Saturday, June 21, 2008

HSKU, Rakan MPR & Saya


Buku aturcara HSKU 2007

Oh betapa perasaan gembira yang menggebu-gebu hadir saat Nasriah meminta pertolongan saya sekaligus untuk turut serta dalam majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 (HSKU 2007). Berpeluang ke HSKU (walaupun tidak memenangi apa-apa), memang membuat saya terlalu teruja. Melihat teman-teman di MPR, penulis-penulis yang saya kenal lewat ruang siber dan buku ataupun perkenalan di majlis-majlis sastera menerima hadiah masing-masing aduh, manisnya.

Nas, yang menang dua tahun berturut-turut. Mari cukupkan hetrik kau Nas!

Saya diserang macam-macam kata semangat, cabaran dan motivasi untuk menang tahun hadapan. Sesungguhnya saya berasa amat dan terlalu kecil untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka dalam dunia kesusasteraan ini. Bila membaca novel, antologi cerpen dan antologi puisi hasil pemenang HSKU, saya berasa saya belum layak untuk menang. Banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk itu.


Novelis yang sedang mencipta nama, Ummu Hani. "Ummu, tajuk & kulitnya membuat saya tak sabar nak baca..."

Namun, kata-kata semangat mereka semacam membawa keyakinan di bucu-bucu hati. Insyallah, saya akan mencuba juga untuk ke HSKU. Jika, tidak menang dulu pun, pengalaman dan didikan untuk menerbitkan karya ke antara media terbaik ini akan mendidik cepu jiwa dan gelas ilham untuk terus dan terus menulis.


Ghafirah & Saya

Untuk anda yang memberi kekuatan untuk menang...terima kasih banyak-banyak kerana mempercayai saya. Akan saya ikhtiarkan untuk itu. Insyallah.


Ambil berkat HSKU...haha

Turut saya muat turun disini, antara gambar-gambar yang sempat saya ambil menggunakan "kamera" saya. Mungkin untuk anda yang tidak berpeluang ke HSKU 2007 kali ini...santaplah imej yang saya hidangkan ;)



Kak Nisah menang untuk kategori novel, Tawarikh Cinta.


Kak Rai ajak menang tahun depan sama-sama...hehe...

Mantan MPR yang menang...dimana saya menumpang gembira dan senang juga menjadikan contoh untuk kehadapan

7 comments:

Anonymous said...

kak hani.. ooOOO.. menumpang sekaki eh.
tak pe kak hani, sebagai adik yang baik kita yakin kak hani boleh buat cerpen yang bagus2.

(ketika saya menaip komen ini, kak hanie salwah sedang bercanda di bandar jakarta. aduh2 enaknya)

Anonymous said...

salam..

jeles...jeles...jeles...jeles...
tak dapat pegi. apa pun, tahniah untuk yg menang... entah bila turn kita pulak ye kak? hm...

Hazwan Faisal said...

kak hani...
bila mau menang pulak,asyik jadi penonton je...
hehe...
tak tercabar ke...
n, jgn lupa tau koleksi chairil anwar saya...
thanx...
-hazwan-

hani salwah yaakup said...

Yana,

Hehehe...orang ajak jangan ditolak peluangnya. Terima kasih atas kepercayaannya ya.

(Ketika membalas komen ini, kak hani sudah pun pulang wisata dari jakarta)

Lan,

turn hang dah dekat dah tu. Jadi marilah mari kita berusaha ke puncak.

(wah macam iklan sebuah rancangan realiti televisyen)

hani salwah yaakup said...

Wan,

awak pun bila lagi? hehehe...

koleksi chairil sudah dibeli jadi nanti kapan senggangnya bolehla jumpa.

Anonymous said...

Hani, terima kasih ya...kalau tak kerana ngkau...issk..issk (aku terharu..hhuhu)

Hani, tahun depan ngkau ambik tempat aku eh, aku tak kisah pun...sungguh, ngkau ambik tempat aku tu..aku nak ngkau ambik alih!

janji!

hani salwah yaakup said...

Nas,

Terima kasih juga sudi bawa aku ni ha...yang tak glamour cuma gelama...hahaha...

Aku amik tempat ko nas? Uiyoo...menakutkan...tersiar pun dah Alhamdulilah. Aku akan cuba untuk menyiarkan karya dulu...slow but, sure do (kata orang jawa kan...)