Thursday, September 25, 2008

Hadiah Yang Tidak Disangka-sangka

"Sepotong kek & Sebuah Buku~~Terima Kasih banyak, Nas!"

Hampir seminggu lebih saya diserang selsema dan demam yang teruk hingga saya sekarang boleh menyanyi lagu genre rock tanpa perlu menyerak-yerakkan suara (hehe!). Saya tidak mampu menjawap panggilan telefon (hanya boleh membalas sms!). Maaflah kepada sesiapa yang saya tidak jawap panggilan anda itu ya!. Barangkali, selepas ini anda tidak perlu membuat panggilan. Hanya perlu sms sahaja!

Dalam menempuh dugaan berpenyakitan ini, saya menerima hadiah yang tidak saya sangka-sangkakan. Saya sudah hampir mahu menutup lembar keinginan memilikinya namun, rezeki saya barangkali di bulan yang penuh rahmat ini. Alhamdulillah. Maka, terlengkaplah impian untuk memiliki antara trilogi fantastik Sasterawan Negara, Arena Wati, Bunga Dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak. Itulah agaknya nikmat bersabar dan meredhai segalanya dalam kehidupan!

"Bunga Dari Kuburan~~Arena Wati, Sasterawan Negara"

Pertama-tama saya ingin mengucapkan terima kasih saujana luas lautan, selebar payungan langit buat Nasriah (yang sabar mencari dan ingin membuat kezutan buat saya~~hehehe). Terharu saya mendengar bagaimana payahnya dia hendak mencari buku ini untuk dihadiahkan sempena ulang tahun usia perak saya tahun ini. Nas, eh aku tak tahu macam mana nak cakap lagi...TERIMA KASIH SANGAAAAAT...MUUUAHH!!!.

Hal yang kedua, saya menerima sesuatu lagi yang membuatkan saya gembira. Mungkin inilah langkah pertama persediaan saya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang akademik. Saya tidak memikirkan sangat (fikir jugakla) habuan yang bakal saya terima kerana dipenghujung jalan nanti yang saya mahukan adalah ilmu daripada pekerjaan itu. Semoga ilmu itu boleh menjadi bekal bagi memudahkan penulisan ilmiah untuk pengajian saya kini.

Teman-teman, kita sudah berada dalam 5 malam terakhir bulan mulia ini. Terasa sayu pula tiba-tiba mencuit rasa...

Ramadhan kali ini, banyak sekali mengajar saya jadi manusia. Banyak mengajar saya supaya lebih redha dan bersabar! Semoga rasa ini berterusan sehingga akhirnya...AMIN.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
kak hani.. hepi belated burfday..hu2..mlm 2 lupa nak wish..he2...orang mcm kak nas mmg patut dpt kwn mcm kak hani n org mcm kak hani mmg patut dapat kwn mcm kak nas...

-ika-

hani salwah yaakup said...

Salam Ika,

Hehehe...terima kasih banyak untuk wishnya. Dalam bersahabat, gaduh dan perbeza pendapat perlu agar selalu kita menghargai dan menyayangi sahabat kita. Pokok pangkal hati kena ikhlas dan jujur!

Semoga awak pun mendapat teman yang terbaik!

nasriahabdulsalam said...

salam,
oh-ho...pakat-pakat menyebut aku kat belakang aku eh..macam ni ke kawin? eh..kawan? hahaha (gurau beb!)

Hani, tahniah sangat untuk pemerolehan yang kedua tu. aku doakan agar ada kebaikan dalam pemberian allah yang kedua tu. aku sokong ngkau beb!

hani salwah yaakup said...

Aleykumsalam Nas,

Terima kasih banyak jugak...aku pun sokong apa yang kau rancang dalam life... ;)