Tuesday, April 05, 2011
Selepas Teduh Nanti
Sudah lama
kita tidak bersua dan bertanya
tentang khabar
Laut di tempatmu
masih tenang
dan birukah airnya?
Hujan yang menggeluyur
masih seringkah membasah
padang permainan itu?
Aku mahu bertemu kamu
selepas teduh nanti
dalam keadaan yang sunyi
dan menikmati
cangkir kopi dan hangat
dan menenangkan hati
Masihkah bisa kau luangkan masa itu?
Sepanggar, Kota Kinabalu
5 April 2011
*Gambar dari sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
aku masih bisa bertemu...
cuma ada gelora dilaut itu,
hujan rintik kini meribut,
dalam hati yang sedang kalut
Post a Comment