Muka hadapan Dewan Sastera Ogos, 2008
Ketika sedang bersantai-santai petang semalam (setelah pulang kuliah yang memenatkan), telefon genggam saya didatangi pesanan ringkas daripada salah seorang adik
MPR,
Aidil Khalid. Isi SMSnya seputar karya saya yang diterbitkan di Dewan Sastera Ogos. Saya sebenarnya terkejut kerana setahu saya karya terakhir yang saya hantar ke DS sudah pun diterbitkan dalam keluaran februari lalu. Selepas itu terjahan SMS daripada Wan Nor Azriq juga mengenai hal yang serupa. Menambahkan kejutan.
Mungkin berlaku kesalahan atau keadaan terlepas pandang pihak editorial mengenai hal ini. Selaku penulis, saya hanya mampu gelak dan tersenyum sahaja.
Sah-sahlah bukan salah saya kan? Padahal saya baru sahaja ingin menghantar karya terbaharu kepada editorial DS. Mungkin saya perlu tangguhkan pengiriman karya atau hantar pada pihak lain dahulu.
Dewan Sastera Februari, 2008
Apabila keadaan ini berlaku, suatu perasaan yang baik menjelma dalam diri saya. Saya harap ia kekal tumbuh segar dalam relung jiwa ini. Saya masih perlu banyak mencuba dan mencuba. Belajar dan belajar lagi mendalami ilmu dalam bidang penulisan.
Kepada pihak editorial yang "sudi" menyiarkan kembali karya "tak seberapa saya setelah bertahun-tahun tidak menulis di media", terima kasih untukmu.
Saya perlu prolifik menulis selepas ini? Oh, saya berharap sifat "pemalas" yang "besar" dan "kekangan" pengajian yang semakin menghimpit ini, terus membenarkan nafas saya ini segar menghirup udara didalam sastera negara.
(Teringin benar hendak menulis lirik semula...uwaa...)
....Cuba lihat apa persamaan pada kulit Dewan Sastera kedua-dua bulan diatas? Apa agaknya ya?-------------------------------------------------------------
Sedikit cuplikan dari cerpen "Terima Kasih Untukmu / Terima Kasih, Encik Arez!"
Selesai kelas, awak memberi catatan pada saya. Lolita tarik muka bila awak memberi catatan itu kepada saya. Dia marah kerana awak gemar suruh saya buat apa sahaja yang diminatinya. Padahal dia tahu saya tidak suka filem klasik dan subjek awak. Lolita kecewa.
Dalam catatan berkenaan, saya diminta menonton filem Chinta untuk diskusi kelas seterusnya. Saya tersenyum-senyum sendiri membaca ejaan awak pada tajuk filem itu. Nyata, awak bukan sahaja jenis orang muda berjiwa klasik kerana mengajar filem-filem lama tetapi, cara mengeja pun sudah ketinggalan zaman. Ketawa saya menjadi-jadi.
“Cik adik boleh ceritakan pada kelas apa komen awak mengenai filem Chinta?” Awak meminta saya memberi penerangan.
Saya menerangkan apa yang telah saya tonton. Sewaktu saya sedang sibuk memberikan pandangan, air muka awak berubah berkali-kali. Mula-mula semacam terkejut kemudian, awak menutup mulut menahan gelak. Padahal tidak saya kesani sebarang kelucuan dalam penerangan saya.
“Sudah...sudah. Duduk...duduk.” Awak melambai saya supaya duduk.
“Cik adik, itu filem Khabir Bhatia yang awak terangkan. Yang saya mahu awak tonton adalah filem Chinta arahan B.S. Rajhans pada tahun 1948. Sebab itu ejaannya C.H.I.N.T.A. Lain kali kalau tidak pasti, tanya!,”. Roman wajah saya waktu itu berubah. Sikap bangga diri memakan saya.
(Versi penuh terkandung dalam Dewan Sastera Ogos, 2008)
3 comments:
yana : itulah yana pelik.. apasal karya yang smaa.. tak sempat nak msg kak hani n tanya..
mungkin ini satu tuah?=)
Yana...
Mungkin kot satu tuah...
Kak yani!
Selamat hari raya! ^-^
Nape tak bagi tau ade tulisan kat DS.
Frust nie tak dapat nak baca.
:D
Post a Comment