Tuesday, September 08, 2009

Pertemuan

Pertemuan saya dengan sebuah buku tanpa kulit dan terlihat lusuh serta lunyai, memperkenalkan saya pada puisi Allahyarham T Alias Taib yang satu ini. Saya masih ingat, buku malang itu dibiarkan sepi di susunan kerusi buruk dalam stor sekolah rendah saya. Sejak dari itu, puisi ini sudah melekat dihati dan sememangnya payah untuk disiat pergi.

Bagi saya, bukan mudah untuk berjumpa dengan puisi yang benar-benar menyentuh kalbu. Saya sangat yakin dan percaya dengan rangkaian kata-kata "Sesuatu yang datang dari hati akan menyentuh hati yang lain juga". Oleh itu, buatlah apa sahaja dari hati kerana sesuatu usaha yang datang dari hati tidak mudah mati...



Pertemuan

Pertemuan berlaku
dipenjuru matamu

yang ungu
lalu membiru


Pertemuan berlalu
dipenjuru dadaku
yang sayu

lalu terharu


T. Alias Taib
Kuala Terengganu, 1974

(Dari antologi puisi "Dipenjuru Matamu")

Kredit foto: http://thumbs.dreamstime.com/thumb_240/1203587936vYSvlZ.jpg

0 comments: