Monday, February 28, 2011

Tsunami Hati


Aku meminta untuk kali ini
berakhir sahaja disini

...dan untuk pengetahuanmu
telah kucampakkan dirimu
jauh...

ke dasar Pantai Binsulok
di antara lipatan ombak yang ganas
di antara kerang yang tajam
di antara rusuh tsunami hatiku


Pantai Binsulok, Membakut, Sabah
26 Februari 2011

Thursday, February 24, 2011

Kita


Sebentar sahaja lagi
kita akan berpamitan
dan mengucap selamat tinggal

Hey, nanti dulu
ada sepasang baju cintamu
yang kubawa bersama
untuk kurapikan jahitan
yang telah tertetas

Akan kukirimkan padamu nanti
pabila ianya sudah benar benar elok
tunggu sahaja di peti pos
bungkusan berisi
pakaian jiwa
yang padanya
ada aku disetiap incinya

24 Februari 2011
Kajang, Selangor