Thursday, August 14, 2008

Asam Gelugor Si Asam Keping


Buah apakah ini?

Seorang adik MPR pernah bertanya pada saya apakah itu buah asam gelugor atau asam keping?

Waktu itu hendak saya perincikan bentuknya memanglah sangat mustahil. Memberi gambaran pada orang yang tidak pernah melihat sesuatu itukan payah. Kita gambarkan buah itu seperti labu. Mempunyai seksyen-seksyen pada buahnya seperti labu, dibayangkan buah itu seperti labulah pula. Untuk Lan, ini dia bentuk buah asam gelugor atau asam keping, ya dik!

Selain pengajian saya di waktu petang (yang hampir setiap hari), disela masa senggang dan ripuh (yang memaksa saya untuk menghadam pelbagai jenis buku), inilah salah satu pekerjaaan yang menghiburkan di rumah emak. Memotong buah ini untuk dijadikan asam keping atau asam gelugor. Kegiatan ini bukanlah sesuatu yang terlalu menyeronokkan tetapi, cukuplah untuk menghilangkan tekanan terhadap pengajian yang menagih seluruh masa untuk saya curahkan.


Inilah buah asam gelugor. Yang hijau masih muda. Jika dibuat asam keping kurang masam berbanding dengan yang kuning (yang sudah masak)

Rumah saya bukanlah didalam sebuah dusun yang menempatkan pelbagai jenis buah-buahan, pucuk, ulam atau tanaman. Dah sah-sahlah saya tinggal di kawasan taman perumahan! Untuk semua itu kami terpaksa pulang ke kampung nun di Melaka. Yang kerap pulang ke kampung sudah pastilah ayah. Semuanya diangkut pulang. Baik durian, rambutan, pisang, langsat...eh apa-apa sahajalah yang ada di kampung itu hendak dibawa pulang. Agaknya rumah kampung arwah nenek dan arwah atuk pun kalau boleh hendak di bawa pulang bersama.


Buah asam yang sudah kering

Kadang-kadang, saya dan emak sudah naik rimas dengan produksi asam keping kami. Cuaca yang tidak menentu, kekurangan tempat menjemur dan yang paling penting adalah tidak cukup tenaga manusia yang hendak memotong asam keping membuatkan kami bersikap sebegitu. Namun bila melihat ayah yang berpenat lelah membawa pulang buah asam dari kampung, tidak tergamak pula hendak membiarkan buah asam itu tidak berpotong.


Asam keping yang sudah siap untuk dipek

Tujuan ayah membawa pulang ke rumah pun kerana tidak sampai hati melihat buah-buahan itu membusuk dibumi. Daripada terbiar begitu sahaja nah, boleh juga bersedekah kepada jiran-jiran dan menambahkan pendapatan keluarga (meskipun bukanlah banyak benar yang kami dapat sekali jual!)

Kalau yang mengambil dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa pun adalah ustazah di tempat emak selalu berurut. Sekali beli 5 ke 6 kilogram. Katanya hendak membuat ubat kurus cara tradisional yang kerap habis dikedainya.

Asam keping

7 comments:

pear said...

aku windu nk higheh (loghat perak) asam keping..mwahahahah

hani salwah yaakup said...

Kalau kisah "asam keping" kau tu kan pear, apa kata kau lupakan je. Kalau kisah asam keping aku ni tak pe...hehehehe!

pear said...

haaa...mmg kisah asam keping nko le yg aku windu...kisah asam keping yg "itew" da jadi bahan artifak..sepatutnya aku da anto g muzium...mwahahaha

Anonymous said...

Aku saja nak tau, selain asam keping ada tak benda yg boleh dibuat dari asam gelugor nie.

Satu lagi, klau aku buat ladang asam gelugor nie sebyk 5 ekar; boleh jadi kaya ker?

Sajer nak tau...

hani salwah yaakup said...

En ANON,

ngkau tau tak selain memasak, asam ni boleh dibuat ubat dan beberapa tujuan yang lain.

kedua, kalau kau ada 5 ekar tanah, dan kalau kau nak tanam dan meniaga asam ni, kau bukan setakat kaya tapi, jadi kaya raya. sekilo asam ni dijual RM 12...ermm...

gaharu kerdau said...

Kat kebun saya ada sepohon yg beso tapi x mau berbuah, camane nak bagi dia berbuah lebat yekkkk??? ada sesiapa yg tau.

ilzap said...

salam cik mcm na amba nak jual asam keping ni.