Sunday, December 24, 2006

Diwajahmu Kulihat Bulan

Di wajahmu kulihat bulan
Bersembuyi di sudut kerlingan
Sedarkah tuan kau ditatap insan

Yang haus akan belaian

Diwajahmu kulihat bulan
Menerangi hati gelap rawan

Biarkan daku mencari naungan

Diwajah damai rupawan
Serasa tiada jauh

Dan mudah dicapai tangan

Ingin hati menjangkau
Kiranya tinggi diawan

Diwajahmu kulihat bulan
Yang mengintai dibalik
senyuman
Jangan biarkan ku tiada berkawan
Hamba menantikan tuan


Penyanyi Asal: Sam Saimun
Komposer : Mochtar Embut


Semuanya terjadi secara kebetulan sewaktu saya ditugaskan menyiapkan rakaman rancangan Retro Hitz di UFM (Radio UiTM) tempohari. Sedang mata saya semakin naik juling melihat senarai playlist lagu dalam sistem, saya terpandang tajuk lagu ini; "Diwajahmu Kulihat Bulan".

Memang sudah agak lama saya mencari lagu ini. Kebetulan sekali saya kira. Jadi apa lagi jari jemari saya ini pantas menekan "klik" pada butang "tetikus" untuk mendengar lagu itu. Berulang-ulang kali saya dengar dan dengar lagi.

Pertama kali mendengarkan lagu ini ketika saya menonton filem Perempuan Melayu Terakhir lakonan Vanidah Imran. Sejak hari itu saya suka mendengarkan lagu ini cuma tidak pernah saya kira lagu ini "terpasang" atau "dipasang" oleh mana-mana radio di Malaysia (di Klasik Nasional...entahlah...barangkali ada)

Versi yang saya dengar di UFM adalah nyanyian semula oleh Encik Ismail Marzuki tetapi, kerana ingin tahu benar mengenai lagu ini saya telah menjumpai bahawa lagu ini adalah nyanyian asal Sam Saimun dan ditulis oleh Mochtar Embut sekitar tahun 1950an. Khabarnya mereka ini "orang seberang".

Bercerita mengenai liriknya, saya kira walaupun kata-katanya mudah tapi bersarat penuh makna dan sangat-sangat puitis juga melankolik (mungkin barangkali ketika menulis lagu ini si komposernya cuba memuji kekasihnya...!!!). Jadi, tidak hairanlah saya kira andai mantan Presiden Indonesia, Megawati Soekarno Putri juga sampai menyayikan lagu ini pada Hari Muzik Nasional pada tahun 2003...lagu ini pada hemat diri yang "kecil" ini...boleh membawa semacam gerak emosi dalam diri (wah...sejak bila saya boleh menulis ayat semacam ini?)

Dalam usaha saya mencari informasi-informasi mengenai lagu ini, saya juga terjumpa satu blog yang menyatakan "How Beautiful Actually The Moon?"...ya tak ya juga...Cantik Sangat kah Bulan?...tapi, masyarakat dulu saya kira...punya banyak alasan menyatakan bulan itu cantik...hehehehehe...



Jadi...sampai nanti...saya kira!!!

0 comments: