Sunday, August 12, 2007

Diskusi Karya Alumni MPR 2007


Urusetia Diskusi Karya Alumni MPR sedang berbincang

DISKUSI KARYA ALUMNI MPR NOVEL, CERPEN DAN PUISI 2007


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pihak Alumni Minggu Penulis Remaja (MPR) dengan sukacitanya menjemput para penggiat dan peminat sastera ke program DISKUSI KARYA ALUMNI MPR 2007 (NOVEL, CERPEN DAN PUISI) yang akan diadakan pada 18 Ogos 2007 (Sabtu) bertempat di DBP. Maklumat lanjut berkenaan diskusi tersebut adalah seperti berikut:


TENTATIF DISKUSI KARYA ALUMNI MPR NOVEL, CERPEN DAN PUISI 2007


TARIKH : 18 OGOS 2007

TEMPAT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KL

MASA: 9.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG



9.00 PAGI - PENDAFTARAN

9.20 PAGI - UCAPAN PENGERUSI MAJLIS DAN BACAAN DOA

9.30 PAGI- DISKUSI NOVEL



NOVEL 1- JUSTERU IMPIAN DI JARING KARYA ZAID AKHTAR

PEMBENTANG : DR KAMARIAH KAMARUDDIN (UPM)


NOVEL 2- LADANG HATI MUSTIKA KARYA UMMU HANI ABU HASSAN

PEMBENTANG ; PROF MADYA AMIDA ABDUL HAMID


NOVEL 3 - MISI PIRAMID KARYA IDA MUNIRA ABU BAKAR

PEMBENTANG : DR MISRAN LOKIMIN



11.30 PAGI - BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PENULIS NOVEL

PEMBENTANG : ZAID AKHTAR

UMMU HANI ABU HASSAN

IDA MUNIRA ABU BAKAR



12.30 PETANG - REHAT DAN MAKAN TENGAH HARI


2.00 PETANG - DISKUSI CERPEN DAN PUISI



SESI SATU (CERPEN)

PEMBENTANG : SAUDARA SM ZAKIR


CERPEN :

1.
J e Zu Be (Ummu Hani Abu Hassan) Dewan Siswa 2007

2. Surat Buat Kristina (Ghafirah Idris) Dewan Kosmik 2007

3. Selembar Sejadah di Lantai Madrasah ( Salman Sulaiman)

4. Mencari Qudwah (Ainunl Muaiyanah Muhd Sulaiman) Dewan Siswa 2006

5. Mati Pasti Menang ( Abdul Rauf Baharuddin) Tunas Cipta 2005

6. Sayang Si Mamat (Nur Afiqah Abu Samah) Tunas Cipta 2006

7. Ustazah Es (Amir Muhkriz) Antologi Kudeta

8. Warkah Perang Melaka (Khairul Nizam Raub)

SESI DUA (PUISI)

PEBENTANG : SAUDARA RAHIMIDIN ZAHARI


PUISI:

1. Menyembelih Haiwan (Fahd Razy) Dewan Sastera 2006

2. Mantera Ababil ( Azizul Ikhwan) Tunas Cipta 2005

3. Kasih Siapa (Nurul Iman Dashuki) Dewan Siswa 2006

4. Segugus Kunci ( Nissa Yusuf) Utusan Melayu 2007

5. Nyanyian Seorang Teman (Azree Arifin) Dewan Siswa 2007

6. Tangisan Luka (Farahana Hussain) Tunas Cipta 2006

7. Kisah Kasih II (Mohd Hafiz Abdul Latiff) Remaja 2005

8. Azam Baru (Nimoiz TY) Dewan Sastera, 2007

9.Salam Buat Nablus II (Khairun Nasriah Abdul Salam)

10. Bukan Remang Sangka (Ida Munira Abu Bakar) Tunas Cipta 2006


4.00 PETANG- MINUM PETANG DAN BERSURAI

***Kepada yang berminat untuk menjual buku pada hari diskusi berkenaann bolehlah berhubung dengan Saudari Ummu Hani Abu Hassan. Harap Maklum.

***Diharap anda semua penggemar dan penggiat sastera bukan sahaja alumni MPR boleh turut serta dalam acara ini.

2 comments:

Kak Rai Diva Tarian Singa said...

Mai sini nak share sikit...

Beberapa tahun yg lampau, kami alumni yg veteran ni (aduhhh!) buatlah acara sekian-sekian berkenaan MPR.Dulu takde blog-blog ni so kejayaan majlis banyak bergantung pada media. Jadi adalah alumni yg datang.

Tapi lebih ramai yg tak datang. Bila berjumpa mereka, mereka mengeluh ''Laa,ada acara ke?Kenapa tak cakap?'' Kemudian,macam biasalah ada yg mengeluh duduk jauhlah, examlah,sibuklah bla bla bla...

Satu, kita bukan boleh cater keperluan semua alumni.Takkan nak tunggu semua oang dari tahun 86 sampai 2006 free baru boleh buat acara.Kedua, yg bertanya kenapa tak cakap tu, mereka bukannya tak diberitahu. Kalau betul serius dalam bidang ni, mesti ambil tahu sekian-sekian perkara,kan?At least masuklah blog sesapa yg fofuler tu. Ni tidak, paper pun tak baca, apatah lagi ruangan sastera!

hani salwah yaakup said...

Saya setuju tu kak rai...

kalau kita minat dan masih ada passion untuk sastera,berita walau dalam batu pun boleh tahu kan. yang penting hendak atau tidak je.kalau semuanya nak mengharapkan orang...susahlah nak cakap.

event kali ni harap2 la menjadi dan berjalan dengan lancarnya. apa-apa pun kami ni pun masih mentah dalam mengadakan acara dan masih looking forward petua-petua daripada yang veteran-veteran ni kan...

jangan lupa datang tau sabtu ni. akan saya suruh ode & fieda menyambut kak rai ngan tarian singa. tapi,jgn lupa pulak bawa limau mandarin nak bg upah kat singa ni. faham2 je la singa ni kalau tak de upah...nak mengamuk aje..huhuhu...

jumpa sabtu nanti...insyallah