Paspot emak dan ayah tinggal kurang dari setahun tamat tempohnya. Jadi, untuk membolehkan kami bertiga selamat tiba ke destinasi tanpa sebarang masalah imigrasi, paspot perlu mempunyai tarikh sah yang lebih dari setahun. Gara-gara inilah saya, emak dan ayah terpaksa menghabiskan masa hampir sehari suntuk di pejabat imigresen di Kajang.
Tujuan saya menulis entri ini bukanlah mahu memburukkan sistem imigresen kita. Ya, daripada satu sisi, apa yang dapat saya lihat perkhidmatan yang disediakan imigresen Malaysia kini sudah lebih membaik daripada kunjungan saya 2 tahun lepas. Kini untuk mempebaharui paspot, anda tidak perlu beratur panjang atau menunggu hampir lebih 2 jam sebelum permohonan anda selamat tiba di meja pegawai imigresen.
Jabatan Imigresen Malaysia menyediakan mesin khas dimana anda perlu memasukkan sekeping gambar berukuran paspot, salinan foto kad pengenalan anda dan buku paspot anda yang sudah sampai tarikh luput ke dalam sebuah sampul surat. Dengan menggunakan kad pengenalan, buku paspot dan mengimbas ibu jari kanan anda, identiti anda nanti akan dikenalpasti. Setelah identiti anda dikenalpasti, anda perlu memasukkan pula wang bernilai RM 300 ke slot yang disediakan.
Resit dan bukti penyerahan nanti akan dikeluarkan mesin dan apa yang anda perlu buat adalah datang semula setelah 2 jam. Nah, buku paspot anda sudah siap untuk anda ambil dan gunakan. Mudahkan?.
Emak tidak berjaya memperbaharui paspotnya dengan menggunakan mesin berkenaan. Hanya ayah seorang sahaja yang berjaya. Emak tidak berjaya pun gara-gara mesin tidak berjaya untuk mengimbas ibu jari kanannya. Lalu, saya dan emak terpaksa melalui cara lama dengan mengisi borang dan menunggu giliran. Secara purata kami terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk menyerahkan borang dan kembali setelah 2 jam kemudian.
Bukanlah jabatan ini tidak efisen tetapi, bilangan masyarakat kita yang hendak memohon atau memperbaharui paspot itu yang ramai. Tiba-tiba saya diserang soal, "Siapa kata masyarakat kita tidak berduit?". Justeru, bilangan yang datang secara tidak langsung telah menjawab sekian banyak persoalan dalam cepu fikir saya.
Dalam keripuhan orang ramai yang berurusan itu, saya dan emak sempat bertanya beberapa orang kemana arah dan tujuan mereka. Yang Melayu tanpa segan silu menyatakan bahawa mereka hendak bercuti ke Indonesia. Yang India pula hendak ke India dan Cina pula ke China. Hai bagai ada satu pola tertentu pula yang dapat melabelkan kemana hala yang mereka akan tuju.
Jadi benarkah masyarakat Malaysia kurang berduit? Jika shopping mereka sahaja pun sudah melangkaui sempadan geografi?
2 comments:
Teringat kisah rumah dipecah masuk. Pencuri tu 'pinjam' passport dua2 org adik,sampai sekarang tak pulangkan lagi. Barang2 lain yg depa dapat ialah kamera dan laptop tapi kalau dapat international passport rasanya barang yg dua lagi tu depa taruk tepi je.
Percaya tak akak belum ada international passport lagi?Hehehe!Kata Aljohori,penyair apa tak berjalan pusing dunia ni?Akak jawab,belum ada keperluan.Itu saja.Kang aku pusing dunia,tak balik Malaysia dah!Hahaha!
Selalunya gitula kalau org tak biasa berjalan (menjadi mahluk penunggu rumah pinjam kata-kata hizairi). Tapi, saya rasakan kalu kak rai ni diberi kesempatan berjalan...memang konfem tak nak balik dah...hehehe (harap-harap tak la sampai tak balik) ;P
Post a Comment