Thursday, December 07, 2006

Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Muzikal

Hampir semua daripada kita tahu mengenai siri sitkom terkenal, Pi Mai Pi Mai Tang Tu salah sebuah sitkom paling lama dan antara paling digemari ramai.
Sebagai anak generasi 80an saya juga pernah menonton sitkom ini di televisyen. Bermula dari Kampung Seri Wangi ke Flat Seri Wangi. Daripada generasi Mydin berniaga di warung yang menjadi set utama sitkom ini hingga Mak Ngah mengambil alih.
Pi Mai Pi Mai Tang Tu sebagai sebuah sitkom bagi saya, sangat menghiburkan dengan jenakanya yang bersahaja.
Namun, bila saya berkesempatan menonton muzikalnya di Istana Budaya tempohari, terubat juga rindu ini pada jenaka penduduk Flat Seri Wangi yang agak lama menyepikan diri. Muzikal yang mengekalkan barisan pelakon asal, sangat menghiburkan walau ada beberapa perkara yang membuatkan muzikal ini "KURENG".
Niat saya bukan ingin menyindir malah jauh sekali ingin menunjukkan kehebatan saya. Saya juga tidaklah "pakar" yang mampu memperbetulkan dan serba tahu. Tulisan ini hanya coretan saya sebagai salah seorang penonton dan peminat seni juga Siri Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Oleh itu, segala tulisan saya selepas ini, saya mohon ampun dan maaf andai ada yang terasa hati,terambil hati atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hati...Maaf sekali lagi.
Pi Mai Pi Mai Tang
Tu ada semacam "hilang taring" dalam persembahan kali ini. Barangkali, pementasannya yang agak lama membuatkan ramai diantara kami sudah naik "lemas" di bangku. Ada juga yang sampai sudah jatuh lena. Perjalanan ceritanya agak slow, mood muzik yang kurang sesuai dengan "mood" cerita, sistem audio yang kurang jelas..."menganggu" tumpuan ramai penonton...secara tidak langsung...me"luluh"kan juga expectation saya.
Saya pasti produksi ini boleh memberi "lebih" kepada penonton. Ke"kureng"an dalam sesebuah produksi boleh diperbaiki daripada semasa ke semasa. Maka besarlah harapan saya, andai ada lain kali bagi produksi Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini, berilah yang terbaik lewat muziknya, jalan cerita dan juga masa pementasannya...
Apa-apa pun, saya harus "mengangkat" semua pelakon Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Lakonan yang berkesan dan sangat menghiburkan. Bintang tamu seperti Zaibo dan Osman Kering, nampaknya dengan bersahaja dapat melakonkan watak Pak Bo dan Wak Kaki Patah. Kredit pada pelakon-pelakon asal, Angeline Tan,Ahmad Busu, Sabri Yunus, Zami Ismail, Imuda, Sulaiman Yasin, Khatijah Tan and Sathia. Mereka ini masih mengekalkan kehebatan mereka seperti dahulu...
Sampai nanti...



0 comments: