Sudirman Haji Arshad
(Ilustrasi sempena kemenangan Allahyarham di Anugerah Penghibur
Punch Card, Gerimis di Lautan, Aku dan Duniaku, Terasing, Salam Terakhir, Nilai Cintamu malah Bila Wajahmu Aku Bayangkan (sekadar menyebut beberapa tajuk sahaja) bukanlah lagu-lagu yang asing jika kita pernah mengetahui milik sosok tubuh seorang penyanyi ini. Dalam tahun 80 an sehinggalah awal tahun 90an Allahyarham seakan "hero" bagi masyarakat
Sepanjang hayat Allahyarham, beliau turut diberi gelar Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis
Bercerita mengenai pengalaman peribadi mengenai Sudirman, ibu pernah bertemu dengannya. Itu pun secara tidak sengaja di hadapan rumah kami di Ampang Jaya, tahun 1989 ketika kami baru sahaja berpindah ke situ dari
Allahyarham di lahirkan di Temerloh, Pahang pada tahun 1954. Putera kepada Allahyarhamah Hajjah Romlah Dahalan dan Haji Arshad Hj Hassan memulakan persekolahannya pada 1961 di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh dan Sekolah Sultan Abu Bakar (SABS) Kuantan, Pahang sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang.
Walaupun sibuk dengan pengajian, beliau sempat juga melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian menerusi Pertandingan Bintang RTM 1976 dan sekaligus merebut gelar juara dalam pertandingan tersebut.
Ketika menyelongkar LP milik abang saya, Mohariz, saya temukan sebuah LP Allahyarham berpakaian tentera. Cover LP itu pula boleh dibuka di tengah-tengahnya. Menurut catatan beliau di LP (judulnya ABADI), penerbit dan juga syarikat rakamannya, EMI tidak pernah yakin akan pembikinan album patriotik sepenuhnya kerana pada pandangan mereka, album berkenaan mungkin tidak mendapat sambutan masyarakat ketika itu. Namun, apa yang boleh kita lihat dan dengar kini...lagu-lagu dalam album berkenaan seperti (Punch Card, Warisan, Tanggal 31) seakan menjadi kemestian setiap kali tibanya hari kemerdekaan atau jika kita menyentuh mengenai semangat patriotisme di kalangan masyarakat kita. Malah, pendapat saya yang kecil ini, jika tiada usaha berani seumpama ini dahulu, mungkin tidak ada pun satu album beraura patriotik untuk sama-sama kita ladeni kini.
Jika anda seusia saya atau mungkin lebih berusia daripada saya, saya pasti anda pernah mencicip atau merasa atau malah pernah melihat tin air Sudi, keluaran syarikat Allahyarham. Secara peribadi, saya suka sekali rasa air ini (selalu juga mengecek air Sudi milik abg saya, Mohariz dahulu). Malah beliau juga pernah membuka sebuah kedai menjual barang-barang keluaran syarikatnya di
Mengenai cermin mata hitam gulung ini, waktu itu abang saya punya satu. Saya suka memakainya. Cermin mata ini unik dan sangat sinonim dengan Sudirman. Unik? Cermin mata ini unik kerana cermin ini bergulung dan tidak bertangkai. Jika anda ingin memakainya anda perlu lakukan hanya membuka gulung cermin mata itu dan lekapkan pada mata anda. Asyik sungguh cermin mata itu. Hari ini jika dicari-cari semula cermin mata itu kemana, pastilah entah kemana sahaja cermin mata gulung milik abang (barangkali hilang ketika berpindah randah dahulu)…
Bercerita mengenai filem dan lakonan, satu-satunya filem lakonan Sudirman adalah filem berjudul Kami. Filem keluaran Indra Film Productions and Distribution Sdn Bhd. Menerusi filem ini, Sudirman diberi watak sebagai Tookoo, anak muda yang berhijrah ke
Seniman Aziz Sattar melalui satu wawancara dalam sebuah rancangan di Astro Ria pernah menyebut, bahawa Sudirman sangat sedih kerana tewas dalam pertandingan tersebut. Menurut Pak Aziz, watak yang keanak-anakkan (watak remaja 17 tahun Tookoo) yang diberikan kepada Allahyarham Sudirman juga mungkin merupakan salah satu sebab mengapa filem ini tidak mampu memperlihatkan kemampuan sebenar Allahyarham. Khabarnya Allahyarham telah menyiapkan sebuah skrip mengenai primadona dan beliau teringin untuk menjadi produser lewat filem berkenaan. Namun apa yang boleh dikatakan, ajal sudah menjemput beliau sebelum sempat filem ini direalisasikan dalam bentuk yang sewajarnya.
Esok, tepat 15 tahun kehilangan Sudirman. Jika beliau masih lagi hidup kini beliau mungkin sudah berusia 52 tahun pada 2007 ini. Walaupun pemergiannya banyak mengundang spekulasi, terutama sekali mengenai penyakit yang dihidapi itu, buat apalah dikenang-kenang itu semua kini. Apa yang pasti, kita perlu meredhai dan usahlah berbuat pelbagai spekulasi itu lagi. Yang patut kita berbuat kini, hanyalah menyedekahkan Al- Fatihah moga rohnya tenang dialam
Al Fatihah
Allahyarham Sudirman Haji Arshad
(Sumber dan illustrasi dari wikipedia.com)
2 comments:
siapa ye pelukis poster sudirman yg junjung trofi tu?
maaf...saya tidak tahu siapa...insyallah kalau terjumpa infonya pasti akan saya sebarkan nanti...apa-apa terima kasih kerana bertanya!...
Post a Comment