Monday, May 30, 2011
Hujan Yang Memiliki Rahsia
Hujan
ada setitis dirimu
yang melekat
di jendela kamarku
Merenung dari luar
dengan wajah berbeza
berserta senyuman yang
gagal kutafsirkan
Tapi,
masih aku belum pasti
adakah kau akan kekal disitu
sebelum hilang dibakar mentari
atau jatuh menyimbah bumi
setiap kali guyur baharu
yang berat datang menandingi
Aku masih tegar disini menanti
tentang rahsiamu wahai hujan
Hani Salwah Yaakup
Bandung-Kajang
(Disiarkan dalam Antologi Gema Membelah Gema, Hari Puisi Nasional, Membakut Sabah)
Wednesday, May 04, 2011
Orang Kata
Orang boleh kata macam-macam tentang keputusan anda. Percayalah mungkin ada yang akan kata begini:
ORANG A:
"Kau ni tak bersyukur dengan apa yang Tuhan beri pada kau"
ataupun ada yang kata begini:
ORANG B
"Kau tu yang tak tahan! Anak manja!"
yang macam ini pun ada:
ORANG C:
"At least kau ada kerja!"
yang macam ni baik sikitlah:
ORANG D:
"Tahan...senang nak naik pangkat kalau kat sana"
Apa sahaja orang mahu kata, yang penting setelah panjang dan lama bertanya pada TUHAN, tanyalah pula pada hati. Akhirnya orang hanya mampu berkata apa sahaja tapi, anda yang akan lalui hidup anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)