aku menulis
puisi yang biasa
kerana aku orang biasa
yang tidak pandai
menulis
sebuah puisi luar biasa
untuk orang yang meminta
sesuatu yang luar biasa
daripada kebiasaan
Kerana aku orang biasa
biarlah aku menulis yang biasa biasa
agar hanya orang yang luar biasa
yang mampu memahami
setiap keluarbiasaan
dalam kebiasaan!
2 comments:
Ya menusuk sekali.
daripada yang biasa-biasa menjadi luar biasa..:)
Post a Comment