Saturday, May 17, 2008

Bila Dua Negara Bertemu

Saya & Zulfazlan Jumrah

Pada mulanya apabila mendapat jemputan daripada salah seorang penulis muda yang semakin meningkat naik, Zulfazlan Jumrah, hati ini tidak terjentik pun hendak mengagahi langkah.
Tetapi, memikirkan mahkota fikir perlu juga direhatkan sesekali, saya mengikut juga. Lalu, saya pun mengikut Lan, Aidil Khalid dan beberapa lagi teman ke bengkel pertukaran budaya ini.

Adik-adik PSU yang manis

Bila bertanyakan Lan, bagaimana dan apa yang hendak ditukar-tukarkan? Beliau hanya geleng kepala dan memberitahu tidak tahu apa aturcara yang sebenar untuk bengkel ini. Cuma yang penting, bawa sekali pakaian sukan dan kasut. Kami alih-alih semberono sahaja berkonvoi ke Dewan Bahasa dan kemudian ke Kem Sukida, Sungai Tekala.

Ahli kumpulan asal saya. Sayang jodoh tak lama dengan kumpulan ini

Mula-mula, semua semacam tiada idea bengkel apa yang kami sertai ini. Berkampung dengan teman-teman dari Prince of Songkhla University (PSU), Thailand lagilah menimbulkan banyak kejanggalan diri. Adik-adik dari PSU ini hanya mampu senyum-senyum sahaja bila bertembung. Namun, bila berborak sesama sendiri maka gamatlah suasana dengan irama dialek melayu kelantan-pattani dan bahasa siam.Persepsi awal saya mengenai adik-adik PSU ini mereka sangat pemalu. Saya pernah bertanya mereka mengenai hal ini. Kata mereka, teman-teman dari Malaysia sangat percaya diri dan outspoken. Saya cuma ketawa mendengarkan hal ini.

Peserta lelaki hanya ada 6 orang. Dari kiri; Wan, Lan & Aidil Khalid (Malaysia) Sarofe, Bakri & Abdullah (Thailand)

Malam pertama apabila diterangkan Abang SM Zakir progam 3 hari bersama, barulah saya mengerti. Bengkel ini sebenarnya adalah bengkel penulisan kreatif dan pertukaran budaya antara pelajar Malaysia dan pelajar dari PSU ini. Pihak PENA mengambil inisiatif untuk mengadakan program ini dengan cara santai dan rekreasi.

Say "Cheeeeeeseeee"

Sewaktu acara memperkenalkan diri, pelbagai informasi baru yang saya dan teman-teman dari Malaysia ceduk. Antaranya mengenai sekatan dan ketidakadilan yang mereka terpaksa lalui gara-gara kerana mereka adalah golongan minoriti di negara sendiri. Menyedihkan dan mengharukan mengenangkan betapa tersekatnya hidup mereka di bumi sendiri.

Dari Kiri; Lan, Saya, Atiqah, Lah, Wan & Aidil (belakang), Asmaq (depan)

Keesokan harinya, kami bersama-sama mengarungi denai dan tebing, jalan kebun dan jalan tar, kawasan perbukitan dalam acara jungle tracking. Aduh, barangkali sudah lama meninggalkan acara sebegini terasa juga kepenatannya. Berbeza dengan adik-adik PSU. Semua cergas dan siap bertanya, pagi berkenaan tiada acara senaman ke?. Fizikal mereka sangat kuat!. Komen adik-adik PSU ini, makanan di Malaysia banyak lemak dan di Malaysia sangat mewah dengan makanan. Sekali lagi saya ketawa.

Semua kegirangan didalam air!

Perjalanan itu akhirnya menemukan kami kawasan Sungai Tekala. Tanpa berlengah, adik-adik PSU sekian ramai sudah meloncat ke dalam sungai dan ada juga bergambar. Saat ini semua sudah semacam keluarga. Tiada istilah perbezaan warganegara. Seronok!


Wan (berbaju merah): Kaki yang mana nak masuk dulu ni?



Panjat jangan tak panjat

June dan saya sangat teruja dengan sikap ingin belajar adik-adik PSU ini. Bayangkan mereka boleh menghafal melodi "Doa Buat Kekasih" nyanyian Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim dalam masa tidak sampai setengah jam. Padahal seumur hidup mereka tidak pernah mendengar lagu berkenaan. Barangkali, jika mereka ini yang diambil bertanding dalam rancangan realiti nyanyian, tiada masalah lupa melodi. Hahaha.


Kumpulan saya




Sesi pembentangan cerpen

Tiba saat pembentangan cerpen berkumpulan pun begitu juga. Adik-adik ini banyak menyumbang idea dalam pembentukan cerita. Padahal adik-adik ini tidak pernah terdedah dengan penulisan walaupun mereka semua major dalam pengajian melayu. Mereka semua teruja hendak belajar apa yang disebut watak, latar dan bagaimana membentuk cerita. Keterjuaan mereka membuatkan saya juga beria-ia hendak berkongsi ilmu yang tidak seberapa di dada. Semangat ingin belajar dengan bersungguh-sungguh itu banyak membuka mata saya. Sekaligus lebih menghormati mereka semua.

Gambar lagi...hehe!

Sewaktu ingin pulang, ada adik-adik yang bersedih dan tidak kurang juga berpelukan dengan saya dan teman-teman Malaysia. Mereka semua siap bertukar alamat dan berjanji ingin terus menukar khabar dari semasa ke semasa. Malah, setiba saya di MidValley usai dari sana sahaja sudah ada yang menghantar SMS bertanya adakah saya sudah selamat tiba. Bakri, terima kasih bertanya!

Bergambar kenangan dengan semua

17 comments:

Hazwan Faisal said...

kak hanie, rindu plak saya pada sg tekala tu...
nanti ada masa nak pegi sana balik la, tapi x guna jalan belakang dah, terus guna jalan depan ikut pintu masuk je...x yah susah-susah nak berjungle tracking...

Anonymous said...

Satu perkara yang buat saya kagum sangat pada pelajar-pelajar dari Thailand ni, ialah mereka boleh beri tumpuan, walaupun sebenarnya mereka tak faham satu apa pun. Waktu selepas selesai satu slot ceramah, saya ada tanya salah seorang dari mereka, faham ke tidak apa yang diceremah tadi, dia geleng sahaja. Padahal waktu ceramah tu, saya nampak dia khusyuk betul. hehe.

hani salwah yaakup said...

Wan aka Tasik Hijau,

Betapa kita semua tertipu dengan jauhnya jungle tracking yang menyakitkan kaki tu kan. Padahal kalau ikut jalan lurus, tak sampai 5 minit pun dah sampai. Gagagaga...

Aidil,

Kak Hani pun perasaan yang mereka ni sikit pun tak faham dengan sesetengah penjelasan yang diberi. Tapi, walaupun tak faham mereka tak segan-segan nak bertanya balik meminta kepastian. Baguslah mereka ni!

mOEha Aziz said...

hani,

wah dah aktif dengan PENA sekarang... teringat dulu2, pergi perkampungan DPMP di Gunung Senyum.. tutornya pun SM Zakir....

bagus bagus bagus....

hani salwah yaakup said...

Moeha,

Taklah aktif sangat. Bolehlah untuk menambah ilmu yang masih kurang...

Anonymous said...

sob..sob..nak pi jugak, hukhuk!!

weh, kan aku dah pesan dnegan ngkau jangan main air, ngkau nih....kalau lemas sape yang susah?

aku tngok si lan tu suka benar berposing! huhuhu

Anonymous said...

wahhh
nak kena pergi piknik dalam tempoh terdekat nih!

Anonymous said...

1)Gambar Lan yg first sekali tu...semacam je!Gigit apa tuh?Huahuahua!

2)Gambar Lan nampak kepala lutut...itu dua macam pulak!

3)Yang ketiga macam-kenapa MPR tak dibuat macam niiiiii?Berbengkel sambil bertenggek tepi air terjun kan best?Asyik2 duduk dlm bilik seminar-terhingguk dan mengangguk.Balik2 tak menulis pun!

Sekian pendapatan hamba.Hehe!

hani salwah yaakup said...

Nas,

Hehehe. Aku ni pantang dengan air. Pantang tengok. Dah org yang ko amanahkan jaga aku pun dok mandi sedap jer. Mana boleh beb! Hahaha!

Ady,

Mari berkelah!

Kak Rai,

Lan menjadi tumpuan ramai awek Thailand Kak Rai. Biasalah si Lan tu kalau dah menjadi tumpuan...kena la posing maut gitu...hahahaha! Jaga saham, katanya!

hani salwah yaakup said...

Mengenai Mantan MPR tu (lupa pulak!)

apa kata kita organize je ke Sungai Tekala ke Sungai apa-apa ke...sapa nak ikut, ikutla. Best jugak kan...hahaha!

Anonymous said...

Dalam UIA nih pun ada sungai...kalau aku organiza buat kat tepi sungai dalam UIA yang keruh macam teh susu ni, korang nak tak?

Fahd Razy said...

Wahh!!! Jelesnya! nak pergi juga!

hani salwah yaakup said...

Nas,

Kalau kat UIA tu baik kita lepak cafe Econ yg dekat ngan sungai tu...sambil menikmati pemandangan sungai teh susu...sambil minum teh susu yg dibeli di kafe econ...hahahaha. Itu aku nak!

Fahd,

Ok lain kali kita ajak ramai-ramai ikut!

Anonymous said...

Salam kak,

hehe masih teringat memori di sana. meriah kan...

hani salwah yaakup said...

Salam Afiqah,

;-)

Anonymous said...

waahhh..terujaa mahu ke thailand pulak!! :)

hani salwah yaakup said...

Kak Faz,

itula...teruja sungguh!