Tuesday, July 22, 2008

Diskusi Novel & Antologi Puisi Mantan MPR, 2008

Sukacitanya menjemput semua pengunjung blog ini untuk memeriahkan diskusi novel dan antologi puisi Mantan MPR (Minggu Penulis Remaja), 2008. Butir-butir acara adalah seperti berikut:

Bila?

2 Ogos 2008

Hari?

Sabtu

Waktu?

8.00 pagi- 1.00 tengahari

Di Mana?

Dewan Bahasa & Pustaka

Berapa yuran?

Percuma

Novel & kumpulan puisi yang akan dibincangkan?

Faisal Tehrani (Manikam Kalbu),
Nisah Hj Haron (Puisi Untuk Esdyzuar)
Zaid Akhtar (Salju Sakinah)
Ridzuan Harun (Suluk Cinta)
Shamsudin Othman (Taman Percakapan)
Fahd Razy (Menggeledah Nurani)

Apa yang Menarik?


Biarlah rahsia dan menjadi kejutan kepada semua yang hadir nanti. Mungkinkah kami juga akan membawa Datuk Siti Nurhaliza menyanyi?
(Semacam meniru acara HSKU 2007 lalu? Hehehehe...)
Ha...oleh itu marilah meriahkan diskusi itu nanti.


Semua dijemput hadir tanpa mengira status, umur dan juga paras rupa. Namun begitu, kepada Mantan MPR yang wanita diharap anda dapat berbaju merah jambu dan yang lelakinya berbaju perang atau coklat.

***Untuk informasi lebih lanjut sila lawat blog rasmi Minggu Penulis Remaja disini


Mantan MPR sewaktu Majlis Penutupan MPR 2007 dengan konsep hitam. Diskusi kali ini warna konsep adalah "baju yang gelap kini sudah terang"...hehehe...

4 comments:

Kak Rai said...

''...tanpa mengira status, umur dan paras rupa...''

Alamak!Paras rupa saya terlebih cantik, baru je pakai botox hari tu!Huahuahua!

Dalam blog mpr tak dinyatakan waktu acara.Cuba cek balik.Nanti aku dtg kul 3 pagi baru tau.

Hanie,2 Ogos ni nampak gaya macam tak sampai je langkah kaki hamba ke sana.Adapun ibunda hamba yg sepatutnya membincangkan suluk cinta ada raptai konvo.Hari tu lah pulak bebudak lain di rumah ni nak gi situ sini.Akakkkk lah jugak yg kena jadi makhluk penunggu rumah!

Tengoklah camne yek.Jgn lupa,diskusi nanti panggil kerabat diraja tau.Haw haw haw!

hani salwah yaakup said...

Kak Rai...

Dah diletakkan acaranya mula pukul 8 di blog MPR. Tapi,biasalah kata je pukul 8 paling-paling awal pun mula jam 8.30-9.00 pagi.

2 ogos cuba-cubalah sampai ke DBP. Rasuahlah siapa-siapa yang patut dirumah anda untuk membolehkan anda mai ke sini. Dahlah jarang jumpa ni...apalagi nak bermesra-mesra. Hehehehehe!

ainunL said...

ala.. orang yang kat terengganu ni tak nak bagi rasuah juga ke?

tak aci tul..

sori tak dapat pergi. ralit la kat sini..
nanti yana datang untuk program yang lain..

hani salwah yaakup said...

Yana,

awak ad ptptn...dan lebih kaya daripada kami semua ni

hahaha....

btw,aci kan kepunyaan mamak...huhuhuhuhuuuuhu