Wednesday, December 20, 2006

Yang Bernama Cinta...

Yang bernama Cinta...uhh...terlalu banyak tafsiran saya temui mengenai cinta...namun ada satu kata-kata yang buat saya tertawa membacanya. Kata-kata ini saya jumpa ketika saya berjalan di Fakulti Kreatif & Artistik,UiTM Shah Alam kurang lebih 3 tahun lalu. Menurut poster itu...kata-katanya berbunyi begini...

"Cinta itu ibarat kentut...ditahan sakit perut...dilepas jadi kalut..."

Kesian pada cinta...diibaratkan sperti kentut...namun pada saya definisi cinta itu subjektif pada individu yang menilai apakah itu ertinya cinta.

Bercerita mengenai Cinta, tempohari setelah beratus-ratus kali melihat iklan filem CINTA arahan Khabir Bhatia di tivi, saya dan emak akhirnya bersetuju menonton filem itu di panggung berhampiran.

Cinta,berkaitan 5 kisah kehidupan manusia yang ingin mencari cinta dalam diri. Kisah Cikgu Elyas (Rahim Razali) dan Rubiah (Fatimah Abu Bakar) mencari cinta dalam usia yang semakin meningkat, kisah Azlan (Eizlan Yusof) dan Azura(Fasha Sandha) yang mencari cinta dalam perbezaan pangkat dan darjat, kisah cinta adik dan kakak Dyan (Nanu Baharudin) dan Dhani (Que Haidar), nilai cinta seorang lelaki bergelar suami bernama Harris (Rashidi Ishak) kepada isterinya Airin (Rita Rudani) dan kisah cinta tak diduga antara seorang gadis kampung yang mencari kekasihnya yang hilang, Arianna (Amani) dan seorang wartawan bernama Taufiq (Pierre Andre).

Memang...saya tidak nafikan...saya terhibur dan asyik menonton shot-shot filem ini yang pada hemat saya...sangat baik. Hinggakan emak saya yang tidak belajar shot secara formal juga mengatakan..."ceritanya" cantik.

Pujian media massa pada filem ini bukanlah hanya "pujian" tanpa asas. Selain "kecantikan" teknik filemnya, CINTA mengutarakan isu yang menjadi masalah dan kehidupan masayarakat secara amnya. Isu seperti bercinta dengan suami orang, isteri curang, kesepian seorang warga emas, cinta perbezaan pangkat dan masalah sosial. Isu-isu ini dikupas sangat "dekat" dengan kehidupan masyarakat. Mira Mustapha pada saya "mengatur" jalan cerita itu supaya tidak asing dengan kehidupan kita. Tidak seperti drama-drama di tivi-tivi kita kini. Ulang-ulang kisah koprat, kisah orang-orang kaya yang mana rumahnya sebesar istana, keretanya menjalar-jalar. Aduh...naik jelak juga bila menontonya.

Pada saya, filem ini mudah...ceritanya yang "cerita biasa-biasa" adanya...tapi,itulah yang masyarakat kita mahukan. Tujuan sesebuah filem itu selain untuk memberi hiburan pada penontonnya,juga turut mendidik masyarakat. Seperti lewat filem ini saya tidak pulang dengan tangan yang kosong tetapi, satu pengajaran yang sangat mulia iaitu saya mula menghargai cinta saya. Cinta pada bonda dan ayahanda,keluarga,teman-teman, adik beradik dan insyallah ada suatu hari nanti mungkin pada kekasih dan suami...

Taniah pada Cinta...satu lagi filem yang mampu menganjakkan paradigma masyarakat kita dalam menilai filem-filem yang berkualiti.

Sampai nanti...

p/s: berkali-kali mengesat air mata dalam panggung sewaktu menonton "CINTA"...hehehehehehe

0 comments: