Monday, June 01, 2009

Saya Ditabrak

Saya punya pengalaman ditabrak. Cuma kesnya yang kecil-kecil sahaja. Setakat pengguna jalanraya yang lain menggesel kereta saya lalu kereta saya bercalar atau kemek sedikit. Itu biasa sahaja saya rasa.

Namun, malam tadi untuk pertama kalinya kenderaan yang saya tumpangi dilanggar keras. Saya tidak tahu bagaimana keadaan saya waktu itu. Terasa saya melambung-lambung dan bergulung-gulung dalam kenderaan teman saya. Apabila keluar sahaja daripada kenderaan yang ditabrak itu, saya masih bisa berjalan tetapi berasa sakit seluruh badan dan tidak menyedari kaki kanan sudah mengalir darah. Saya lihat abang saya Mohariz, sudah berdarah-darah dikening dan jari. Sementara Rudee (teman saya yang sedang menyitir kereta) masih lagi elok tetapi, dalam keadaan trauma.

Orang yang berada disekeliling membantu kami. Ada yang memberi saya tisu untuk diberikan kepada abang, ada juga yang membantu kami itu dan ini tidak kurang juga yang bijak mengambil kesempatan untuk menarik kenderaan teman saya. Entah dari mana ia datang. Yang pasti ditangan orang itu siap siaga dengan walkie talkie. Macam-macam.

Yang menyedihkan adalah kereta teman saya, Rudee. Hancur dan remuk dibahagian belakang dan sebelah kiri.

Yang paling memalukan adalah orang yang menabrak kami adalah seorang lelaki melayu dalam keadaan panduan yang amat laju. Itulah dia kalau pengaruh arak sudah mengawali hidup manusia. Tiada apa yang mampu difikirkan dengan jernih dan positif. Kami yang mengikut peraturan jalan raya dengan benar pun mendapat nasibnya.

Saya OK. Tiada apa-apa yang buruk. Cuma buat pertama kalinya kaki saya dijahit agak banyak dan badan masih rasa sakit dek hentakan, lebam, dan luka-luka kecil yang dialami. Abang saya dimasukkan ke wad untuk semalaman dan perlu dijahit jarinya. Alhamdulilah mujur saja tidak retak atau patah. Sudah boleh pulang ke rumah pun sebentar lagi.

Untuk semua teman-teman dan pembaca yang budiman sekelian,
Perlulah senantiasa awas dengan keadaan sekeliling. Malang itu memang tidak pernah berbau dan tidak kita ketahui bila dan bagaimana ia akan berlaku. Kadang walau kita memandu mengikut peraturan dan keadaan, masih ada orang lain yang tidak pernah menimbang rasa.

Yang sering memandu dalam keadaan mabuk (alkohol),
Yang haram itu akan tetap haram walaupun, seteguk. Gunakan akal sihat yang dikarunia oleh Allah SWT itu menentukannya. Namun, jika anda masih juga memilih untuknya, JANGAN PULA MENYUSAHKAN pengguna jalanraya yang lain. Jadilah warga yang senantiasa bertimbang rasa.



Anekdot: Masih terkenang-kenang situasi dilanggar itu. Oh, berguna agaknya pengalaman itu saya kira untuk pengkaryaan nanti.

6 comments:

tentangseseorang said...

org kita...
lalu belakang lori yang bawa babi pun tak nak. haram!

minum arak takpe.

sensitif pada babi bukan arak :D

hani salwah yaakup said...

Ady,

itulah dia...aduhai!

Fizahanid said...

Hani,
Akak pun pernah tiga kali mengalami kemalangan jalan raya. Dua daripadanya kemalangan maut. Alhamdulilah, Allah masih memanjangkan umur. Aminnnnnnn.

hani salwah yaakup said...

Kak Fizah,

Tiga kali? Aduh, sekali ini pun dah minta ampun.

Betullah Kak, Allah SWT masih sayangkan kita. Semoga tidak berulang perkara-perkara ini pada diri kita lagi hendaknya kak...

Fariza said...

salam hi hanie, saya sedang menyiapkan satu artikel berbahasa ingeris berkenaan kebebasan membeli alkohol di malaysia. sebahagian drpd artikel saya ingin masukkan pendapat mereka yg pernah jadi mangsa pemabuk2 di jalanan. jadi saya nak tanya pendapat cik hanie:
1. do you agree if the government decide to ban the selling of alcohol in Malaysia and why? can it reduce drunk drivers on the road?


2. What lesson Malaysian can learn form your experience of being hit by drunk driver?

Thanks hanie. Would appreciate your immediate reply.

fariza.
www.forwardmagazine.com.my

hani salwah yaakup said...

Cik/Puan Fariza,

Maaf membalas soalan ini agak lambat. Dibawah adalah reaksi pada soalan yang dikemukakan.

1) Pada hemat saya dengan menghentikan penjualan arak kepada masyarakat bukanlah jalan akhir dalam membendung permasalahan ini. Meskipun secara harafiahnya kemungkinan jumlah kemalangan yang melibatkan pemabuk ini berkurangan tetapi, jika sikap pemanduan kurang berhemah itu masih wujud dalam diri mantan pemandu pemabuk ini, masalah ini tidak akan menemui jalan penyelesaiannya.

Apa yang boleh dilakukan adalah menimbulkan kesedaran dalam masyarakat kita terlebih dahulu. Bukan sahaja pada pemandu dan pengguna jalan raya tetapi, lebih kepada masyarakat massa. Apabila kesedaran ini timbul, secara automatik apabila ternampak pemabuk ingin memandu, kita dapat menghalang mereka.

2) Tiada perkataan yang mampu menceritakan setiap kesakitan yang dirasai ketika kemalangan berkenaan. Ingatlah dengan pemanduan berhemah anda itu sebenarnya telah dapat menyelamatkan banyak nyawa, kesakitan dan kerugian. Mangsa kemalangan itu juga sama dengan anda. Mempunyai hak,tanggungjawab dan kehidupan. Bertimbang rasalah di jalan raya.

Harap jawapan saya dapat membantu.

Salam Hormat.