Wednesday, July 16, 2008

Biar Menjadi Tauladan

Pernahkah anda terasa ingin kelihatan lebih kecil dan anggun daripada sosok tubuh yang anda miliki kini? Saya mengerti benar dengan perasaan yang selalu bermain dalam minda dan hati setiap daripada kita yang selalu benar ingin kelihatan cantik, menarik dan tertarik. Saya juga pernah berperasaan begitu. Jadi sudah lumrahlah kalau semua pernah berasa hal yang sama. Itu membuktikan kita ini masih normal.

Terlalu ingin cantik (dalam konteks ini kurus) seorang daripada sepupu saya mengalami penyakit yang tidak diundang. Tidak semena-mena dia dimasukkan ke hospital dan tanpa menunggu lebih lama terus sahaja dioperasi kerana penyakit yang menular dalam perutnya sudah parah. Beliau menghidap penyakit ulser perut secara tiba-tiba. Lalu, untuk menghilangkan segala kepayahan dan kesakitan yang dialaminya itu nasihat doktor hanya dengan pembedahan.

Bercerita mengenai sepupu saya yang satu ini, kata makcik saya dia sudah tidak menyentuh nasi semenjak melanjutkan pengajian disalah sebuah IPTS di Lembah Klang. Sepupu saya baru sahaja menamatkan pengajian sarjana mudanya. Bermakna dia sudah tidak makan nasi secara normal sejak 4 hingga 5 tahun lalu. Begitu lama sekali kan?

Entahlah kalau saya yang diletak dalam situasi sepupu saya itu adakah saya mampu bertahan? Saya orang Asia sejati. Makanan ruji orang Asia itukan nasi. Oh, mungkin nanti jika terpaksa, seminggu sekali benarkanlah saya makan nasi!

Situasi sepupu saya itu begini...

Dia hendak berdiet. Mungkin pada fikirannya kaedah yang terbaik untuk mengecilkan tubuhnya adalah dengan tidak ambil nasi. Sudahlah tidak makan nasi kemudian rutin pemakanannya menjadi carca marba. Aduh, itukan sudah menyeksa tubuh sendiri. Menyeksa tubuh sendirikan sudah berkali-kali ditegah agama kita.

Bila ditanya apa yang dimakan sepupu saya ini setiap hari, jawab makcik, dia makan apa-apa sahaja asal tidak nasi. Payahnya berdiet seperti ini...menakutkan!

Meskipun dalam diet tidak bererti anda tidak boleh menyentuh nasi. Pengambilan nasi dalam kuantiti yang sedikit pun boleh membuatkan anda berdiet dalam keadaan yang betul. Asal jangan tinggalkan jadual pemakanan anda. Wah, kata-kata saya macam pakar diet. Sedang diri sendiri pun tidak mampu berdiet!

Makcik saya berulang-ulang kali berpesan pada saya sebelum pulang hari itu agar tidak mengamalkan diet seumpama ini. Makan itu perlu walau ingin kurus dan cantik. Makcik saya sendiri serik melihat sepupu berguling-guling menahan sakit beberapa hari. Terseksa katanya.

Jadi, teman-teman yang sedang berdiet...nasi bukan musuh utama anda sewaktu berdiet. Diet itu sendiri bermakna makanan seimbang. Berdiet berdiet juga...kesihatan perlu juga anda jaga. Jangan hendak cantik, badan pula jadi mangsa...

9 comments:

wie said...

huwaa daku ini begitu susah menampak berat badan... nape nape nape... nak dpt bmi normal pun jerih gler... pagi tadi tak mampu nak abeskan cereal pun... sebab jiwa kacau ngan keadaan semasa.. adakah daku poyo atau adakah daku terlalu prihatin? kukuku...

hani salwah yaakup said...

Wie,

alahai kesiannyer adikku yang sorang ini. Orang lain nak naik badan senang awak susah pulak yer...erm...Agaknya wie kena selalu berada dekat-dekat dengan orang sentiasa berselera makan agaknya...manalah tau boleh jugak membantu menaikkan berat anda tu sikit...

comotgurl said...

Betul2, nak berdiet tu bukan bermaksud kita langsung x boleh mkn ns.. Boleh mkn, tp kurangkan kuantiti aje..Kalau sebelum ni mkn sepinggan penuh, cuba kurangkan ke separuh pinggan aje. Dan yg paling penting lakukan secara konsisten..

hani salwah yaakup said...

Sara,

Yup...hani sangat setuju cadangan Sara...

Rebecca Ilham said...

Salam Kak Hani,

haha, Becky selalu melihat berlapar sebagai easy way out (dan tidak sihat) untuk menurunkan (atau mengekalkan) berat badan. Seorang kawan pernah berpesan, don't take more than your body use. Becky modifies sikit, kalau 'ter'ambil lebih, sile jogging jauh sikit atau tambah masa workout di gym =D

Wan Nor Azriq said...

Salam Kak Hani,

Kecantikan fizikal sering dikejar kerana ingin diri sendiri diterima sebagai makhluk sosial yang cantik. Dan dalam proses itu,seseorang itu sanggup menzalimi diri sendiri padahal tidak ada benda yang kekal dalam hidup ini.Segala benda di sekeliling kita tidak bersifat statik dan sentiasa bergerak menuju kesempurnaan.

Cintailah diri sendiri bagi mencapai cinta yang lebih sejati iaitu cinta kepada Tuhan.

hani salwah yaakup said...

Becky,

Selamat 'workout'...hehehe!!!


Azriq,

Kadang-kadang kita juga pelik dengan orang yang sanggup menderita kerana cantik ini.Bagaimana mereka boleh menahan diri sebegitu teruk pun kak hani tak fahamlah...

tentangseseorang said...

diet itu pemakanan. ehehehe bukan meninggalkan makanan :D

hani salwah yaakup said...

Ady,

Awak pun suka meninggalkan makankan?

hehehehehe....