Sunday, August 19, 2007

Setelah Usai Majlis Diskusi MPR


Diskusi MPR 2007...mantan yang ceria belaka!

Usai sudah satu majlis yang sekian lama ditangguh-tangguh; Majlis Diskusi Karya Mantan MPR 2007. Majlis yang seakan dipandang sepi oleh pihak berwajib ini, sedikit sebanyak telah mengumpulkan graduan-graduan MPR yang selama ini hanya tahu nama, tahu karya...tak pernah bersua muka. Saya pasti yang paling bersyukur mestilah mereka yang telah berusaha keras tidak mahu acara ini dibatalkan sama sekali iaitu Saudari Ummu Hani, Ghafirah, Nasriah, Faisal Tehrani (sekadar menyebut beberapa nama), setelah pihak berwajib itu dengan banyak alasan dan kebanyakannya saya dengar, tidak logik sama sekali.


Mantan sedang mendaftar

Saya & Ummu yang "berdebar" menanti peserta diskusi

Maaf juga dari pihak urusetia dan ahli jawatankuasa (yang tidak pernah berjawatan ini) sekiranya banyak sekali kekurangan dalam majlis ini. Secara jujurnya, saya dan rakan-rakan yang lain diberi tugas last minute oleh Saudari Ummu Hani ahad lepas. Jadi banyaklah juga benda yang kecil-kecil kami terlepas pandang. Harap dimaafkan dan diberi tunjuk ajar yang sepatutnya rakan-rakan graduan senior juga sesiapa sahaja yang sudi hadir semalam.

Firdaus & Hidayah (MPR 2006)...ramai mantan 2006 datang berpasang-pasang ...tak lama lagi alumni MPR akan makan nasi minyak!

Pagi sebelum acara dimulakan, saya dan rakan-rakan yang lain sangat takut jika tidak ramai peserta yang akan ikut serta dalam acara diskusi ini. "Ketakutan" kami ini semakin beransur kurang bila melihat rakan-rakan graduan manaiki escalator, tersenyum melihat kami di meja pendaftaran. Yang pasti kredit perlu diberikan pada mantan paling meletopp…Kak Rai yang telah menjadi mantan senior pertama yang hadir. Selepas itu pula satu demi satu graduan senior mendekati meja pendaftaran. Yang paling mencuit hati bila melihat Kak Nisah Haron turun naik menghantar anak-anaknya ke meja pendaftaran. Betul kata orang, sudah berkahwin, punya anak bukan alasan tidak boleh aktif dalam penulisan dan acara-acara sebegini. Sekali lagi saya dilanda perasaan bersalah kerana sudah lama tidak aktif menulis. Selepas ini, insyallah semacam aura baru masuk menjengah diri untuk kembali aktif semula.

Adik-adik Ummu dari AMN Publication sibuk menyusun buku untuk jualan

Kulit hadapan antologi 9! (Boleh didapati di Ujanailmu)

Fahd Razy dan para pembentang...sempat lagi nak tunjuk muka di kamera si Fahd Razy ni...hehe

Selain diskusi novel, cerpen dan puisi adik-adik mantan MPR, pastinya jualan buku oleh Ujana Ilmu, AMN Publications dan rakan-rakan mantan yang lain menjadi acara sampingan. Yang paling mendapat sambutan hangat pastilah antologi 9! edisi 1. Karya 9! mantan MPR ini hanya mengambil masa beberapa hari sahaja untuk diterbitkan. Saya kira ini satu usaha yang baik untuk membuka mata pihak berwajib. Kepada mantan yang lain sekiranya berminat dengan antologi ini bolehlah mendapatkan naskah anda. Boleh kunjungi Ujana Ilmu untuk berbuat demikian. Duit anda itu bukan sekadar membeli antologi malah turut menyumbang kepada tabung MPR dalam usaha untuk menyatu padukan kembali warga MPR.

Hafezin: Apala yang dia baca tu erk?

Rosie: Aku pun dok pikir ni

Rai: Cover cun...ada orang ambik gambar aku nih...

Sepanjang acara berlangsung, saya tidak dapat begitu fokus sangat. Jadi acara yang saya beri fokus yang banyak adalah ketika acara mengenang Hizairi Othman. Ada diantara adik-adik mantan MPR edisi baru tidak mengenali Hizairi. Ada yang tertanya pada saya siapa tu kak…siapa tu kak?. Terpaksa pula saya menerang satu-satu agar mereka kenal dengan Hizairi. Naskah yang dibaca oleh Kak Rai, Kak Rosie, Abang Hafezin dan Abang Khairul (eh…betul ke nama dia ni?) mencuit rasa. Sejujurnya saya suka karya berkenaan. Mungkin gaya penceritanya yang baik barangkali dan sememangnya naskah itu juga sangat baik saya kira, maka, semuanya nampak baik-baik sahaja.

Juruacara yang "ada apa-apa"...hehe!

Saya teruja. Teruja kerana hampir semua pembimbing saya di MPR 2001 (Genting) semuanya ada. Daripada Abang Faisal, Kak Rai, Kak Rosie, Abang Saharil, Kak Salina, Kak Ade Irma, Abang Ridzuan, Abang Hafezin semuanya ada. Melihat mereka semua (walau sudah banyak berubah bentuk dan saiz...hehe!) membuatkan kenangan MPR di Genting menerobos ingatan pula.

Penulis buku motivasi PTS (Hidup Zero Alasan) Rehan dan saya waktu makan tengahari. Terima kasih yer Rehan ikut serta diskusi ni. Tahun ni masuk la MPR yer...

Selepas diskusi, ada sedikit meeting dengan semua mantan. Tak sangka saya pun sudah dikategorikan orang tua oleh Abang Faisal Tehrani (Hehehe). Mana tidaknya, kebanyakan mereka dalam dewan berkenaan masih lagi pangkat adik-adik dengan saya. Malu juga diperkenalkan sebagai penulis lirik kerana saya pun masih cuba-cuba lagi. Pendapat abang saya (Mohariz) pun, lirik saya masih teruk. Hehehe.

Firdaus , Azree Ariffin, Saya, Yana, Hidayah dan adik MPR 2006...(maaf nama tak ingat)

Azizul Ikhwan (Ode), Azree Ariffin dan Saya. Dua mantan MPR yang mula saya kenali di internet. Sekarang dah jadi "adik-adik" saya di alam nyata!

Jumpa lagi! ;)

12 comments:

Kak Rai Meletopp said...

Siapa yang tak duduk dalam MPR tapi tak kenal Hizairi tu,silalah letak jawatan sebagai mantan MPR.Serius nih!Ewah...

Lupa pulak nak sebut nama Rahimidin dan Sham Johor sebagai pendampaing ori.Baru pagi tadi minta ampun dengan Rahimidin sebab terlupa sebut nama dia sedangkan dia punyalah dok tengok dari atas stage dgn hensemnya hari tu.Depa dua orang ni jarang menempel macam kami yang lain2 ni.Tu yg terlupa tu...

Betul,Hizairilah yang memanggil semua pendamping original ni datang.Macam ternampak dia di salah satu kerusi tu.Masa baca cerpen dia tu tak rasa apa lagi.Dah balik rumah baru syahdu.

Meletopp Lagi said...

Eh,pembetulan...siapa yang duduk dalam MPR tapi tak kenal Hizairi...!

hani salwah yaakup said...

Itulah pasal...siapa tak kenal Hizairi? Angkat tangan dan kaki. Kes serius kan ni. Macam ni nampaknya MPR 2007 kita kena buat satu kelas pengenalan pada mantan MPR yang meletop vass vuss viss dalam lapangan sastera dan mantan yang semakin dilupakan. Tapi,macam mana plak Hizairi mereka boleh lupa alias tak kenal ni...yang pasti kalau saya tak lupa mantan yang bertanya saya tempohari salah satu mantan 2006. Namanya saya lupa...hehe

Nissa' Yusof said...

alah mantan 06 ke yg tanya? ish ish kawanku ni

ainunl muaiyanah said...

hahaha... saya tak termasuk golongan yang tak tahu tu.. buku antologi hati milik kesuma itu antara buku yang saya sayang metah.. lagi satu bila abg Khairul (kalau tak silap) menyebut, Walaupun saya kenali abg hizairi dalam sekejap waktu, tetapi dalam sekejap waktu itu, saya mengenalinya terus teringat penghujung cerpen hizairi "tidak semanis mimpi"...
kak hani, apa pengacara yang ada apa-apa tu... cipta scandal sungguh..tak baik tau.. saya 'bersih dan suci' tau.. huhu

hani salwah yaakup said...

suci la sangat...hahaha...hanya mereka tertentu je skandal kamu berdua tu...hahaha...

yana...nanti nak pinjam antologi tu boleh....jgn risau...kak hani pinjam mesti kasi balik. di jamin nih...hehehe

hani salwah yaakup said...

Nissa,

yang pasti bukan awak ataupun yana yang tanya akak...lupa la sapa tp,ada la yang bertanya...

Faisal Tehrani said...

salam
emmm tak kenal hizairi (zek) ibarat tak kenal mpr ni.
Wassalam

hani salwah yaakup said...

Mantan MPR sekalian...

Tolongla ambil tahu siapa mantan yang berjaya dalam lapangan sastera walaupun kita tak aktif menulis...

Mohariz Yaakup said...

Hizairi aku tak kenal... BAPAK dia aku kenal sangat..

Kak Rai Meletopp said...

Hanie,ni nak bocor satu rahsia lagi.Nasiblah sesapa yg terasa tu.Ahaks!

Semasa pembukaan MPR2006, Penyelaras dah bagitahu,ada 2 orang mentor perempuan iaitu akak dan Kak Nisah.Akak sampai dulu,duduklah belakang tu sorang2.Bila penyelaras tanya kat peserta,siapa agaknya mentor di belakang tu?

Jawab mereka,tu mesti Kak Raihani.Alasannya,Kak Nisah kami kenal.Oooohh...jadi hambalah mentor yang tak dikenali tuuuu!

Sedih?Memang.Nak buat macam mana kalau khalayak yg kita attend tu akses mereka kepada dunia sastera hanyalah tunas cipta,dewan siswa (sekarang) dan teks komsas.

Takpalah...mak memang tak glemer!Mak yakin sebelum sesi suaikenal tu,SEORANG budak MPR2006 pun tak kenal dan tak pernah dengar nama mak.Huhuhu!

Ada sesiapa dari MPR2006 nak menjawab?

hani salwah yaakup said...

Tak kisahla Kak Rai depa kenai Kak Rai ka tidak. Bak kata Kak Rai, kita ni kan penulis yang rock...hehe. Kadang-kadang ke"rock"kan kita ni org ingat tak serius berkarya. Bagi saya tujuan menulis itu sendiri selain memberi hiburan kan mendidik.Hati mau ikhlas biar nama tak pernah menang anugerah sastera yang gah-gah. Asal kita gembira dengan apa genre yang kita tulis itu...hehe.

Pada penulis semua...saya sokong anda. Walau saya tak menulis seperti anda semua, saya tetap membeli dan membaca karya anda. Hidupkan sastera Malaysia...

p/s: Suka iklan perodua bila Pak Samad diberi pengiktirafan baca sajak...Teruja