Poster "P Ramlee The Musical--The Life, The Loves & The Inspiration
Jika bercerita mengenai figur seniman seorang ini, barangkali saya tidak pernah punya masa yang cukup. Ramlee b Puteh atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh sememangnya telah meninggalkan sekian banyak jejak dalam diri saya ini. Seperti kebanyakan mereka yang seusia, sungguhpun tidak pernah menyaksikan sendiri zaman kegemilangan Allahyarham Remy, tetapi kami mempunyai kenangan dan maksud P Ramlee dalam hidup kita sendiri. Saya hanya mengenali P Ramlee lewat filem-filemnya, lagu-lagu alunan dan ciptaannya juga pembacaan yang tidak seberapa, tetapi semacam orang lain, entah kenapa saya sukakan karya-karyanya juga kesenimanannya sebagai seorang anak seni.
Saya tahu saya bukan siapa-siapa jikalau hendak bercerita mengenai Allahyarham. Lalu, coretan ini mungkin sahaja sebagai salah satu luahan yang ada dalam diri saya sebagai seorang peminat. Hampir setiap malam saya kini, bertemankan filem-filem Allahyarham. Setiap malam kadang-kadang jam 1 pagi dan kadang-kadang pula jam 3 pagi, jikalau saya terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, saya pasti akan mengambil kesempatan itu menonton filem-filem Allahyarham di ASTRO Prima. Jadi, mungkin kerana berulang-ulang kali menonton filem-filemnya, saya menjadi hafal dialog untuk beberapa babak filem Allahyarham. Ibu sudah beberapa kali bertanya, tidak bosankah saya boleh menonton filem-filemnya berulang kali? Saya tertawa. Saya rela dipertontonkan filem Allahyarham daripada terpaksa menonton kebanyakan drama, sinetron, filem kita ini (bukan semua, tapi kebanyakan!).
Oleh kerana keterujaan saya pada P Ramlee lalu, peluang untuk menonton persembahan teater "P Ramlee, The Musical" tidak saya lepaskan kali ini. Pertama kali dahulu saya tidak sempat untuk membeli tiket kerana pada hari pertama sahaja persembahan, tiket sudah habis dijual. Hal yang sama terjadi apabila saya mahu menonton Puteri Gunung Ledang oleh produksi yang sama, Enfiniti Productions Sdn Bhd. Jikalaulah semua produksi teater tanahair mendapat sambutan yang sama hebat sebegini, alangkah gembiranya!

Bercerita mengenai "P Ramlee The Musical", seperti biasa jika produksi yang dipanggil muzika pastilah akan menerapkan elemen-elemen muzik, nyanyian dan tarian untuk memenuhi kehendak sesebuah produksi yang disebut muzika. Dua teman saya yang turut serta menonton memberi komen bahawa mereka tidak dapat fokus dengan dialog pelakon utama kerana terkadang diatas satu pentas yang sama, dua tiga pergerakan berlaku serentak. Baru hendak lihat yang ini, disana sudah berlaku aksi lain. Saya hanya senyum, tidak perlu berkata apa-apa. Pada saya, muzikal memang sebegitulah caranya. Semua elemen nyanyian, lakonan dan tarian kadang-kadang berlaku serentak. Hendak tidak kita sendiri perlu pandai memberi fokus. Itu pendapat saya sebagai penonton.
Daripada aspek lakonan saya kira, Musly Ramlee benar-benar membuatkan saya terimbau dengan kenangan-kenangan P Ramlee yang saya raih lewat tontonan filem-filemnya. Beliau nampak real bukan sahaja menerusi lakonan, raut wajah, pergerakan malah nyanyiannya. Saya tidak mahu membandingkan watak P Ramlee yang dibawa Musly dengan Sean Ghazi. Saya tidak menonton teater ini pertama kali dahulu. Jadi, jika saya membuat perbandingan, saya sudah berlaku tidak adil. Tetapi, jika kita lihat tulisan di akhbar minggu ini sahaja kita mungkin maklum bagaimana hasil lakonan Musly.
Begitu juga dengan watak Azizah lakonan Emelda Rosmila dan Dato' Siti Nurhaliza. Tidak adil saya kirakan. Itu sudah menjatuhkan hukuman tanpa membuat pertimbangan yang adil. Namun, apa yang boleh saya kira, seorang pelakon yang diberi peran Azizah hendaklah sedaya upaya berusaha menyerlahkan karektornya.
Atilia yang saya tahu selama ini mempunyai suara yang mengancam nampaknya sudah pandai untuk menarik perhatian penonton sebagai pelakon pula. Meskipun, sesekali ada juga kejanggalan namun, usaha itu sudah cukup baik untuk beliau beranjak ke suatu sudut seni lagi dalam dirinya. Mana tahu, setelah dua percubaan yang diberi ini beliau mampu beri yang lebih baik dalam lakonan pada masa akan datang.
Sesungguhnya, bahagian pertama produksi ini agak membosankan mungkin kerana ceritanya yang bergerak lambat dengan gubahan muzik yang cuba diperdendangkan kurang masuk dengan latar era cerita berkenaan. Entahlah. Sebagai peminat lagu-lagu bertaraf klasik saya merasai lagu yang diperdengarkan sudah tidak melambangkan masa itu. Muziknya sudah jadi muzik kini. Kan pelik tu. Cerita dan latar berjalan atas zaman 40an, 50an, 60an dan 70an tapi, muziknya sudah bunyi era 2000an!.

Melissa Saila menjadi penyelamat dengan aksinya yang WAH!. Kadang-kadang untuk teater yang berlebih itu lebih baik kerana teater berbeza dengan drama televisi dan filem, kalau berlebih nampak ganjil. Tiada apa yang mampu diungkapkan hanya sebuah standing ovation untuk beliau. Juga untuk Liza Hanim. Kemerduan suara dan gayanya membikin saya terfikir yang dipentas itu bukan Liza Hanim tetapi, Allahyarhamah Puan Sri Saloma!
Keratan akhbar
Secara peribadi, keseluruhan produksi ini sangat baik tetapi, hanya dua buah babak yang saya kurang bersetuju. Perkara ini juga pernah disuarakan seniman lama seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan saya juga pernah membacanya di akhbar semasa pertama kali teater ini dipentaskan. Babak pertama apabila P Ramlee diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem untuk kali pertamanya. P Ramlee sebenarnya memperoleh peluang untuk menjadi pengarah adalah disebabkan sokongan Jaafar Abdullah, seorang eksekutif di MFP (Malay Film Productions).
Babak seterusnya adalah apabila P Ramlee di suruh meninggalkan MFP dan diminta ke Kuala Lumpur kerana kegawatan didalam MFP. Menurut Nasir P Ramlee menerusi bukunya, Bapaku P Ramlee (keluaran MPH Publishing), Allahyarham hendak ke Kuala Lumpur bukan kerana kegawatan MFP malah kegawatan MFP juga berlaku setelah P Ramlee sudah mula mengarah di Studio Merdeka, Hulu Kelang. P Ramlee hendak ke Kuala Lumpur adalah kerana desakan hatinya yang hendak menyumbang sesuatu untuk negara tercinta, Malaysia yang pada waktu itu baharu saja ditubuhkan.
Mungkin, cerita ini sengaja di"indah"kan dengan tujuan. Saya juga bersetuju dengan mana ada sebuah produksi yang akan mengambil sesuatu cerita mengenai seseorang tokoh dengan terlalu rinci. Jika itu berlaku berkemungkinan masa untuk pementasan juga mengambil masa yang lebih lama disamping, kos yang juga akan bertambah banyak.
6 comments:
Sekurang-kurangnya dengan menonton P Ramlee The Musical lewat Sabtu malam lalu mengubah persepsi aku yang orang seni di Malaysia ini mampu berkarya melangkaui stereotyping filem-filem Melayu yang 'kosong' kala ini. Sokong industri teater Malaysia!
Nak pergi beli tiket baru ni, tapi sedih sekali tiket murah dah lama habis.Tinggal tiket VIP jerr.
Emmm apa nak buat,boleh ambil gambar dengan poster macam Azree pun jadilah hehe.
Hehehehe...
Sebenarnya banyak produksi teater yang baik di Malaysia ini cuma mereka bukan dari golongan "orang-orang kaya dan berharta" untuk buat projek yang boleh dapat publisiti "SUPER-SUPER" macam geng produksi yang kita tonton hari tu...
Azriq,
Alahai kesiannyer...ini mcm kisah kak hani dan kawan kak hani nak beli tiket teater "Puteri Gunung Ledang" produksi kedua aritu.
Takpe nanti kiter tengok produksi teater lain pulak, no!
Salam teater,
Cuba tengok nama2 kompeni yg endorse teater ni?Juta2 tu!Mana tak bagus...
Akak dah gi tgk versi sean ghazi.Boleh tahan,cuma lagu2 yg bukan lagu p.ramlee tu tak berapa melekat dalam jiwa,dibandingkan dgn lagu Azizah dll.Biasalah,org klasik nasional.Tapi yg versi musly amir ni memang sgt teringin tgk.Musly tu akak dok follow dia dah bertahun2.Mesti dia lebih 'sejibik' mcm p.ramlee,kan?
Tapi tiketnya cepaaaaaat naa habis!
Kak Rai Tauke Wayang P Ramlee,
Tu dia baru betui nak beri jawapan. Mai dari orang teater sendiri...
Musly memang buat saya terimbau P Ramlee sungguh. Entahla ramai yang cakap kali kedua ni lagi best. Hehe. Pasai tiket tu saya dengar tiket VIP je tgl. Hai Kak Rai time ni la nak guna student card...boleh dpt diskaun...merasa la nak dok seat VIP produksi orang-orang berharta ni...hehee...Macam saya ni tak mampula...seat paling murah dapat ler...hehe
Post a Comment