Seorang yang mudah. Mahukan sebuah kehidupan tidak rumit! Juga senang didekati kalau kena gaya.
Sukakan filem komedi & lagu P Ramlee, juga muzik klasik Melayu. Namun begitu, masih menyokong kumpulan Inde Malaysia seperti Meet Uncle Hussain & Hujan. Salah seorang rakan juruhebah di sebuah stesen radio swasta memberi komen bahawa tuan tanah blog ini juga banyak terpengaruh dengan Jazz, RNB dan juga muzik Melly Goeslaw dari seberang.
Masih minat menulis walau sudah banyak tahun tidak fokus pada dunia ini. Sedang berjanji pada diri untuk terus dan terus setia dengan penulisan. Doakan usaha saya ini!
Pernah jadi juruhebah di beberapa stesen radio dan memiliki sarjana dalam bidang komunikasi massa di UKM, Bangi. Bercita-cita untuk melanjutkan pengajian doktor falsafah dalam masa terdekat dan mengambil lesan memandu kapal terbang.
Masih perlukan tunjuk ajar daripada semua yang sudi dalam apa-apa sahaja aspek kehidupan (baca:hanya ilmu yang baik sahaja!).
0 comments:
Post a Comment