Sunday, August 30, 2009

Tanggal 31


Mungkin ramai antara kita merasakan lagu "31 Ogos" adalah lagu nyanyian asal Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Namun, tahukah anda sebenarnya lagu itu telah dinyanyikan semula dan diberikan nafas baharu oleh Allahyarham dalam album beliau bertajuk ABADI pada tahun 1982?. Lagu dengan tajuk asalnya "Tanggal 31" ini sebenarnya adalah lagu nyanyian asal Allahyarham Ahmad CB.

Sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini, saya sertakan 2 buah klip video lagu ini oleh dua orang artis berkenaan. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 52 dan tetap merdeka!







Kredit foto: http://farm1.static.flickr.com/86/231823932_8277e9e239.jpg

Tuesday, August 25, 2009

Seperti Selalu

Beliau merupakan salah seorang penyair wanita kegemaran saya. Saya suka bahasanya yang mudah tetapi, indah. Ingin saya kongsikan puisinya bersama pembaca yang lain. Saya petik puisi ini dari kumpulan puisinya terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, "Camar di Cangkir Bumi". Ayuh, mari nikmatinya bersama-sama...


Seperti Selalu

Matanya...
kuntum-kuntum rahsia
mula berbunga rasa

Suaranya
bisik angin laut
memaut lembut

Dia datang
ketika hati
di tepi malam suram
mungkin menjelang pagi
dia akan pergi

Hatiku
akan menyimpan rahsia
mata dan suaranya
seperti selalu


~Siti Zaleha Hashim~
Kumpulan Puisi "Camar di Cangkir Bumi"
Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur; 1999

*Photo credit to: http://www.kewlwallpapers.com/images/wmwallpapers/Amazing-pink-flower-petals-4.jpeg

Friday, August 21, 2009

Yang Indah, Yang Tidak Mungkin Dilupakan...

Sebenarnya sudah beberapa bulan saya dan rakan-rakan pascasiswazah merancang untuk suatu festival 2 hari di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Pada awalnya sewaktu diminta bergabung menjadi ahli jawatankuasa mewakili Pusat Pengajian Media & Komunikasi (PPMK), saya tidaklah beranggapan majlis ini akan menjadi terlalu meriah dan hebat. Ini diakui sendiri oleh pengerusi majlis iaitu Timbalan Dekan (Siswazah), Prof Madya Dr Hazita Azman sendiri. Majlis ini nampak terlalu mustahil untuk direalisasikan pada awalnya. Almaklum dengan biaya yang rendah dan tiada sebarang penaja pun pada mulanya.

Namun, dengan kerja keras teman-teman pascasiswazah yang terdiri daripada para pelajar sarjana dan doktoral, acara ini menjadi sangat meriah. Yang paling penting, mereka ini semua datang dari latar belakang, pendidikan serta negara yang berbeza-beza. Itulah sebenarnya yang cuba ingin dipaparkan oleh FSSK. Kepelbagaian budaya daripada negara-negara yang lain sememangnya menarik untuk diperlihatkan kepada umum.

Selebihnya, biarlah gambar-gambar dibawah ini bercerita bagi pihak saya mengenai kerjasama, kegirangan dan kemeriahan acara yang berlangsung dua hari di FSSK, UKM (17-18 Ogos 2009) yang lalu.

Teman-teman dari Pusat Pengajian Bahasa & Lingustik menyediakan khidmat sewa kimono. Berpeluang teman-teman lain berkimono


Dekan FSSK meninjau gerai teman-teman dari Pusat Pengajian Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu


Teman-teman dari Iran membawa batalion masyarakat mereka yang berada di Kuala Lumpur


Pasukan persembahan kebanggaan Dr Misran Rokimin


Teman-teman dari Libya yang siap membawa anak-anak serta menawarkan makanan yang enak-enak sedari awal pagi.


Ali, teman dari Libya yang sedia "memberi" anaknya untuk acara peragaan pakaian


Teman-teman pelbagai bangsa sedia untuk acara persembahan


Teman-teman Iran yang kreatif dan murah hati memberi kami merasa pelbagai juadah mereka yang sedap-sedap


Gerai kami mengambil tema Indonesia. Saya "terpaksa" tukar warganegara selama 2 hari (dari jam 8 pagi ke 5 petang) gara-gara ini. Sampai bercakap dengan pensyarah pun terbawa-bawa bahasa Indonesia



Teman-teman dari Nigeria yang "sporting" dan orang kuat Festival, Encik Rahim

Kurma sedap dari Libya


Persiapan sebelum hari sebenar festival


Saya tidak tahu nama alat muzik ini tapi, muziknya enak


Mereka yang sudi ke gerai kami. Kami jual jajan dari Indonesia dan menu pisang aroma yang mendapat sambutan


Teman-teman Indonesia yang berbakat


Dari kiri Levi Mayang Pramuditha, Rizky Chaniago, Dafrizal, Prof Madya Dr Asiah Sarji, Dr Wan Amizah dan saya




Tuesday, August 18, 2009

Manis!


Dia datang, dia pergi.
Hari ini dia muncul kembali
dan
kutawarkan manis yang berpanjangan



Hani Salwah Yaakup
FSSK, UKM
18 Ogos 2009