Suatu hari sedang saya leka dan sibuk menguliti, mencari dan terjengket-jengket (almaklum tinggi tidak seberapa) mencari bahan rujukan di hadapan sebuah rak buku perpustakan, tiba-tiba saya jadi loya tidak keruan. Punca ke"loya"an ini bukanlah disebabkan saya ditimpa penyakit kebanyakan angin atau migrain tetapi, kerana mendengar pengakuan ikhlas seorang pelajar kepada sahabatnya. Untuk memudahkan cerita, mari beri nama pelajar ini sebagai si A dan kawannya sebagai si B.
Si B menunjukkan rak buku-buku sastera melayu kepada Si A.
Si B kata "Banyaknya buku melayu. Jom kita pinjam dan baca nak?,"
Dengan wajah berkerut dan mulut sedikit herot si A menjawab, "Apa buku melayu? Sorry I Tak Baca buku-buku ni. Dah bertahun-tahun I tinggalkan buku-buku melayu ni....eee,"
Saya yang mendengar perbualan si A dan si B ditimpa pelbagai perasaan. Loya, menyampah, kesian, sedih, pilu dan berbagai-bagai aneka rasa. Tidak tahu apakah perasaan terbaik yang boleh saya gambarkan waktu itu.
Pertama, saya sedih. Sedih kerana ada juga masyarakat yang memandangkan rendah pada buku-buku didalam bahasa melayu. Ya, saya akui ada juga buku didalam bahasa melayu yang layak "dibakul bulatkan" kerana isi, jalan cerita dan tatabahasa yang serba carca marba. Namun, adalah tidak layak seseorang yang memahami buku-buku berbahasa melayu beranggapan bahawa semua buku melayu sebegitu. Masih terdapat buku-buku dalam bahasa kita yang baik contohnya buku-buku sasterawan negara dan penulis-penulis tempatan yang lain. Barangkali mereka yang membuat tanggapan sebegini tidak pernah terdedah ataupun tidak faham karya penulis-penulis hebat negara kerana beranggapan karya-karya ini berat dan golongan ini juga mengambil jalan mudah menjadikan buku-buku bernuansa "serba carca marba" tersebut untuk dijadikan teks KOMSAS 2010. Lalu akan jadi apakah bangsa kita nanti kalau dalam pendidikan mereka nanti telah dimomokan sastera "carca marba" ini kelak?
Kedua, menyampah. Aduh si A membuatkan saya menyampah alias mahu muntah. Saya teringatkan tulisan Kak Rai mengenai sindrom "melayu sangat". Saya juga pernah dikatakan melayu sangat ataupun tidak mahu berkembang cabang pemikiran hanya kerana asyik berkepit dengan buku-buku melayu. Saya tidak tahulah apakah yang dimaksudkan dengan "melayu sangat" padanya. Jika interpretasi "melayu sangat" pada pengucapnya dikira sebagai jumud, mundur, ketinggalan (dan kata-kata buruk yang sewaktu dengannya) , saya sendiri ingin mengucapkan takziah yang amat sangat kepada manusia itu. Baca dahulu buku-buku dalam bahasa kita ini (tidak kiralah genre apa sekalipun!) barulah mentafsir. Kadang-kadang buku-buku ini lebih banyak ilmunya daripada buku-buku berbahasa lainnya. Cuma berilah sedikit peluang pada buku berbahasa melayu. Jangan senang melempar tuduhan sebelum sendiri mendalaminya.
Ketiga, pilu. Saya pilu (bukan kerana lagu "Dambaan Pilu" yang memilukan itu-- Encik Mohariz minta ampun!). Kekurangan pembaca buku berbahasa melayu secara tidak langsung mengurangkan permintaan dan juga pengeluran buku-buku terbaik dalam bahasa melayu. Jangan terkejut jika anda tidak dapat mencari dan membeli buku-buku karya sasterawan negara sekalipun anda ke DAWAMA Hulu Kelang ataupun di Kedai Buku Dewan Bahasa kerana perkara ini telah pun terjadi pada saya dan rakan penulis yang lainnya. Kak Nisah Haron dalam komennya pada salah satu entri saya menyatakan sepatutnya buku-buku oleh sasterawan negara ini perlu sentiasa ada agar mudah dicari dan dimiliki. Saya akui buku-buku ini telah lama ditulis tetapi, bagi generasi baru seperti saya yang baru mengenal buku itu mesti tercari-cari akannya. Namun, bila ke kedai naskahnya telah tiada dan tidak akan dicetak ulang. Oh, sedihnya!
Lewat tulisan ini antara anda mungkin akan membuat andaian bahawa saya sangat bias atau berat sebelah kepada buku berbahasa melayu. Saya akui saya baca juga buku dalam bahasa lain (kadang-kadang lebih banyak buku dalam bahasa lain saya baca). Namun, kerana saya adalah seorang melayu dan terbaik yang saya mampu jadi adalah seorang melayu, bahasa terbaik dan masih menguasai jiwa saya adalah bahasa melayu!. Jadi salahkah saya kalau saya mahu memartabatkan bahasa ini sewajarnya, terutama dalam konteks dunia penerbitan buku?
(...dan sesuatu yang tidak berkait dengan kisah diatas. Dibawah ini sedikit dialog sebuah filem bergenre komedi penuh elemen patrotisme yang baru saja saya tonton DVDnya. Kini sedang sibuk menonton filem pertama bertajuk sama produksi 1986 di youtube!)
Bonaga : Pak ketinggalan pesawatnya kita
Naga Bonar: Kau telefon saja mereka suruh menunggu
Bonaga: Manalah bisa. Pesawat terus berangkat sesuai jadual. Apa kata dunia kalau kita ketinggalan pesawat?
Naga Bonar: Apa kata dunia kalau Naga Bonar tidak main bola?
(Filem "Naga Bonar Jadi 2" Lakonan Deddy Mizwar & Tora Sudiro)
Wednesday, February 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Oii mak, ada juga nama aku dalam ini gambar ek!
Mana dapat DVD Naga Bonar 2 tu?Akak dgn Kak bet berlari-lari ke Mines nak tengok citer tu bulan posa lepas.Dlm paper kata ada, sampai2 kaunter depa cakap ''takde orang datang tengoklah, kita dah bungkus!''
Kempunan tol!Jadi gimana sih mau dapatkan DVDnya?Apa sudah ada di pasaran?
Kak Rai,
Saya tak sure DVD original ada dijual dipasaran atau tidak. Tapi, kl yg tak ori ni bolehlah anda dptkan di kedai DVD di Damansara Uptown. Pilih mana2 kedai konfem ada.
Filem ni bagus kerana membangkit elemen patrotik dan approach dia lebih baik dan sampai ke hati daripada filem patriotik yang perlu nangis sampai bengkak mata...huhu.
Jadi sebelum hani jd spoiler,baik kak rai p beli cepat...hehee!
Salam.
Bahasa Melayu di Malaysia jikalau dituturkan oleh CEO, Menteri Perdana atau pun artis ketika diwawancara untuk televisyen, hanya akan menyebabkan mereka ultraMelayu.
Makanya, lebih wajar menghalalkan bahasa rojak. Bagaimana? Ok tak?
Salam.
Karya sastera Melayu lawan filem Melayu = :'(
Salam.
Tang buku 12! tu yang tak tahan!
Salam Abang Roslan,
Itulah "stereotype" yang disogok oleh media kepada masyarakat. Jika org ditaraf ini berbahasa melayu dlm wawancara tivi akan dikatakan "melayunyer".
Senario juruhebah radio swasta yang bercakap bahasa melayu pelat pun dah buat telinga saya geli-geli manja, inikan pula nak menghalalkan cara golongan CEO, Artis dan Perdana Menteri...aduh! Tak tahula saya mahu cakap bagaimana...
Abang Roslan,
Cover 12! tu hanya gambar hiasan. Takde gmbr simpanan saya yang sesuai nak saya tempek jadikan hiasan disini.
Yuhuuu kak yani!he3.saya baru je lepas baca KERANA TEH.dah abis LI,baru berkesempatan nak pegang buku sebab selama 3 bulan lebih pegang spatula.hehhh.seronok saya baca KERANA TEH.
Semoga diberi ilham oleh-NYA dalam berkarya untuk bangsa serta islam.sampaikan salam buat makcik dan pakcik.
assalamualaikum kak~
Salam Afiqah,
Owh yeke...bagusla tu. Insyallah akan menulis dengan secara berterusan lepas ni. Doakan erk!
Post a Comment