Tuesday, December 23, 2008

Dari MPR ke Majlis Makan Malam MACP


Pembimbing MPR 2008 yang comel-comel!

Nasriah & Saya

Secara keseluruhan disember tahun ini adalah bulan yang memenatkan namun, meriangkan hati saya. Dimulakan dengan acara bercuti ke Perth selama dua minggu pertamanya. Apabila pulang pula terus ke Minggu Penulis Remaja (MPR) 2008 selama seminggu pula. Saya bukanlah bertindak sebagai pembimbing malah pendamping untuk MPR kali ini. Saya hanya diminta untuk menemani teman rapat saya, Nasriah Abdul Salam yang kebetulan dilantik Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membimbing adik-adik MPR tahun ini. Setidak-tidaknya dengan kehadiran saya di MPR, dapat jugalah saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai salah seorang moderator blog MPR dengan merakam gambar-gambar yang boleh dikira menarik sepanjang MPR (Ceh..konon!)

Sesi Bedah Karya

Urusetia yang senantiasa setia mengurus

Bilangan peserta tahun ini, alhamdulilah lebih meriah daripada tahun sebelumnya. Yang menarik, sejumlah besar peserta tahun ini dari negeri Johor. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin orang Johor lebih prolifik agaknya tahun ini. Huhu. Untuk close-up wajah-wajah mantan MPR 2008 anda boleh terus ke blog Minggu Penulis Remaja disini.


Peserta MPR 2008 khusyuk mendengar kuliah

MPR dimeriahkan lagi dengan penceramah undangan. Katanya, Dato' Baha Zin diberi penghormatan merasmikan MPR kali ini. Sayangnya saya tiba telat dua hari setelah itu. Kalau tidak mungkin saya juga berpeluang mendengar untaian kata yang bermakna daripada Dato' Baha kepada warga MPR 2008. Namun, apa yang mengubati hati adalah saya berkesempatan mendengar curahan pengalaman Cikgu Azizi Hj Abdullah dalam menghasilkan karya-karyanya. Saya seronok amat kerana saya antara peminat Cikgu Azizi sejak membaca novel "Seorang Tua Di Kaki Gunung".

Abang Shamsudin Othman & Cikgu Azizi Hj Abdullah

Kak Inah sedang memberi tunjuk ajar kepada adik-adik bagaimana menghantar karya ke majalah DBP

Selain itu, kesempatan bertemu dengan Kak Inah (Rozninah Abu Azib, Editor Dewan Sastera) yang kini kembali ceria semula, adik-adik mantan MPR yang gila-gila (Azree Ariffin, Azree MH dan Sayiddah Muizzah) dan abang-abang pembimbing serta penulis papan atas Abang Im (Rahimidin Zahari), Abang Din (Shamsudin Othman), Abang Lutfi (Lutfi Ishak) dan Kak Rai (Raihani Mohd Saaid) sudah memenuhi ruang-ruang kosong tidak berisi di cepu minda saya. Setidak-tidaknya, saya pulang dengan senarai buku dan filem-filem wajib tonton yang disyor mereka!

Mantan MPR (Dari Kiri Abg Din, Azree Ariffin, Azree Hanafiah, Abg Lutfi, Abg Rahimidin, Eja, Saya & Nas)

Bersama peserta, pemimbing dan Mantan MPR

Acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan saya dan Nasriah adalah ke Jualan Gudang Dawama di Hulu Kelang. Macam biasalah kalau dibiarkan Cik Hani dan Cik Nas ke tempat jualan buku jangan terkejut kalau kami membeli belah seperti tidak ingat dunia. Namun, hari itu bukan hanya kami yang senget-senget bahu membawa buku dikiri kanan malah, semua pun begitu. Kira kami bershopping dengan semua yang gila buku!

Buku hasil belian saya! Agak-agaknya banyak tak saya berhabis? Cuba teka?

Jumaat setelah usai sudah MPR, saya ke Hotel One World, Petaling Jaya, untuk acara makan malam MACP (Music Author Copyright Protection). MACP adalah sebuah badan yang ditubuhkan untuk menjaga hak cipta sesebuah produksi muzik di negara kita ini. Mereka juga bertanggungjawab mengutip dan menyalurkan royalti kepada semua ahli-ahli yang berdaftar dengan mereka.

Maka, sebagai seorang ahli saya pun dijemput (kalau tidak hadir pun mereka tolak juga royalti kita untuk acara ini, jadi lebih baik datang). Majlis makan malam itu biasa sahaja. Selain nyanyi-nyanyi-nyanyi, muzik-muzik-muzik, adalah acara pemberian anugerah pada mereka yang mendapat pendapatan luar negara terbanyak, pendapatan dalam negara terbanyak, penulis lirik unggul, komposer terunggul dan sebagainya.

Namun, yang sangat terkesan dihati persembahan pentas tahun ini tidak hanya diberikan pada artis-artis yang sememangnya sudah unggul di jagat hiburan tanahair tetapi, pihak penganjur mula menguak sedikit pintu untuk kumpulan-kumpulan muzik Inde pula beraksi. Sejujurnya, artis yang biasa kita lihat di kaca tivi atau persembahan lain kurang mendapat tepukan para karyawan malam itu. Sebaliknya sebagai contoh Bunkface dengan "Situasi"nya telah berjaya meraih perhatian khalayak muzik disitu.

Abang "M" sedang beraksi di pentas

Selain itu, yang menyentuh hati apabila sekian lama tidak mendengar lagu kumpulan Harmoni, Penantian, malam itu rindu itu seakan terubat sendiri apabila Zubir Ali ke pentas dan menyanyikan kembali lagu berkenaan. Begitu juga dengan M Nasir di hujung malam yang menyampaikan dua lagu "keren" nya Bonda dan Mentera Semerah Padi.

Aduhai lampu terang sangat...blur muka M Nasir

Sebagai penghormatan kepada para karyawan, malam itu para komposer dan penulis lirik diberi kesempatan mendendangkan lagu mereka sendiri. Adnan Abu Hassan (Abg Dee) dengan lagu "Dambaan Pilu"nya, Eddie Hamid mendendangkan semula lagu kumpulan Spring, Aidit Alfian dengan "Kalis Rindu", Nur Fatima dengan "Satu Harapan" yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor dan Mable Liew menyanyikan semula lirik ciptaannya.

Monday, December 22, 2008

Kenangan di Perth 3 (Perth City, King's Park & Frementle)


Saya mohon maaf pada anda yang ternanti-nanti sambungan entri gambar-gambar saya ke Perth tempohari. Sejak pulang beberapa agenda dan majlis perlu saya hadiri. Salah satu daripada majlis penting tersebut adalah Minggu Penulis Remaja 2008, di Sri Cempaka Service Suite, Menara PGRM, Cheras. Entri mengenai MPR akan menyusul kemudian...sabar ya! Yang lebih mengharukan, setelah semua agenda dan majlis ini selesai, saya diserang sakit yang teruk pula. Aduhai!


Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan kenangan di tiga tempat berasingan yang telah saya rakamkan fotonya. Pertama adalah Perth City (Bandar Perth). Tiada apa yang menarik sangat mengenai bandar Perth selain lokasinya yang berhampiran dengan laut dan dipenuhi dengan hutan batu pencakar langit. Di bandar ini kepada anda yang mungkin tidak berapa tahan dengan kedinginan, adalah disarankan membawa pakaian tebal, pakaian berlengan panjang, mafla, shawl, jumper atau apa sahaja yang boleh menghalang anda diserang sejuk yang telalu. Kawasan bandar ini lebih dingin mungkin kerana angin sejuk yang dibawa laut tidak bebas bergerak seperti di kawasan-kawasan lapang di pinggir bandar yang tidak mempunyai bangunan tinggi pencakar langit.



Jalan-jalan malam di Bandar Perth


Hiasan Krismas di Bandar Perth



Siang hari di Bandar Perth


Tahukah anda kawasan ini seperti gambaran filem mana?



Terasa di Diagon Alley membeli tongkat sakti!


Ada wanita Melayu berbaju kurung tersesat di "Diagon Alley" Perth


Bandar ini disusun berstruktur dan memudahkan kita mencari bangunan atau kedai yang tercatat dalam peta lawatan untuk pelancong. Bandar yang teratur ini juga bebas daripada kesesakan dan hanya penuh dengan kereta, lori dan kenderaan yang sewaktu dengannya pada waktu pulang kantor. Selain waktu tersebut, jalan rayanya tenang.

Destinasi seterusnya adalah King's Park. Taman botanik ini mempunyai keluasan 400 hektar. Jadi rugi kalau tidak kesana. Pada pendapat saya jika anda hendak ke taman ini pastikan anda datang dua kali iaitu sekali pada waktu siang (petang) dan sekali lagi pada waktu malam. Keindahan yang anda akan rasai memang berbeza. Siang hari anda hanya akan melihat bandar Perth dari atas bukit tapi, pada waktu malam dari lokasi yang sama anda akan melihat bandar Perth seperti diserang kunang-kunang yang senantiasa berkelip-kelip. Keindahan ini disapa pula bayu laut yang membawa rasa dingin yang menenangkan. Oh, indahnya. Tidak tertulis oleh saya betapa syahdu dan senangnya hati!



Pemandangan dari King's Park di waktu malam yang dingin!


Emak saya kesejukan di King's Park

Kau laksanakan kunang-kunang yang mengindahkan

Saya pohon maaf kerana suasana bandar Perth pada waktu siang dari King's Park tidak dapat saya rakam untuk kita kongsikan bersama-sama disini. Ini adalah kerana pada petang hari saya ke sana tiada tempat parkir kereta kerana terdapat konsert Simply Red disana. Ampunkan saya ya! Suatu perkara lagi yang menyedihkan, pada petang 12 Disember tempohari ketika dalam perjalanan ke hospital tempat kakak saya bekerja, bahagian tertentu di King's Park terbakar kerana cuaca panas yang keterlaluan. Nasib baiklah pihak bomba Perth yang cekatan memadamkan api telah mengelakkan kebakaran itu daripada merebak ke kawasan dalam taman berkenaan. Alhamdulilah. Selamat kawasan yang indah itu.


Riang ria di King's Park

Terakhir adalah kawasan Frementle. Frementle adalah kawasan pelabuhan yang terletak di permulaan sungai swan (swan river) dan hanya 19 kilometer dari bandar Perth. Frementle dijumpai pada 1829 oleh Kapten Charles Howe Frementle. Kini, kalau anda ke sana anda akan dapat melihat banyak banguan warisan peninggalan kolonial yang masih rapi terjaga. Banyak sekali tempat yang menarik yang ada di Frementle. Namun, sayang saya hanya sempat ke Frementle Market. Ini adalah kerana lawatan saya ke sana adalah pada hari ahad dan tempat-tempat menarik yang lain semua tutup pada hari tersebut.


Suasana di Frementle Market


Ada sesiapa mahu berikan saya sejambak bunga daisy putih seperti dihadapan gambar itu?


Si gadis comel ini sudah mula merindui atuknya!

Di Frementle Market, bukan hanya barangan basah seperti ikan dan daging sahaja dijual, malah anda boleh mengurut kaki, membeli cenderamata, membeli buah-buahan dan apa sahaja disana. Kalau di Malaysia mereka yang bergaya dan berkasut tumit tinggi mungkin tidak rela ke pasar. Namun, jika disini anda tidak perlu risau baju dan kasut anda kotor kerana bukan sahaja pasarnya tidak becak tetapi, hendak memilih ikan pun anda perlu menggunakan sepit.

Sejujurnya, banyak lagi tempat yang menarik yang tidak dapat saya lawati. Kekangan kakak saya yang tidak dapat memperoleh cuti dan tempat-tempat (termasuk kedai) yang tutup seawal jam 5 petang juga menyukarkan kami untuk bergerak. Insyallah, kalau tiada aral tahun depan kami akan ke Perth lagi untuk musim gugur pula. Nah, kita lihat bagaimana pula suasananya nanti!

Monday, December 15, 2008

Kenangan di Perth 2 (Mandurah Bay)

Kebiruan langit dan laut di Mandurah telah menyambut ketibaan saya dan keluarga. Kakak saya telah menyewa sebuah rumah ditepi pantai Mandurah. Aduh, keindahan dan kesejukan air lautnya membuatkan hati saya mudah diserang perasaan senang. Membelai pasir putih dan kesegaran udaranya pula bagaikan menghilangkan segala runsing, masalah dan kekangan yang terpaksa dirempuh dalam pembelajaran saya.

Sedikit info mengenai Mandurah. Mandurah adalah kawasan disebelah selatan Perth. Sekiranya menggunakan pengangkutan darat anda akan mengambil masa selama lebih kurang 30-40 minit untuk tiba dikawasan ini. Apa yang menarik dikawasan ini? Mestilah kawasan pantainya yang bersih dan masih terjaga. Menurut sumber seorang bapa saudara (yang berpuluh tahun menetap di Rockingham, Perth), kawasan ini juga digunakan orang untuk menangkap ketam apabila tiba musimnya.

Marilah lihat gambar laut dan langit yang biru!

Rumah tepi laut yang disewa saya

Kawasan perumah tepi laut

Pemandangan laut dari balkoni rumah

Laut yang indah

Emak & Saya


Emak, Bibik, Nurin & Ain

Nurin & Saya

Emak & Ayah

Saya di hadapan rumah sewaan kami

Nurin Farhanah

Nurain Iman

Nuraini Anisah

Sunday, December 14, 2008

Kenangan di Perth 1 (AQWA)

Saya baru tiba di Kuala Lumpur sekitar tengahari semalam. Biasalah kalau travel jauh, rasa penat itu akan hanya benar-benar hilang setelah mendapat rehat yang cukup. Buat masa ini saya masih dalam kondisi separuh penat, separuh lega lagi. Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, saya akan kongsikan bersama-sama dengan anda gambar-gambar pilihan sepanjang saya berada di Perth.

Oleh kerana terlalu banyak gambar dan cerita yang ingin saya kongsikan mengenai Perth, saya akan berikan cerita dan gambar di Perth dalam beberapa bahagian. Untuk bahagian pertama ini saya akan kongsikan pengalaman saya di AQWA (The Aquarium of Western Australia) semacam Underwater World di Langkawi dan Aquaria di KLCC. Yang berbeza antara dua tempat di Malaysia ini dengan AQWA adalah anda boleh melihat ikan dibawah laut sendiri.

AQWA terletak di Hillarys Boat Harbour ini mempunyai koleksi hidupan laut yang lebih banyak dan membawa anda seakan-akan menerokai laut 12,000 km kawasan barat Australia. Selain itu anda juga berpeluang menyelam dan berenang bersama ikan jerung (sama seperti di Aquaria). Bayaran tiket masuk adalah sekitar 30+ dollar Australia untuk anda menikmati dan melihat hidupan laut yang lebih unik dan cantik-cantik!.

Ampai-ampai


Emak & Ayah di sebelah kandang singa laut


Buaya air masin

Saya di tepi pantai AQWA, Hillarys Boat Harbour


Rumpai laut


Jari emak yang menunjuk rumpai laut


Nemo? Nemi? No no its clown fish!


Lobster yang gagah!


Inilah gigi ikan jerung

Jangan gigit...jangan gigit!


Petugas memberi makan paus


Muka teruja tengok ikan??

Ikan pari ni kalau dapat dan dibelah-belah beri jiran sekampung pun gerenti tak boleh habis!

Friday, December 05, 2008

Khabar Dari Perth

Kembang Mawar Musim Bunga

Sudah seminggu saya di Perth. Cuma saya tidak punya masa dan kesempatan untuk mengemaskinikan entri blog ini sahaja. Perth kini dalam perubahan musim bunga ke musim panas. Walaupun berlaku perubahan musim, tidak bererti dingin yang mencengkam tidak menganggu keseharian hidup kami disini. Tetap juga berselubung selimut tebal pada waktu malam dan berstoking sepanjang hari. Namun, apabila darjah cuaca mendadak meninggi tiba-tiba, tidak semena-mena terasa ingin memakai baju tipis pula.

Saya ini memang orang Asia sejati yang tidak berapa betah dengan dingin yang terlalu. Atau barangkali tidak biasa lagi dengan kesejukan sebegini. Kalau lihat 'mat saleh' yang sering berpampasan dengan kami ketika keluar membeli belah ataupun ketika sama-sama menanti mengambil anak buah saya dari sekolah, semuanya hanya menyarung seluar pendek dan baju tipis tanpa lengan (walaupun hakikatnya waktu itu angin kering bertiup kencang membawa rasa gigil!). Saya kasihan pula dengan emak dan ayah yang terpaksa mengharung cuaca yang sering berubah mendadak dingin dan panas terlalu kini. Cuaca tidak menentu ini memberikan kesihatan yang tidak berapa baik untuk mereka kadang-kadang.

Saya tidak dapat memuat naikkan gambar saya disini lagi kerana ada sedikit masalah teknikal. Insyallah apabila pulang semula ke Malaysia nanti, akan saya kongsikan dengan anda kembang mawar yang mengindah di Perth serta kebiruan langit yang seakan tiada menuras cahaya matahari disini. Sepengetahuan saya, sinaran cahaya terus tanpa awan disinilah yang meningkatkan jumlah penghidap kanser kulit di Australia. Malah anak buah saya Nurin yang hendak ke sekolah pun syarat wajib yang pertama adalah hendaklah memakai hat (topi lebar).

Esok kami akan ke rumah di tepi laut yang telah ditempah kakak saya. Akan saya rakamkan lebih banyak kebiruan laut untuk anda. Sampai jumpa lagi!



***Picture credit to http://i.pbase.com/g3/49/99249/3/57842534.LouisdeFunes280306.1.jpg