Thursday, February 05, 2009

Kesabaran


Saya baharu sahaja sembuh daripada demam yang panjang. Alhamdulilah. Semoga ilham dan semangat untuk terus berjuang menyudahkan apa yang sedang saya lakukan ini dipermudahkan Allah SWT. Dalam jeda ripuh dan senggang menempuh hari-hari untuk setahun ini, hanya kesabaran yang menemani.

Saya selalu memupuk qalbu dan rasa agar kekuatan itu terus ampuh dalam cepu jiwa ini. Lalu puisi Chairil Anwar bertajuk, "Kesabaran" ini banyak sekali mengubat hati dan diri semoga terus gigih dalam perjalanan pada batas-batas laluan yang kian mencabar.

Insyallah!


Kesabaran

Aku tak bisa tidur
Orang ngomong, anjing nggonggong

Dunia jauh mengabur

Kelam mendinding batu

Dihantam suara bertalu-talu

Di sebelahnya api dan abu

Aku hendak berbicara
Suaraku hilang, tenagaku terbang
Sudah! tidak jadi apa apa!
Ini dunia enggan disapa, ambil peduli

Keras membeku air kali
dan hidup bukan hidup lagi

Kuulangi yang dulu kembali
Sambil bertutup telinga, berpicing mata
Menunggu reda yang mesti tiba

Maret 1943

(Daripada Kumpulan Puisi "Aku Ini Binatang Jalang" karya Chairil Anwar)


Picture source: www.pictureofthe.net/.../pt/s/pn/cat/n/1/

4 comments:

Agung budi kurniawan said...

wah besok bakalan kesini lagi nich

ainunl.muaiyanah said...

ye saya tahu puisi ini
di bacakan oleh dian dalam filem ada apa dengan cinta kan..
semasa dia bercakap dengan kawan-kawannya..
tul tak?

tentangseseorang said...

ehehehe semoga kesabaran itu terus ada.

hani salwah yaakup said...

Agung,
jemput ke mari lagi!

Yana,
tepat sekali...10 markah!

Ady,
thanks darl!