Tuesday, October 27, 2009

Akhirnya Dia Datang Juga...

Teman-teman dan pembaca sekalian,

Akhirnya yang telah lama kita nantikan tiba juga di The Mines Shopping Mall, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Apakah itu?


Dalam gambar ada seorang "orang mujik"
sedang membelek-belek buku hendak dibeli...hehe!

Apa lagi kalau bukan toko buku Gramedia. Jika selama ini kita terpaksa berhabis sedikit duit untuk ke Setia Alam (jika anda mendiami kawasan yang jauh sedikit dari Shah Alam) kini anda dan saya mungkin akan merasa lebih mudah untuk ke toko berkenaan.

Bercerita mengenai toko Gramedia di Mines, ruangnya bolehlah dikatakan lebih luas sedikit jika ingin dibandingkan dengan yang berada di Setia Alam. Namun, seperti juga toko lain (Setia Alam atau Seberang Prai) jumlah buku dalam bahasa Indonesia masih kekal sama. Maksud saya, tidak banyak dan hanya ada sekitar 10 rak sahaja yang meliputi pelbagai genre.

Bagi teman-teman yang selama ini sering bertanya bila cawangan di Mines hendak dibuka, saya kira mungkin kini sudah dapat melukis garis senang di wajah. Apa lagi, hidupkan enjin kereta (serta pastikan poket anda cukup wang), jom ke sana lah~

2 comments:

roslan jomel said...

Terima kasih Hani kerana memaklumkan.

Buku kesusasteraan banyak tak di sana? Maksud saya, buku cerpen, puisi dan novelnya.

Bagaimana dengan novel-novel terjemahan antarabangsanya? Boleh tahan tak?

hani salwah yaakup said...

Abang Roslan,

sama-sama. Tidak menjadi masalah pun bagi saya untuk menghebahkan berita baik ini dikalangan teman-teman yang sama-sama cintakan buku.

Setakat yang saya tengok tersangat kurang buku-buku dari Indonesia. Baik terjemahan, buku puisi atau novel. Saya kira kalau kita sebagai pelanggan memberi saranan atau menggesa mereka untuk menambah koleksi yang kita mahu, mungkin mereka akan timbangkan.

Orang berniaga mana tidak mahu untungkan. Lagipun mudah sikit hendak membeli buku-buku Indonesia.

Bagaimanapun terima kasih kerana bertanya...