Saya masih ingat Allahyarham pernah berkata pada saya suatu ketika dahulu bahawa hidup menjadi perempuan di zaman ini cukup sulit. Walaupun Allahyarham tidak memberi sebarang nasihat tapi saya cukup faham akan maksud tersirat kata-katanya itu.
Hari ini sudah cukup setahun Allahyarham pergi meninggalkan kita. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq.
Al-Fatihah!
p/s: Bila saya dengarkan lagu Apokalips, pasti saya teringatkan pesan Allahyarham.
Hari ini sudah cukup setahun Allahyarham pergi meninggalkan kita. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq.
Al-Fatihah!
p/s: Bila saya dengarkan lagu Apokalips, pasti saya teringatkan pesan Allahyarham.
Apokalips
1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat
Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips
1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti
Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka apa yang ku suka
2 comments:
Yah! Ini lagu siulan waktu zaman tengah memberontak dulu.
Dengan seluar jeans koyak di lutut. Dengan bandana melilit dahi. Dengan gelang manik membelit kedua-dua lengan.
Apa lagi lagu ini dilontarkan oleh sifu M. Nasir. Pasti menyemarak darah muda. Ha! Ha! Ha!
Apa-apa pun, Al Fathihah saya sedekahkan kepada Allahyarham Loloq...
Abg Roslan,
Wah zaman memberontak yer. Hehehe...
Post a Comment