. Kadang-kadang ada juga tersimpan elemen-elemen sindiran dan kritik sosial yang tidak harus dipandang remeh.

Salah sebuah iklan Mild yang saya suka adalah berkenaan obsesi seorang penyair. Dibawah telah saya sediakan iklan berkenaan untuk tontonan semua pembaca disini. Maaf andai pada bahagian terakhir terpotong sedikit. Saya sudah cuba mencari versi penuhnya tetapi, tidak ketemu. Iklan ini secara amnya menceritakan seorang pemuda yang terobsesi dengan puisi-puisi Chairil Anwar dan membaca sebuah puisi hasil ciptaannya yang merupakan gabungan puisi-puisi Chairil. Yang melucukan cuba lihat kemeja T yang dipakai sang penyair obsesi ini. Gambarnya menghisap rokok yang seumpama wajah Chairil! Hahaha...



Bila berbicara mengenai dunia kesusasteraan dan iklan ini, saya rasa amat tersentuh. Apa salahnya jika sesekali iklan kita disuntik elemen sastera. Bukan tidak ada iklan yang seumpama itu, tapi jumlahnya boleh benar dihitung dengan jari. Yang paling baharu pun iklan Pak Samad mengenai kemerdekaan tahun lalu. Setiap kali menontonnya roh kedamaian, kesejahteraan dan keharmonian yang dijadikan mesej hari kemerdekaan pasti akan sentiasa berkobar dalam diri. Malah pertama kali menonton iklan itu, saya sudah beri standing ovation untuk Pak Samad. Saya mengaku saya ini kadang-kadang agak sinting.

5 comments:

wie said...

wah daku suka sgt entri yg ini... sy slalu singgah blog kak hani tp jarang tinggalkan komen kan tp yg ini best bangat... daku kalu tgk iklan selain mesejnya, yg paling membwatku teruja ialah elemen graphic n multimedia yg super... tp iklan pak samad tu tak bagi kesan sgt la... kalu la iklan yg macam kak hani letak tu ada di m'sia, bagus banget sih... tp siapa penyair kita yg dikenali... chey... pegi tanya budak darjah 6 skang rasanya tak kenal usman awang... lebih sedih bapa kemerdekaan pun tak tau... unbelievable? believe it!

Anonymous said...

kadang2 ke selalu?? ehehehe

hani salwah yaakup said...

Wie,

Hahaha...kalau jawapan untuk interview ASWARA Jabatan Penulisan pun bak kata Abang Ridzuwan calon kata sasterawan negara ada 50 orang...apa tah lagi kalau tanya pada budak darjah 6 sekarang...takut nak tau pun...

Ady,

O...ini sudah lebey...hahahahha

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Hani,

Saya 'sebak' sendiri bila menonton iklan kemerdekaan pak samad itu.Entri Hani kali ini mengenai 'chairil anwar dalam iklan' sungguh menarik perhatian saya.

hani salwah yaakup said...

DrBubbles,

Pertama kali menonton iklan ini di sebuah stesen televisi di Indonesia, saya sendiri sudah tidak tahan gelak. Namun,yang seronok Chairil begitu menjadi 'ikon' sastera di sana. Semua orang kenal siapa Chairil Anwar. Sudah tibalah kini sasterawan dan penulis Malaysia perlu terkenal seperti artis. Hehe...