Friday, November 23, 2007

Bila Mantan MPR ke Kongres

Entri kali ini saya malas mahu menulis panjang kerana saya berpegang, a picture can tell a story. hehe... jadi lihatlah gaya kalau mantan ke kongres. Selain gali ilmu antara lain mereka ini suka apa agaknya?

Dengan Cikgu Hassan yang banyak memberi ilmu buat saya dan rakan-rakan

Gaya menimba ilmu sambil makan...inilah gaya seorang Zulfazlan Jumrah

Inilah pose bila disuruh jadi pencatat sesi pembentangan (dari kiri Zulfazlan Jumrah, Azree Ariffin dan Azizul Ikhwan aka Ode)


...dan kami berdua pula sibuk berbincang mengenai 12! yang bakal menemui anda minggu hadapan

8 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Cikgu Hassan? Saya macam pernah nampak wajahnya sebelum ini.Inikah cikgu Hassan yang tulis tentang kisah zaman penjajahan Jepun dulu?

hani salwah yaakup said...

Drbubbles,

maaf kl part itu saya tak pasti

Anonymous said...

hani, ngko ingat tak cikgu hassan tu lahir sebelum merdeka? dia pejuang kemerdekaan? ingat tak dia cerita pada kita tu...tapi, aku tak pasti dia tulis pasal kisah penjajahan jepun ke tidak.

-aku yang pakai tudung purple-

Anonymous said...

aku rasa2, macam betul je pertanyaan drbubbles tu..

-aku yang pakai tudung purple-

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Saya teringat seorang tua yang pernah datang ke sekolah dimana saya pernah mengajar sementara (di Jerantut, Pahang).

Dia datang ke sekolah untuk menjual buku tulisannya yang berkisar tentang pengalamannya di zaman Jepun kepada cikgu-cikgu di sekolah itu. Beliau fasih berbahasa Jepun kalau tidak silap saya.

Saya beli sebuah bukunya.Menarik isinya.

Namun, setelah dia balik saya terdengar seorang cikgu berkata,

"Bini dia dah lari kerana orang cakap dia gila".

Sampai sekarang saya masih ingat ayat itu kerana saya sedih melihat nasib seorang tua yang digelar gila tetapi ironinya boleh menulis pengalamannya sewaktu Zaman Jepun.

Masakan orang gila boleh tulis buku?

Saya pernah ternampak orang tua itu sekali sekala di bandar Jerantut. Wajah orang tua itu saling tak tumpah Cikgu Hassan yang kita komen ini.

(Sebab itu saya tanya)

hani salwah yaakup said...

owh mungkin kot dr bubbles sebab dia mmg boleh berbahasa jepun,berasal dr pahang dan bekas guru.

kami semua respect dengan kesungguhan beliau yang sanggup naik bas semata-mata untuk datang ke kongres ini(wlpn dlm usia yg agak lanjut)

sebenarnya saya (dan yang pakai tudung purple)tak dapat nak berborak panjang dengannya kerana sibuk menjadi pencatat bagi kongres...

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

hani,

saya benarlah tekaan saya itu.terima kasih.sihat lagi dia ya. Saya jumpa dia kali terakhir 10 tahun dulu.

hani salwah yaakup said...

Kan betul kata saya...

a picture can tell a story...

pasal gambar ni tak fasal2 kiter kenal Cikgu Hassan dengan lebih mendalam...hehe