Thursday, November 20, 2008

Walimatulurus


Kad Undangan Perkahwinan Yang Cantik-Cantik!

Bila tiba hujung tahun (terutama sejak tamat pengajian sarjana muda), saya akan dihujani sms, emel, mesej di ruang sosial (friendster & facebook) dan kad undangan walimatulurus. Namun, tidak semua mampu untuk saya hadiri. Kadang-kadang ada juga yang saya tidak dapat hadiri. Maafkan saya, ya!

Setakat entri ini diketik sahaja, sudah tiga undangan yang terpaksa saya tolak untuk hadir. Bukan sengaja tidak mahu hadir dan memeriahkan majlis tetapi, jemputan itu bertembung dengan tarikh saya ke Australia. Jadi, untuk Izni & Isteri, Ira & Suami dan Biana & Suami, ampun maaf diminta. Diberikan Allah kesejahteraan dan kebahagiaan selama-lamanya kepada anda semua. AMIN.

Wah, hari demi hari, semakin ramai teman-teman sekuliah, sekelas, sama sekolah ataupun kenalan sepejabat berubah status diri. Berubah daripada bujang kepada berkahwin. Tahniah...tahniah semua!

Dalam masa yang sama, saya juga disoal dengan soalan-soalan bila mahu menukar status diri. Saya hanya tertawa dan buat-buat tidak dengar. Untuk yang bertanya, jika sampai waktunya dan ada calon yang sesuai, akan saya layangkan undangan.

Buat masa ini, doakan saya mendapat calon-calon yang terbaik adanya dan yang paling utama adalah, berjaya mengusaikan sarjana! Chaiyok!

Untuk semua yang telah, sedang atau akan melangsungkan perkahwinan tahun ini, SELAMAT PENGANTIN BAHARU!

0 comments: