Tuesday, May 22, 2007

Jom Ke Konti Radio...


UFM Crew at Utusan Photoshoot

Maaf. Blog saya layu dan ada juga yang kata, "lalang"nya sudah tinggi...hehe. Setiap hari saya menjenguk ke mari cuma peluang untuk mengemaskini isinya sahaja tiada. (Alasan...hehe).



Keudara di UFM


Seingat saya, saya tidak pernah berkongsi dengan anda mengenai "dunia radio" yang saya ceburi sejak bergelar mahasiswa di UiTM. Saya pun kurang pasti kenapa saya "kedekut" untuk bercerita hal ini. Barangkali setiap kali menulis, cerita "orang" lain lebih menggeletek hati untuk saya tuliskan. Kali ini, jom ikut saya ke konti radio.


Pertama kali mencuba nasib ke ujibakat radio adalah semasa menuntut diploma sekitar tahun 2002. Waktu itu dalam hati hanya untuk suka-suka dan tidak yakin pun akan dapat. Itulah pertama kali juga saya berjumpa dengan Abang Din (Penerbit UFM) dan krew UFM (Radio UiTM). Saya diujibakat semasa pameran akhir pelajar diploma mass comm di Foyer Menara SAAS, UiTM Shah Alam. Saya siap ajak Niza (Raja Nurhasniza) ke ujibakat. Tuhan sahaja yang tahu betapa teruknya saya pertama kali mencuba nasib sebagai DJ radio (Almaklum saya tidak bersedia dari segi mental malahan fizikal sekalipun). Percubaan itu gagal menempatkan saya di UFM dan hanya mengambil Niza yang sememangnya sangat berbakat.

Kegagalan bukan halangan kepada saya untuk mencuba lagi ke ujibakat UFM yang seterusnya. Pada semester berikutnya, saya mencuba nasib sekali lagi ke UFM. Kali ini bukan Abang Din dan krew UFM yang menguji vokal dan kebolehan "bercakap" saya tetapi, mereka dari Radio 4 sekarang dikenali sebagai (Traxx FM) menguji saya. Ketaq (Ikut loghat utara pula!) tidak terkira saya ketika itu. Namun keramahan DJ-DJ Traxx FM "membunuh" ketakutan saya dan yang paling menakjubkan, saya lolos dalam ujibakat dan berjaya menjadi warga kerja UFM (Radio UiTM).

Permulaannya, saya hanya perlu sebut

“Anda sedang mendengar siaran percubaan UFM (Radio UiTM) di Frekunsi 93.6FM”

Ataupun

“Anda sedang mendengar siaran percubaan UFM yang dibawakan secara langusng dari Tingkat 13, Menara Sultan Abdul Aziz Shah, UiTM Shah Alam”

Ataupun

“Anda sedang mendengar siaran percubaan UFM (Radio UiTM) di bawah kelolaan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam”

Balik-balik itulah dialog yang perlu dituturkan sepanjang 2 minggu keudara. Waktu itu UFM dalam tempoh penutupan sementara atas urusan penyelenggaran dan pembaikpulihan. Jadi tempoh dua minggu selain mahu membiasakan kami dengan sistem dan mixer, sebenarnya adalah jangka masa untuk UFM kembali semula beroperasi.

Pertama kali saya diminta keudara waktu itu siaran pagi. Siaran jam 7 hingga 10 pagi bersama dengan Assistant Producer “kesayangan” ramai di UFM. Bukan main takut lagi saya pagi berkenaan kerana kebetulan saya tiba lewat 5 minit dan AP saya sudah berada dalam konti menantikan kehadiran saya. Itula siaran pertama setelah UFM “berehat” sementara. Berdebar sungguh hati. Almaklumlah siaran pertama saya keudara dan juga merupakan siaran pertama UFM. Namun ramai juga pemanggil yang menyokong saya pagi berkenaan.

Dari Kiri: Jue, Anem & Saya

(Pejabat UFM)

Mulai hari itu, saya keudara hampir setiap pagi dan kadang-kadang waktu petang, mengikut kelapangan jadual belajar saya. Sejak itu saya berkhidmat hampir 3 tahun dengan UFM. Terlalu banyak pengalaman yang saya kumpul dan simpan sepanjang berada disana. Diantara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah saya menerima hadiah berupa wang sebanyak RM 100 daripada salah seorang peminat saya. Saya amat terkejut kerana sepanjang keudara di UFM, saya tidak pernah fikir ada orang sudi mendengar celoteh saya dan yang paling lucu, saya tidak pernah fikir saya ada peminat.

Erra Fazira dan Saya

My Bodyguard...hehe...Sahri & Adi Fashla AF 1

Hak Milik Kekal & Krew UFM

Mirwana & Saya

Ali XPDC dan Saya

Juliza Adlizan & Saya

Selain itu, pengalaman menemuramah artis dan berkenalan secara dekat dengan mereka, sukar saya lupakan. Antara artis yang sempat saya temuramah ialah Erra Fazira, Nassier Wahab, Juliza Adlizan, Adi dan Sahri AF1, Kumpulan Mirwana, Rem, dan Ali XPDC (sekadar beberapa nama sahaja).

Gadis-gadis UFM (Karnival Pengguna, Bukit Jalil 2006)

UFM Crew @ Karnival Pengguna

Karnival Pengguna Kebangsaan 2006

Nak nyanyi lagu apa ni yer?

Pengalaman bersiaran luar untuk Karnival Pengguna Kebangsaan 2006, antara pencapaian terbaik saya dan UFM. Pada karnival itu, kami dapat merasakan pengalaman menjadi agen promosi dan publisiti sebuah acara besar diluar UiTM. Sungguh terharu apabila ramai sungguh pendengar setia yang turut sama sudi bertemu muka dengan kami di tapak program.

Tipulah saya jika tiada langsung pengalaman pahit semasa berada disana. Saya pernah dimarah pendengar hanya kerana katanya saya tersilap sebut solat zohor yang sepatutnya solat asar. Waktu itu, saya pasti saya memang menyebut solat asar dan saya mematahkan hujahnya dengan penuh berhemah. Ada juga pendengar yang saja mencabar kesabaran semasa keudara. Namun sebagai seorang juruhebah, saya hanya perlu bersabar dan cuba sehabis baik untuk menyimpan perasaan marah ketika keudara

Krew Muzik FM Semasa Sambutan 60 tahun RTM

Dari Kiri: Faez, Arez, Saya dan Yani

Semasa di semester 5 pengajian dalam jurusan ijazah pula, saya mengutip pengalaman dengan Muzik FM. Kali ini saya dihantar ke Muzik FM atas dasar menyudahkan latihan industri yang wajib ditamatkan untuk memastikan saya mendapat sekeping kertas yang disebut, Ijazah!. Di Muzik FM banyak juga konsert dan program luar yang turut saya sertai. Menerusi kegiatan luar ini, saya diajar bagaimana untuk mengendalikan acara dan kepentingannya Di Muzik FM, walaupun saya tidak diberi peluang keudara dan menjadi DJ, saya merasa liku-liku menjalani kehidupan berkarier dan wajah sebenar dunia penyiaran itu lebih banyak mendewasakan saya dalam arena ini.

Dayang Nurfaizah & Saya, Ramadhan 2006, Suria FM

Dari Kiri: June (Suria FM DJ), Dyan, Zahid AF2, Sheila, Saya

Saya mencuba nasib ke sebuah radio swasta semasa di semester 6. Saya ke Suria FM dan ketika itu, Suria FM masih ada lagi Kay Chuliano dan banyak otai-otai penyiaran radio keudara di sana.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Saya diterima untuk menjalani latihan di Suria FM! Maka, saya dan 5 orang lagi rakan diberi latihan bagaimana mengendalikan rancangan dan sistem di Suria FM. Di Suria FM, banyak lagi perkara-perkara baru saya pelajari. Almaklumlah, sebelum ini saya hanya mendapat peluang “bekerja” di radio RTM jadi, pengalaman di stesen swasta amat berbeza.

Keudara di Putra FM 90.7 FM

Apa yang berbeza? Mudah. Boleh dikatakan semuanya berbeza. Cara penyampaian DJ-DJ mereka, sistem, cara kerja, cara promosi, malah persekitaranya juga berbeza. Sebulan juga saya “training” di Suria FM. Setapak lagi langkah hendak untuk menjadi DJ Suria FM namun, bukan rezeki saya lagi disana. Namun yang paling mengejutkan, semua kami tidak dipilih berkhidmat disana. Barangkali, semua kami tidaklah mempunyai rupa paras yang menarik dan seksi.

Dari Kiri: Saya, Epul, Nikki, Putri

Kecewa. Memang kecewa setelah gagal ke Suria FM dan paling mengecewakan ketika itu saya baru tamat belajar dan tiada apa-apa pekerjaan melamar saya. Hingga ke selatan tanahair saya mencari kerja (sila baca blog kedua saya untuk maklumat lanjut). Akhirnya, mungkin agaknya sudah rezeki saya diterima ke Putra FM ( Radio UPM).Kristal bersama Putri & Hani

Disini memanglah tidak sesukar mana kerana saya menggunakan kembali pelbagai pengalaman yang banyak sekali saya kumpul sebelum ini. Walaubagaimanapun, adatlah kalau perlu belajar “suasana” dan “telatah” tempat baru. Jadi doakan saya mampu melalui semua ini seadanya. Namun setakat ini, Putra FM juga memberi banyak pengalaman baru dan berharga. Disini walaupun tugas hakiki saya hanya “bercakap” tetapi, saya juga diberikan tugas untuk menerbitkan rancangan, menyediakan bahan, menyunting siaran (promo,jingle,rancangan, PSA) hingga ke tugas sebagai “amah” juga saya yang perlu usaikan. Macam mana pun, setakat ini saya menyukai kerja ini. Bekalan di radio ini akan saya jadikan pengalaman andai saya bergelar “guru” nanti. Mana tahu, sedikit sebanyak mungkin pengalaman ini boleh membantu.

Sofaz bersama Krew Putra FM

Sasi The Don yang cool & Hunny Hanie

Sampai disini dahulu coretan kali ini, sampai jumpa lagi…

Mixer kat sebelah tu lagi cantik dari DJ yang ni kan?...Hehehe

9 comments:

Mohariz Yaakup said...

ceh nak gleme laa tu... heheheh

hani salwah yaakup said...

Ala nak glamour kat blog sendiri pun...apa salahnya kan?...dalam erti kata lain...jealous la tu...huhuhu...;P

Kak Rai said...

Yoohoo...
gaduh plak dua beradik ni!Anyway nak share pengalaman ujibakat DJ RTM atau nama glemernya, artis berjadual. Pada tahun 2002 akak pi, baru lepas pantang. Memang ketaq.Kita kena baca berita dwibahasa, buat ulasan dengan skrip sendiri, buat lintas langsung, ada temuduga dengan mariamah tijo.Adoi...payah.Memang tak dapat.

Kali kedua, dapat interviu penerbit rancangan. Masih format sama. Tapi much better sebab kononnya dah belajar vokal kat UM.Muahaha!Dah dapat offer pun tapi tolak sebab dapat offer tutor UPM sekali.

hani salwah yaakup said...

Huiyoo...lagi payah erk...macam audition masa Hani dekat Suria FM...siap kena nyanyi-nyanyi lagi...

Kalau Kak Rai ke RTM tu...mesti dah glame skrang...tak pe la jd tutor pun glame apa...

Shawn_Calis said...

hmm.. i kenal Miss Hunny Hani di UFM lah.. maser tu tengah buat practical kat situ.. maser tu pulak my sis ni baru jer join bachelor degree.. part three kalo tak silap.. right sis?!

hani salwah yaakup said...

Yupie Dupie...

I kenal tis mr shawn masa dekat UFM...

ktk said...

hidup sebagai seorang penyampai radio memang tidak dinafikan kepuasannya,bukan senang nak hiburkan hati insan2 yang duka lara,bersyukur dek kerana dianugerahkan bakat serta kebolehan yang dianugerahkan ALLAH,bukan nak glamour ye,biar pendengar yang buat kesimpulan,kembali terus kembali diUFM.

hani salwah yaakup said...

Wah...teruja aku dengar komen DJ UFM yang sorang ni...semua berjaya yer!

Firdaus Abdul Rahim said...

Haih...dr zaman.belajor.sampai ke kerja kawan2 I sumer.pernah jd dj di UFM..kebetulan apakah ini?kikiki...anyway...pengalaman mu jd dj tu mahal sahabat...aku sbg kawan amat berbangga ada sahabat yg jd dj, masa tgh studi pulak tu...all d best sahabat!