Friday, November 28, 2008

Akan Tiba

"What happen when love comes not at first sight but first bite?"

Saya akan berangkat ke Perth malam ini, insyallah. Akan kembali ke tanah air dalam masa dua minggu lagi. Jika berkesempatan ber"blog" di sana, akan saya muat naik gambar dan khabar tanah kangroo dan koala. Doakan kepergian saya semoga baik-baik adanya. Insyallah!

...dan untuk anda sebuah lagu yang mula mendapat tempat dihati (mungkin kerana saya suka klip video dan cerita yang dilatarinya...hehe). Lagu terbaharu daripada Alif OIAM, Akan Tiba untuk runut bunyi drama (OST) "Rona Roni Makaroni" (uiyoo...sekarang drama pun dah ada OST sendiri). Agaknya lepas ini kita tulis novel pun kena ada OST juga agaknya...huhu!. Lagu dan lirik ciptaan Amylea AF. Sementara untuk skrip Rona Roni Makaroni pula adalah Shahrulezad Mohameddin.




Jumpa Lagi!

Tuesday, November 25, 2008

Membaca, Buku & Kanak-Kanak


Koleksi Harry Potter saya!

Saya tidak ingat pasti bila saya mula jatuh hati dengan membaca. Namun, saya masih ingat utuh dalam memori akan sebuah buku bertajuk "Bawang Merah, Bawang Putih". Buku itu sememangnya menimbulkan kenangan yang kejap di ruang ingatan kerana buku itulah yang mengasak saya untuk baca dan baca dan baca lagi. Buku keluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka berkulit warna ungu itu saya temui lagi di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP Kuala Lumpur. Mengimbau kenangan semasa saya masih anak-anak. Yang membuat saya lebih terharu, saya masih ingat akan ilustrasi Bawang Merah yang menangis memanggil ikan kaloi di tepi perigi sambil diintai emak dan adik tirinya. Aduhai!


Setelah saya menginjak umur lingkungan 10 tahun, saya sudah mula menguliti novel-novel awal remaja dan kanak-kanak keluaran Edusystem Sdn Bhd atau lebih dikenali melalui kelab membacanya yang popular ketika itu, Kelab Buku Kenari. Saya terjumpa sekian banyak koleksi buku kelab ini tempohari ketika sibuk mengatur semula buku pada rak di bilik saya. Oh, baru saya teringat bahawa saya pernah diterbangkan imiginasi pelbagai penulis dengan cerita fiksyen sains, kekeluargaan dan misteri. Mungkin mereka yang pernah juga membaca buku kelab ini masih teringat nama-nama penting seperti Adi Al-Hadi, Ghazali Ngah Azia, Ghazali Tocheh, Samsuri A Hamid, Razali Mohd Hassan, Nabila Akmal dan ramai lagi.


Tidak malu saya katakan mereka inilah yang telah mewarnai kehidupan awal remaja dan akhir kanak-kanak saya dengan pelbagai kisah yang saya kira waktu itu sangat mengesankan jiwa muda saya. Walau bagaimanapun, nama kelab itu tidak lagi saya dengar setelah menuntut di sekolah menengah. Mungkin kegawatan ekonomi tahun-tahun awal saya di sekolah menengah telah membawa kepada penutupan kelab membaca yang banyak menyuntik semangat membaca dikalangan saya dan teman-teman.


Kini, anak dara abang saya yang sulung sudah pandai menyelongkar rak buku saya mencari novel untuk pembacaannya. Malah, dia selalu juga kini menanyakan buku mana yang harus dibaca dan buku mana yang menarik. Anak ini juga sudah pandai menanyakan saya bagaimana untuk menulis sajak dan mengarang karangan yang berkesan untuk menduduki peperiksaan UPSR yang bakal mendekat. Saya rasa sangat terharu dengan pertanyaan-pertanyaannya.


Sesungguhnya dirumah tiada buku-buku awal remaja dan kanak-kanak yang terbaharu untuk bacaannya. Jika ada pun sebuah buku keluaran PTS yang saya dapat ketika mengendalikan segmen novel di PUTRA FM. Lalu, buku itu saya berikan terus untuk bacaan anak buah saya ini. Juga tidak dilupakan buku-buku kelab buku kenari yang telah mewarnai saban hari saya dahulu. Setiap minggu kutub kanah kecil saya dalam bilik akan menjadi tempat dia meminjam dan memulangkan buku. Saya pernah bersuara agar dia mengambil semua buku-buku tersebut tapi, dia tidak pernah mengiakan atau menidakkan. Mungkin pada firasatnya meminjam daripada saya lebih mendatangkan mood membaca yang berlebihan. Entahlah...


Kalau saya ke kedai buku kini, selalu juga saya mendatangi rak bacaan kanak-kanak. Kadang-kadang datang juga niat untuk membelinya kerana reka letak dan warna yang digunakan untuk buku bacaan kanak-kanak sangat fancy. Berbeza dengan buku-buku yang saya punya dan pernah saya baca dahulu. Warnanya dull dan tidak mendatangkan semangat untuk membaca. Oleh sebab inilah, buku-buku bacaan yang baik-baik sering tidak dibaca dan dijumpai kerana dilitupi oleh warna-warna yang tidak menarik pembacanya.


Namun, tidak semestinya kulit yang cantik sahaja memberi kisah yang baik kepada pembaca muda sebegini. Timbul juga keraguan di cepu jiwa sekiranya buku yang dibeli hanya sekadar membuang wang yang tidak seberapa di kantung saya. Pemilihan saya untuk buku kanak-kanak seharusnya bukan sahaja berwajah cantik tetapi, mendatangkan kesan kepada mereka tanpa perlu keluarga atau ibu bapa menerangkan buku ini tentang apa untuk apa. Tidak mahulah pula saya memberi buku yang hanya merasuah keinginan bukan-bukan dan hanya membuang masa anak-anak muda sebegini.


Saya rindukan adanya sebuah kelab membaca seperti yang saya sertai dahulu. Setidak-tidaknya dengan katalog (selain potongan harga yang menarik) mereka yang lebih dewasa akan mengetahui apa yang terbaik untuk kanak-kanak mereka. Jadi, tidak timbullah masalah kesalahan memilih bacaan yang sesuai.


Anda tahu buku kanak-kanak tempatan yang baik untuk anak-anak buah saya? Silalah beri cadangan, ya!

Thursday, November 20, 2008

Walimatulurus


Kad Undangan Perkahwinan Yang Cantik-Cantik!

Bila tiba hujung tahun (terutama sejak tamat pengajian sarjana muda), saya akan dihujani sms, emel, mesej di ruang sosial (friendster & facebook) dan kad undangan walimatulurus. Namun, tidak semua mampu untuk saya hadiri. Kadang-kadang ada juga yang saya tidak dapat hadiri. Maafkan saya, ya!

Setakat entri ini diketik sahaja, sudah tiga undangan yang terpaksa saya tolak untuk hadir. Bukan sengaja tidak mahu hadir dan memeriahkan majlis tetapi, jemputan itu bertembung dengan tarikh saya ke Australia. Jadi, untuk Izni & Isteri, Ira & Suami dan Biana & Suami, ampun maaf diminta. Diberikan Allah kesejahteraan dan kebahagiaan selama-lamanya kepada anda semua. AMIN.

Wah, hari demi hari, semakin ramai teman-teman sekuliah, sekelas, sama sekolah ataupun kenalan sepejabat berubah status diri. Berubah daripada bujang kepada berkahwin. Tahniah...tahniah semua!

Dalam masa yang sama, saya juga disoal dengan soalan-soalan bila mahu menukar status diri. Saya hanya tertawa dan buat-buat tidak dengar. Untuk yang bertanya, jika sampai waktunya dan ada calon yang sesuai, akan saya layangkan undangan.

Buat masa ini, doakan saya mendapat calon-calon yang terbaik adanya dan yang paling utama adalah, berjaya mengusaikan sarjana! Chaiyok!

Untuk semua yang telah, sedang atau akan melangsungkan perkahwinan tahun ini, SELAMAT PENGANTIN BAHARU!

Monday, November 17, 2008

Masa Yang Dinanti-Nanti


Antara koleksi buku fiksyen dan bukan fiksyen yang separuh terusik juga ada yang tidak terusik langsung...

Hampir beberapa bulan ini saya tidak dibekalkan sedikitpun masa senggang untuk duduk berulit dengan buku-buku fiksyen yang saya beli di Jakarta ketika berkesempatan ke sana jun lepas mahupun buku-buku yang saya beli sekitar Kuala Lumpur tahun ini. Bukan saya tidak digoda mahupun tergoda hendak membaca sekian himpunan koleksi yang saya letak di rak buku tetapi, asakan untuk membaca buku-buku media untuk tujuan pembelajaran sentiasa sahaja membantutkan niat yang diam dihati.

Maka, apabila tadi usai sahaja menjawab kertas peperiksaan terakhir, di kepala saya hanya mahu cepat tiba di rumah dan mahu selesaikan sebuah buku fiksyen yang mengasak saya sejak dari saya mendapat buku berkenaan.

Jadual cuti semester saya sudah pun penuh dengan acara membaca, mengembara dan berseminar. Semoga sempat sahaja saya dapat menyudahkan sekurang-kurangnya 3 atau 4 buah buku fiksyen. Yang paling penting, saya mahukan cuti yang menggembirakan hati setelah lelah menghadap pelbagai drama dalam masyarakat di kampus.

Untuk semua pelajar, selamat bercuti!

Monday, November 10, 2008

Aku di TAG...

*** Macam rasa terkejut juga bila ada yang "tag" saya untuk menjawab soalan berantai yang boleh tahan panjanglah juga. Oklah sebagai satu rejuvanasi minda sebelum meneruskan "paper" untuk peperiksaan jumaat ini, saya rasa tidak salah kalau saya jawab semua soalan ini. Terima kasih Yana yang sudi tag...hehe!

Part One

1. How do you think the people around you will feel about you?

Entahlah ya susah nak masuk ke fikiran orang lain dan tentukan apa persepsi dia pada kita...

2. The character of you for yourself is?

Happy, crazy and unpredictable

3. On contrary, the character you hate of yourself is?

Tidak cukup motivasi hendak menyiapkan sesebuah tulisan. Ada beberapa tulisan yang telah saya senyapkan sampai sekarang. Huhu!

4. The most ideal person that you wanna be is?

Tidak payah susah-susah rasanya hendak jadi orang lain. Diri sendiri terlalu buruk sangatkah?


Part Two.

1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.

2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state the rules clearly.

3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

4. No tags back!


10 weird habit? Perkara yang pelik...erm...ok let's begin

1 - Saya suka cakap sorang-sorang. Betul! Bukan sebab gila tapi, saya rasa macam bercakap dengan diri sendiri. Kadang-kadang orang terbaik untuk memberi motivasi pada diri kita adalah diri kita sendiri.


2 - Suka tengok atas apabila naik lif. Selalunya bila naik lif sorang-soranglah. Kadang-kadang tengok atas boleh betulkan tudung, tengok muka kalau ada yang hendak diperbetulkan ke atau memang saja-saja. Pernah buat eksperimen masa itu dalam lif ada sepasang suami isteri. Saya masuk dan terus tengok atas lif. Yang kelakar, semua dalam lif pun ikut tengok apa yang saya tengok...hehe.


3 - Suka nyanyi kuat-kuat bila memandu (eh ni dikira pelik ke?).


4 - Tidak suka tunggu balasan sms atau menaip sms. Kalau untuk urusan yang cepat, telefonkan senang. Dalam masa seminit dua dah selesai. Namun, kalau sesuatu hal itu tidak perlu diuruskan dalam masa yang cepat, sms oklah.


5 - Kalau anda berjalan dengan saya terutama naik tangga (teringat masa bekerja di PutraFM yang terpaksa naik tangga ke tingkat 3 setiap hari) jangan terkejut bila dengar tulang-tulang saya berbunyi. Entahla erk dalam famili orang yang tulang kakinya paling kuat berbunyi adalah saya. Semoga tulang kaki masih bersatu (takut pulak berserak tiba-tiba ketika naik tangga...hehe)


6 - Saya tidak makan ikan keli. Saya rasa geli kerana ikan ini ada misai. Kadang-kadang saya rasa bentuk dia macam naga atau kucing versi ikan. Eeee...tidak!


7 - Mudah mesra dengan kawan-kawan yang lebih muda. Agaknya sikap dan perangai saya yang tidak macam mereka teman seusia membolehkan saya mempunyai ramai teman yang muda lela.


8 - Lebih mudah hafal dan nyanyi lagu yang tidak disukai. Kadang-kadang bukan suka sangat sesebuah lagu itu tapi, yang pelik boleh nyanyi dengan baiknya lagu berkenaan. Cewaahh!


9 - Tidak suka merancang terutama kalau hendak have fun. Terutama kalau keluar dengan kawan baik saya, firdaus. Barulah ada trill dan lebih fun.


10 - Suka beli buku atau pinjam buku banyak-banyak di perpustakaan dan kedai buku. Kadang-kadang bukan boleh baca semua dalam masa tertentu. Cuma macam suatu kepuasan timbul apabila dapat "memiliki" buku-buku tersebut.

Itu sahajalah dulu ye. Penatlah nak jawab soalan-soalan ini...


I want to tag these people;

1) Kak Rai

2) Nasriah

3) Azree Arifin

4) Sara

5) Ode

6) Fieda

7) Ady "Tentang Seseorang"

8) Kak Faz "Lighting Could Strike"

9) Beckyilham

10) Zaki

eh dah la takkan nak ramai-ramai kot...