Monday, January 05, 2009

Bila Perlu Menjawab "Tag"

Saya di "tag" sekali lagi. Kali ini oleh Puan Muda Jauhari. Untuk tahun baharu ini, mari mulakan dengan entri yang gembira.

1. Do you think you "hot"?

Erm...tidak pernah rasa diri "hot" pun. Tetapi, kalau tengah panas sudah tentulah kan? Hehehe!

2. Upload a favourite picture of you:


3. Why Do Like This Picture?

Inilah stesen radio terakhir yang sempat saya bertugas. Sejak bergelar mahasiswa semula, dunia ini yang paling saya paling kangen sekali.

4. When was the last time you ate pizza?

Kali terahir pada 14 Disember 2008. Wah, canggihnya ingatan! Pizza itu dibekalkan kakak saya dari Australia untuk dimakan dalam pesawat. Dia juga yang terkejar-kejar membeli bahan untuk membuat pizza kerana kedai yang kami singgah mahu tutup jam 5 petang. Namun, saya hanya sempat makan setelah mendarat di Kuala Lumpur gara-gara di landa sakit kepala yang amat sangat.

5. The song you listened to?

Erm...banyak sangat. Oklah secara amnya saya suka muzik klasik Melayu tahun 40an-70an. Namun, sekarang sedang gilakan Situasi (Bunkface)--ini pun gara-gara tengok mereka perform live di Malam Mesra MACP-- dan juga Akan Tiba OST Rona Roni Makaroni (Alif OIAM, Amylea).

6. What are you doing right now besides this?

Menolong rakan-rakan MPR dalam suatu projek antologi dan bercadang mahu menonton filem-filem menarik di saluran HBO, StarMovie atau di Cinemax selepas ini.

7. What other names do you prefer besides this?

Saya rasa nama yang sedia ada pun sudah cukup baik. Saya suka bila orang panggil saya dengan "Hani". Cuma keluarga terdekat sahaja yang boleh panggil nama timangan saya "Yani".

New victims to answer this tag:

Nasriah Abdul Salam
Mohariz Yaakup aka Abang Mo
Kak Fazleena "Lighting Could Strike"
Azree Ariffin
Yana " Si Biru Ungu"

8. Who is no 1?

Penulis muda yang semakin harum dalam nuansa sastera tanahair, pembimbing bengkel, penceramah, pelajar sarjana dan teman rapat yang sangat memahami dan mengerti.

9. Who is no 3 having a relationship with?

Seorang pengarah dan pelakon. Dia selalu buat saya teringat akan satu angan-angan saya yang tidak ke mana-mana itu. Hehe!

10. Say something about no 5?

Adik saya yang obses warna ungu, sukakan Ebiet G Ade dan novel-novel Andrea Hirata & Noor Suraya!

11. What about no 4?

Pengerusi Poetry Club IIUM dan pengarah projek terbaharu MPR yang gigih berjuang! Juga seorang penulis puisi yang bahasanya saya suka!

12. Who is number 2?

My Brother, enemy (mati saya kena bunuh lepas ini!) and friend. He is one of the Malaysian promising song writer and lyricist. Nowadays, busy with his little one, Amir Luqman, which I see have great potential to become "Inde Band Guitar Player In The Making". Hehe. Awat desripsi pasal dia saya berbahasa asing pula ni?

4 comments:

Nissa' Yusof said...

salam, kak hani.
tulah, saya pun tertanya-tanya juga, kenapa yang last tu tiba2 dalam BI pulak =)

fazleena said...

saya kena buat ke ni? :)

lama tak jumpa awak..saya juga cemburu. tdk boleh menulis sebaik kamu. :)

hani salwah yaakup said...

Kak Faz,

anda digalakkan menyebarluaskan virus tag ini...hehehehe...

haah lama kan tak ketemu. Insyallah mungkin di Maskara 7hb nanti kot.

Saya pun masih belajar menulis lagi wahai kakakku. Doakan usaha adikmu ini agar dapat menulis dengan lebih baik. Insyallah!

hani salwah yaakup said...

Nissa,

saja je tu...hehehehe!