Thursday, November 01, 2007
Muzik dan Lirik
Entri kali ini saya bukan mahu berkongsi ulasan filem lakonan Hugh Grant & Drew Berrymore, Music and Lyrics. Tapi, lebih mahu berkongsi cerita dan pengalaman diri menulis lirik untuk irama yang cantik. Jangan tertipu...hehe!
Ramai antara penikmat muzik bertanya saya (yang kurang pengalaman ini) mengenai bagaimana menulis lirik. Adakah kita perlu menulis lirik dahulu dan kemudian sang musisi akan menukang melodi kemudiannya? Mungkin mereka yang bertanya itu terkesan dengan jalan cerita Music & Lyrics barangkali kerana dalam filem tersebut diperincikan bahawa Hugh Grant akan menukang muziknya setelah lirik lagu itu ditulis Drew Berrymore.
Hakikatnya yang berlaku di negara kita ini adalah selalunya sang musisi akan memberi si penulis lirik melodi yang telah siap direkod dalam bentuk demo (tanpa lirik) dan kemudian dengan penuh kreativiti, penulis lirik akan mula menulis lirik yang menarik jiwa pendengar.
Peluang untuk menulis lirik ini bukan semudah kita menulis karya kreatif di majalah mahupun akhbar. Jika ada komposer yang mengetahui kebolehan seseorang penulis (ataupun sang penulis lirik itu kawan baiknya), barulah peluang sebegini mudah untuk diraih. Kebetulan sebagai adik kepada salah seorang penulis lirik (dan juga album producer), saya mendapat peluang ini secara tidak sengaja.
Beberapa tahun lalu, abang saya meminta pertolongan saya untuk menulis lirik bagi seorang artis kerana katanya dia sudah kering idea, hilang kata-kata untuk menyiapkan lirik tersebut. Padahal garismatinya (deadline) sudah hampir mendekat. Kebetulan saya yang sedang bercuti semester ketika itu tidak punya sebarang aktiviti, apa lagi...ambillah kesempatan itu. Hehe!
Jadi saya menulislah sebuah lirik bertema kasih-kasihan orang yang asyik dilamun perasaan (abis, konsep album artis tersebut pun mahu lirik sebegitu...). Namun kerana ada sedikit masalah dengan nama, akhirnya pencipta lirik tersebut terpaksa diletakkan diatas nama abang saya.
Setelah lama tidak mendengar lagu itu, saya amat terkejut menjumpai lagu tersebut di imeem.com. Jadi kawan-kawan, dengarlah buah tangan pertama saya dalam penulisan lirik lagu. Maaflah kalau lagunya mendayu dan liriknya tangkap lentok. Hehe. Ini lirik saya dalam usia 19 tahun.
Sekarang saya banyak sekali menulis lirik lagu kanak-kanak dan kini sudah berpaling kembali ke penulisan karya kreatif secara lebih serius. Jadi, penulis yang lebih senior...bolehla minta tujuk ajar ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Saya rasa awak lagi berbakat dari Zul dalam bab penulisan. Suruh Zul tumpu pada penciptaan lagu dan awak pulak tulis liriknya. Sungguhpun begitu, Zul teruslah jugak menulis dengan memperbaiki gaya dan subjek penulisan dengan lebih banyak membaca, mengkaji dan bergaul dengan kelompok penulis penulis yang bagus.
Tukangkata@myspace
Saya masih hijau dalam penulisan ni. Masih banyak perlu diteroka dan dipelajari. Incik Zul sebenarnya yang banyak mengajar...hehe...
Apa-apa pun terima kasih ya!
FYI incik tukang kata..saya bukan sebenarnya penulis lirik..saya cuma diber kepercayaan untuk menulis lirik..Kalau nak melodi sayalah orangnya..
saya dari aliran sains.
Dan bekerja dibidang teknikal.
Perkara yang paling tak suka ialah menulis ...sekarnag tengah blajar mencoret blog ...
[ Masih sedih atas kehilangan Lolok ...]
askum
saya seorang penulis kreatif, puisi n novel...anak didik MPR 1991
teringin hendak menghasilkan lirik boleh hani beri panduan bagaimana hendak mula berhubung dengan mereka yang terlibat dalam arena lagu2 ini?
emel saya: maylique@yahoo.com
Salam Incik Halim Saleh,
Usaha yang baik. Mulakan dengan conteng di blog. Mana tau selepas ini kearah yang lain pula. Terima kasih kerana melawat blog saya yang tidak seberapa...
Salam Sdr Anon,
Pertama,boleh tau nama anda.
Kedua,insyallah!
Post a Comment