"Tunggu sekejap wahai kasih
Kerana hujan masih renyai
Tunggu sekejap dalam pelukan asmaraku
Jangan bimbang walau pun siang akan menjelma
Malam ini belum puas ku bercumbu dengan dinda
Tunggu sekejap wahai kasih
Kerana hujan masih renyai
Mari kudendang...jangan mengenang orang jauh
Jangan pulang
Jangan tinggalkan daku seorang
Tunggu sekejap
Kasih...tunggu"
Salam...
Sedang saya asyik mendengarkan MP3 di PC saya,hati ini tergerak mahu mendengar sebuah lagu P Ramlee...entah bagaimana saya terus mencari lagu Tunggu Sekejap di YouTube...lalu terjumpa saya dengan lagu ini.
Pada saya inilah sebuah lagu P Ramlee yang membuatkan saya terbuai mendengarkannya. Saya fikir pertama kali saya mendengarkan lagu ini (saya ingat waktu itu saya masih lagi anak hingusan baru pandai belajar-belajar menonton filem P Ramlee di Tivi) hati anak kecil saya sendiri terus melekat padanya. Semacam magis lagu ini telah terkena pada saya...itu saya kurang arif.
Menerusi liriknya juga...hati mudah tersentuh...walaupun bahasanya mudah...melodinya indah...itu bukan kekurangan lagu ini. Mesejnya terus sampai ke hati nurani ini. Hehehehehe...saya fikir saya ini terlalu sentimental. Mungkin lewat tulisan ini juga anda akan menilai saya sebegitu...hehehehehehehehe
Saya yakin tidak terlalu ramai anak muda seperti saya, sebaya saya menggemari lagu-lagu lama. Mungkin ramai menyukainya bila ada artis muda membawakan semula lagu ini. Contohnya, cubaan Jaclyn Victor pada hemat diri yang kerdil ini...sangat baik. Dia ada imejnya tersendiri dalam penyampaian lagu ini. Sama juga dengan Allahyarhamah Rafeah Buang dan Sheila Majid. Tapi, keindahan penyanyi asal lagu ini...nyata...lebih menusuk terus ke kalbu...tapi itu pandangan mata fikir saya.
Selamat terhibur!!!
Wednesday, December 20, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment